Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[State of Play FEB 21] Game kung-fu bernama Sifu akan keluar untuk PS4 & PS5 pada tahun ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 26, 2021
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5
0 0
0
[State of Play FEB 21] Game kung-fu bernama Sifu akan keluar untuk PS4 & PS5 pada tahun ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Studio indie Sloclap, yang terkenal dengan judul Absolver, telah mengumumkan game mereka yang seterusnya bernama Sifu, di acara State of Play hari ini! Walaupun Absolver adalah game online multiplayer, Sifu merupakan kempen naratif single-player, yang memfokuskan pada seorang lelaki cina dalam seni mempertahankan diri.

Sepanjang trailer di atas, pemain dapat melihat protagonis meningkat usia dari seorang dewasa muda hingga menjadi lelaki tua. Di Sifu, usia akan memberi kesan kepada kematian dan kebangkitan semula berkat rantai loket di leher protagonis. Setiap kali dia mati, protagonis akan dihidupkan semula dalam keadaan yang sedikit lebih tua, lantas mengubahnya dari seorang yang tidak tahu apa-apa tentang seni mempertahankan diri kepada seorang “sifu“, sepeti nama game ini.

Sifu ingin menunjukkan ilmu kung fu tulen yang mengikut gaya dunia sebenar, dengan meneroka tema balas dendam dan penebusan. Malangnya, ia tidak jelas bagaimana naratif jalan cerita akan berlangsung atau fokus utama protagonis. Namun, Sloclap menggambarkan Sifu sebagai gabungan antara game beat ’em up dan permainan action-3D.

Seiring dengan sistem pertempuran, gaya seni 3D Sifu juga menyerupai Absolver, yang pernah dicalonkan untuk beberapa penghargaan pada tahun 2017 termasuk Best Fighting Game dan Best Independent Game. Walaupun tidak ada banyak info tentang jalan cerita Sifu, kita dapat melihat lebih lagi apabila Sifu dilancarkan pada tahun ini untuk PC, PS4, dan PS5. Untuk segala liputan kami tentang State of Play Februari 2021, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: SifuSloclapstate of play
Previous Post

[State of Play FEB 21] Patung seram datang menyerang! Info baru tentang Five Nights at Freddy’s: Security Breach!

Next Post

[State of Play FEB 21] Oddworld: Soulstorm akan dilancarkan secara percuma sebagai koleksi PS Plus bulan April!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[State of Play FEB 21] Oddworld: Soulstorm akan dilancarkan secara percuma sebagai koleksi PS Plus bulan April!

[State of Play FEB 21] Oddworld: Soulstorm akan dilancarkan secara percuma sebagai koleksi PS Plus bulan April!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd