Digimon Survive yang diharapkan peminat dapat menyokong semua platform dan itu sebelum ini membuat ramai peminat gembira. Tetapi permainan dari Bandai Namco Entertainment yang sepatutnya dijadualkan keluar tahun ini nampaknya sekali lagi akan ditangguhkan ke tahun 2022.
A new Toei financial report updates us on how Digimon Adventure: is doing, confirms Toei expects Digimon Survive in 2022, & notes that Digimon is their 4th largest brand in sales. More at WtW- https://t.co/y1jNrxUraQ pic.twitter.com/EvWgyG0pSN
— With the Will Digimon Forums, News, Podcast (@WithTheWill) July 28, 2021
Sebuah akaun Twitter komuniti Digimon, iaitu WithTheWill telah memuat naik laporan kewangan Toei Animation yang menyatakan Digimon Survive telah disahkan akan dibawa ke tahun 2022. Situasi penangguhan ini terjadi akibat pandemik COVID-19 yang berlaku di seluruh negara sehingga kini. Mengenai situasi ini, peminat di seluruh dunia sangat memahami dan turut bertimbang rasa kerana banyak tajuk game besar terpaksa ditangguh akibat pandemik.
Digimon Survive mengisahkan tentang pengembaraan baru dalam dunia digital dengan watak-watak yang direka oleh Uichi Ukumo, dan muzik oleh Tomoki Miyoshi yang sangat terkenal. Game ini menampilkan sekumpulan remaja baru, yang dipimpin oleh Takuma Momozuka telah tersesat dalam perjalanan perkhemahan sekolah dan mendapati mereka dibawa ke dunia raksasa dan bahaya yang baru.
Ketika mereka mencari jalan untuk pulang ke rumah melalui dunia animasi keputusan sukar dan pertempuran mematikan, pilihan pemain sepanjang permainan akan mempengaruhi evolusi teman digimon mereka dan pengakhiran. Pertempuran dalam permainan dilakukan dalam 2D, dengan gaya RPG strategi yang lebih klasik.
Ciri-ciri utama Digimon Survive
- Grafik gaya anime yang cantik.
- Kisah yang lebih gelap mengenai kelangsungan hidup dan persahabatan.
- Cerita yang berkembang mengikuti pilihan dan tindakan pemain.
- Nikmati pertempuran RPG taktikal dengan lebih dari 100 Digimon.
Jadi kita nantikan kemas kini selanjutnya bila Digimon Survive akan hadir dengan tarikh baru. Bagi yang ingin membaca segala liputan kami mengenai game ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan tersedia.
@gamersantaimy
Discussion about this post