Acara State of Play hari ini membawa banyak maklumat baru untuk beberapa game terbesar akan datang, termasuk Five Nights at Freddy’s: Security Breach. Walaupun ditemani trailer baru, tidak banyak info yang dikongsikan Namun, ia mengesahkan bahawa game seram ini akan keluar pada tahun ini. Jika anda tidak tahu, kita dapat menjelajahi dunia Security Breach secara bebas. Ini amat berbeza dengan game sebelum di mana pemain hanya terbatas pada satu bilik sahaja.
Kita akan bermain sebagai seorang kanak-kanak bernama Gregory, yang menyelinap dalam pusat membeli-belah besar melalui perspektif first-person. Kita sebagai pemain meneroka beberapa bahagian yang menyeramkan, termasuk arena laser tag, bilik permainan yang dipenuhi bola, dan sebuah plaza, yang masing-masing mempunyai musuh animatronik sendiri.
Untuk musuh animatronik, game ini menampilkan versi Freddy dan Chica ala-ala “rockstar“, manakala musuh baru terdiri dari seekor buaya besar, sejenis matahari yang menyerupai badut, seekor serigala bermain gitar dan arnab yang seram. Arnab ini tampil banyak kali dalam trailer, di mana dia mengekori dan mengintip Gregory dari sudut gelap.
Walaupun tidak ada tarikh pelancaran rasmi, ia dijadualkan untuk keluar pada tahun ini, jadi saya yakin akan ada lebih banyak berita dalam masa terdekat. Five Nights at Freddy’s: Security Breach akan keluar di PC, PS4, dan PS5 pada tahun 2021. Untuk segala liputan kami tentang State of Play Februari 2021, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post