Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sertai pasukan OSF menentang Other! Scarlet Nexus kini telah rasmi dilancarkan!

Scarlet Nexus kini boleh dimainkan di PS5, PS4, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC

Amir Haziq by Amir Haziq
June 25, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Game Baru, Genre, JPRG, PC, Platform, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Sertai pasukan OSF menentang Other! Scarlet Nexus kini telah rasmi dilancarkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco Entertainment Asia hari ini telah melancarkan brain punk action JRPG terbaru mereka, iaitu Scarlet Nexus untuk platform PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam bermula 25 Jun ini. Pemain kini boleh menyertai barisan Other Suppression Force, iaitu pasukan psionik terbaik yang diketuai oleh Yuito atau Kasane. Pertarungan menggunakan psikokinesik yang mendebarkan dengan perspektif unik kini berada di tangan anda!

Bandai Namco Studios turut berkongsi beberapa ilustrasi yang dilukis oleh artis mereka sebelum Scarlet Nexus dilancarkan. Bersempena dengan hari pelancaran game ini juga, artis konsep yang menghasilkan Yuito dan Kasane, iaitu Tamami Ishikawa juga telah berkongsi hasil kerjanya di Twitter rasmi Scarlet Nexus.

Quest untuk “Hidden Codes”, ciri khas yang berkait dengan anime TV Scarlet Nexus.

Quest “Hidden Code” akan diadakan bersempena dengan anime TV Scarlet Nexus yang bakal bersiaran tidak lama lagi di seluruh Asia Tenggara. Sebuah kod untuk memenuhi permintaan Mimi akan tersembunyi dalam setiap episod rancangan anime, dan anda perlu menontonnya untuk mendapatkan kata laluan dalam bentuk teks. Fail rahsia paling tinggi ini ditinggalkan Mimi, jadi pemain perlu mencarinya dan berikan kepada Mutsubi bagi mendapatkan ganjaran in-game. Anime Scarlet akan memiliki 13 episod, jadi pemain perlu membuka 1 quest Hidden Code dari setiap episode.

Untuk pengetahuan anda, Mimi merupakan salah satu watak OSF yang menulis kod untuk dunia anime Scarlet Nexus, tetapi ia tidak akan wujud dari mana-mana bahagian dalam game ataupun anime. Pemain juga perlu mengemaskini game mereka ke versi terkini untuk mendapatkan quest Hidden Code, serta gameplay ini wajib dilengkapkan sehingga Phase 2.

Anime TV Scarlet Nexus akan bermula bersiaran di beberapa platform Asia Tenggara seperti:

  • Ani One Asia (Asia Tenggara dan Asia Tengah)
  • True Digital (Filipina)
  • meWatch dan Catchplay (Singapura)

Scarlet Nexus kini telah pun dilancarkan untuk pemain bermula hari ini! Bagi mengetahui lebih lanjut mengenainya, anda boleh layari laman rasmi game ini, atau ikuti media sosial mereka seperti Facebook dan Instagram. Anda juga boleh membaca ulasan pandangan pertama kami mengenai game ini serta segala liputan berkaitan di pautan ini.

Lihat di sini
Scarlet Nexus
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Bandai Namco Studios
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Bermain sebagai Yuito Sumeragi, yang dilengkapi dengan bakat dalam psiko-kinesis, menjelajah kota futuristik New Himuka dan mengungkap misteri masa depan Brain Punk terperangkap antara teknologi dan kemampuan psikik.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bandai namco entertainment asiaJRPGScarlet Nexus
Previous Post

Nak perbaiki gameplay di Wild Rift? Panduan ini boleh membantu anda!

Next Post

MSI bekerjasama dengan UNIVERSITY e-LEAGUE (UEL) untuk melancarkan MGA UEL VALORANT Series!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
MSI bekerjasama dengan UNIVERSITY e-LEAGUE (UEL) untuk melancarkan MGA UEL VALORANT Series!

MSI bekerjasama dengan UNIVERSITY e-LEAGUE (UEL) untuk melancarkan MGA UEL VALORANT Series!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd