Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Gamescom 2021: Acara game terbesar di dunia bakal diadakan secara online pada Ogos ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
May 6, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo
0 0
0
Gamescom 2021: Acara game terbesar di dunia bakal diadakan secara online pada Ogos ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Secara rasmi, Gamescom 2021 telah didedahkan akan bermula pada penghujung Ogos ini secara digital kerana pandemik COVID-19. Acara game terbesar di dunia ini bakal menjadi platform hub baru yang telah ditingkatkan bersama format terkini untuk pengunjung mendapatkan maklumat melalui sosial media. Gamescom 2021 juga menawarkan B2B digital secara meluas di Devcom bagi menjaga keselamatan semua peserta.

Gamescom 2021 dibuat secara digital

gamescom 2020 Opening Night Live mit Chris Smith, Mark Daly (Ratchet and Clank, Insomniac Games)

German Games Industry Association (GGIA) telah membuat keputusan untuk mengadakan Gamescom 2021 sebagai acara digital, dan keputusan ini dibuat setelah berbincang dengan rakan kongsi serta peserta pameran. Disebabkan situasi pandemik, terlalu banyak syarikat permainan video tidak dapat menyertai acara ini kerana mengalami kesukaran semasa proses menyiapkan game terbaru. Bagi menjaga keselamatan pengunjung juga, pihak penganjur Gamescom 2021 mengadakan acara ini secara online dan percuma untuk semua peminat.

Format hibrid

Pressekonferenz gamescom 2020 mit v.l.n.r. Franz Peter Mann (Kommunikationsmanager gamescom), Gerald Böse (Vorsitzender der Geschäftsführung der Koelnmesse) und Felix Falk (Geschäftsführer game – Verband der deutschen Games-Branche), Congress Saal, CongressCentrum Ost

Ketua Pegawai Operasi Koelnmesse, Oliver Frese menyatakan GGIA akan menggunakan semua sumber mereka untuk menjadikan Gamescom 2021 dalam format hibrid untuk semua pembangun dan peserta. Walaupun rancangan format hibrid ini diterima, tetapi ia masih memerlukan sokongan kepercayaan dari syarikat permainan bagi menjayakan acara digital ini dengan lebih baik. Mereka telah membuktikan format ini sangat berkesan kerana ianya telah dibuat semasa Gamescom 2020 dan DMEXCO @home 2020 pada tahun lalu.

Opening Night Live

gamescom 2020 Opening Night Live mit Geoff Keighley

Gamescom 2020: Opening Night Live bersama Geoff Keighley tahun lalu telah berjaya menarik 2 juta penonton secara langsung di depan skrin mereka. Tayangan perdana dan berita terkini mengenai game-game yang dinantikan telah memikat para penonton semasa malam pembukaan acara tersebut. Pada tahun ini juga, Geoff Keighley dan pasukannya akan memberikan pembaharuan yang sangat besar bagi menjadikan ONL menjadi bahagian penting dalam Gamescom 2021.

Gamescom 2021 lengkap dengan ciri menarik

Die Woche der gamescom 2021 auf einen Blick / The gamescom 2021 week at a glance

Gamescom merupakan acara terbesar bagi industri permainan video, ia menjadi hub pertunjukan untuk pengunjung mendapatkan segala kandungan game terbaru kegemaran mereka. Pihak penganjur akan memberikan User Interface yang baru untuk pengunjung, jadual pertunjukan, lebih banyak siaran langsung, maklumat mengenai pertunjukan dan studio permainan video yang terlibat.

Gamescom Epix menghubungkan komuniti 

Dengan kempen komuniti dari Gamescom Epix, terdapat pelbagai acara yang akan diadakan bagi memeriahkan lagi Gamescom 2021. Pengunjung boleh menyertai aktiviti yang dianjurkan melalui sosial media sebelum acara tersebut diadakan untuk mengumpul point bagi memenangi hadiah unik.

Nantikan lebih banyak berita baru dari pihak penganjur! Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut di sosial media Gamescom 2021 seperti Facebook, Twitter dan Instagram mereka.

Tags: acaraGamescom 2021
Previous Post

Cipta game sendiri di Game Builder Garage, khas untuk Nintendo Switch!

Next Post

Jom beli-belah! Diskaun Kaw-kaw sehingga lebih 55% di JT Game Store Raya Sale!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Jom beli-belah! Diskaun Kaw-kaw sehingga lebih 55% di JT Game Store Raya Sale!

Jom beli-belah! Diskaun Kaw-kaw sehingga lebih 55% di JT Game Store Raya Sale!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd