Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pelancaran Horizon Forbidden West ditunda! Tarikh baru akan dibawa ke Q1 2022

Amir Haziq by Amir Haziq
July 31, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, Open World, Platform, PS4, PS5
0 0
0
Pelancaran Horizon Forbidden West ditunda! Tarikh baru akan dibawa ke Q1 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, game adventure open world popular dari Guerrilla Games dan Sony, iaitu Horizon Forbidden West dilaporkan terpaksa ditangguhkan ke suku pertama 2022. Game ini sepatutnya dilancarkan pada tahun 2021 bersama God of War: Ragnarok, tetapi nampaknya kita tidak akan dapat bermain dua game hebat tersebut tahun ini. Horizon Forbidden West dirancang pelancarannya untuk platform konsol Sony, iaitu PlayStation 5 dan PlayStation 4.

Maklumat mengenai penangguhan Horizon Forbidden West telah dilaporkan oleh wartawan Bloomberg News, iaitu Jeff Grubb ketika membincangkan khabar angin di podcast Giant Bomb. Seperti yang dijangka, game ini turut terkesan dengan wabak Pandemik COVID-19 dan telah mengganggu jangka masa produksi studio untuk menyiapkannya dalam waktu terdekat. Malah, sebelum ini juga CEO kepada PlayStation Studios, iaitu Herman Hulst telah menyatakan pasukan mereka mungkin tidak dapat menyiapkannya mengikut jangka masa yang dirancang.

Sebelum ini di State of Play yang dilangsungkan pada bulan Mei lalu, Sony telah mendedahkan gameplay  Horizon Forbidden West selama 14 minit. Rakaman tersebut menunjukkan Aloy dilihat menemui sekumpulan raider dari puak Tenakth yang menangkap Erend dan mampu menunggang binatang mekanik atau Machine. Aloy kemudiannya menunggang Machine dalam pertempuran melawan raksasa baru seperti Mammoth yang dikenali sebagai Tremortusk.

Di samping itu, game action-open world ini mengisahkan tentang Aloy menyelamatkan Bumi dari dua ancaman, iaitu biosfera akan runtuh disebabkan oleh red blight yang menyebabkan manusia, binatang dan hidupan liar kelaparan, serta peristiwa cuaca ekstrem yang terjadi disebabkan ribut supercell yang besar. Game ini pada asalnya didedahkan hanya tersedia untuk PS5, namun kini Sony telah mengumumkan ianya juga akan dikeluarkan di PS4 juga.

Buat masa ini, Guerrilla Games dan Sony belum lagi memberi tarikh rasmi pelancaran Horizon Forbidden West, kecuali menyatakan ianya akan tiba pada suku pertama tahun 2022. Untuk membaca liputan kami mengenai perkembangan Horizon Forbidden West, tekan sahaja pautan ini.

Tags: Guerrilla GamesHorizon: Forbidden WestOpen Worldplaystation
Previous Post

[UPDATE] Siri anime Digimon Ghost Game & filem “02” didedahkan!

Next Post

Senarai game terbaru yang bakal dilancarkan bulan Ogos ini!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Senarai game terbaru yang bakal dilancarkan bulan Ogos ini!

Senarai game terbaru yang bakal dilancarkan bulan Ogos ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd