Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[State of Play FEB 21] Oddworld: Soulstorm akan dilancarkan secara percuma sebagai koleksi PS Plus bulan April!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 26, 2021
in Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
[State of Play FEB 21] Oddworld: Soulstorm akan dilancarkan secara percuma sebagai koleksi PS Plus bulan April!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak pelancaran PlayStation 5, Sony dengan konsisten mengeluarkan beberapa game eksklusif melalui PlayStation Plus pada setiap bulan. Walaupun tidak mendedahkan game apa yang akan keluar pada bulan depan, salah satu game untuk bulan April telah disahkan. Oddworld: Soulstorm, entri terbaru dalam siri platformer klasik Oddworld, akan membuat debut pertama di PlayStation Plus untuk PS4 dan PS5 pada 6 April 2021!

Bagi mereka yang tidak tahu, Oddworld: Soulstorm sebenarnya diumumkan sejak 2016 dan sepatutnya akan keluar pada awal tahun 2017. Namun, game ini telah ditangguhkan berkali-kali selama hampir 5 tahun. Soulstorm adalah permainan Oddworld pertama sejak Oddworld: New n ‘Tasty, yang merupakan remake Oddworld: Abe’s Oddysee dari zaman PS1.

Selepas sekian lama, kita akhirnya mendapat berita gembira di mana sebuah trailer baru telah ditayangkan semasa acara State of Play, yang mendedahkan maklumat tentang kisah permainan. Soulstorm  akan berperanan sebagai sekuel kepada New n ‘Tasty sambil mereplikasikan semula beberapa elemen dari sekuel asli, Oddworld: Abe’s Exoddus yang dikeluarkan pada tahun 1998.

Game ini adalah eksklusif untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5, dengan port PC yang bakal datang ke Epic Games Store. Selain itu, Sony juga mengesahkan bahawa Oddworld: Soulstorm akan dilancarkan secara percuma, tetapi hanya untuk pemilik PS5.

Oddworld: Soulstorm bakal menyertai Bugsnax, Destruction AllStars, dan Control: Ultimate Edition sebagai salah satu judul PS5 yang boleh ditebus di PlayStation Plus. Untuk peminat yang tidak sabar, anda boleh mencuba New n ‘Tasty dahulu melalui fitur backward compatibility, atau tunggu sahaja Soulstorm apabila ia keluar nanti pada bulan April.

Oddworld: Soulstorm akan tiba di PC, PlayStation 4, dan PlayStation 5 pada 6 April 2021. Untuk baca segala liputan kami tentang State of Play Februari 2021, sila tekan pautan ini.

Lihat di sini
Oddworld: Soulstorm
Publisher: Oddworld Inhabitants
Developer: Oddworld Inhabitants
Release Date: 2021-04-06
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5
Oddworld: Soulstorm adalah game platform yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Oddworld Inhabitants. Ia adalah kesinambungan kepada Oddworld: New 'n' Tasty! (2014) dan merupakan remake kepada Oddworld: Abe's Exoddus (1998).
Tags: Oddworld: SoulstormPlayStation plusps5state of play
Previous Post

[State of Play FEB 21] Game kung-fu bernama Sifu akan keluar untuk PS4 & PS5 pada tahun ini!

Next Post

Square Enix menghasilkan filem menarik yang dipertingkatkan untuk “NieR Replicant ver.1.22474487139…”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Square Enix menghasilkan filem menarik yang dipertingkatkan untuk “NieR Replicant ver.1.22474487139…”

Square Enix menghasilkan filem menarik yang dipertingkatkan untuk "NieR Replicant ver.1.22474487139…”

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd