Hari ini, Nintendo telah mengumumkan permainan baru untuk Nintendo Switch! Bakal datang pada musim panas ini, Game Builder Garage membolehkan pemain memprogram dan membuat permainan video mereka sendiri. Tanpa mengira umur pemain, Game Builder Garage akan bantu pemain mencipta permainan yang menyeronokkan dan menarik dengan bantuan pelajaran interaktif Nintendo, di mana ia akan mengajar pemain langkah demi langkah melalui proses membuat permainan.
Akan ada 7 latihan berpandu yang berbeza untuk pemain cuba. Ini bermaksud kita akan membuat 7 permainan berbeza, yang terdiri dari permainan mini kart racer hingga permainan puzzle dimana pemain harus mengawal bola melalui sejenis “maze” dengan menggunakan fitur “motion control“.
Setelah pemain menyelesaikan latihan tersebut dan bermula proses “programming“, mereka dapat mencuba mod Free Programming. Di sini, pemain dengan bebas dapat membuat semua jenis permainan yang ditawarkan oleh Game Builder Garage. Pemain juga dapat menukar kod untuk berkongsi karya ciptaan mereka dengan rakan-rakan di seluruh dunia.
Untuk pemain yang lebih bersifat “PC“, permainan ini membolehkan pemain mencipta karya mereka sendiri menggunakan tetikus USB yang serasi, bagi memudahkan proses penciptaan. Sudah tentu, permainan ini masih boleh dimainkan secara normal menggunakan Switch dalam mod portable/docked, bersama dengan Pro Controller.
Saya memang tidak sabar untuk melihat jenis permainan apa yang akan dibuat oleh pengguna di seluruh dunia, dan sejauh mana mereka dapat memanfaatkan perisian Switch. Memandangkan ini adalah permainan eksklusif Nintendo, pasti terdapat banyak karya ciptaan yang yang diilhamkan oleh siri ikonik seperti Super Mario dan The Legend of Zelda.
Game Builder Garage akan dilancarkan sebagai Nintendo Switch eksklusif pada 11 Jun 2021. Untuk segala liputan kami tentang konsol Nintendo Switch, sila tekan pautan ini.
Sumber – Nintendo
@gamersantaimy
Discussion about this post