Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mafia Definitive Edition: Temuramah eksklusif bersama Haden Blackman! Belajar kesilapan lama untuk beri pengalaman Mafia sebenar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 22, 2020 - Updated on July 23, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Eksklusif, PC, PS4, Steam, Temuramah, Xbox One
0 0
0
Mafia Definitive Edition: Temuramah eksklusif bersama Haden Blackman! Belajar kesilapan lama untuk beri pengalaman Mafia sebenar!
Share on FacebookShare on Twitter

Mafia: Definitive Edition ialah remake pada game popular pada tahun 2002 yang mengikuti kisah Tommy Angelo pada tahun 1930-an. Selaku fokus utama dalam Mafia: Trilogy, pasukan pemaju Hangar 13 ingin memperbaiki apa yang kurang daripada sekuel-nya dan menerapkan aspek-aspek terbaik ke dalam sistem permainan Mafia: Definitive Edition. Dalam sebuah temuramah eksklusif bersama Presiden dan Ketua Pejabat Kreatif Hanger 13, Haden Blackman menerangkan kepada kami di Gamer Santai bagaimana mereka mencantikkan keseluruhan Mafia asli, daripada meningkatkan cara permainan hingga mengembangkan jalan cerita untuk lebih terperinci.

Bergantung pada kejayaan Mafia: Definitive Edition dan jika ia laris di pasaran, kemungkinan besar peminat dapat melihat sekuel baru dalam tahun-tahun akan datang. Persoalannya adalah “mengapa mereka pilih untuk menghasilkan edisi definitif dan bukan sekuel?” Secara dalaman, Hangar 13 mempunyai pasukan lain untuk mengerjakan projek Mafia dan mereka memberikan idea untuk melakukan edisi definitif Mafia 1 kerana sebahagian daripada ahli pasukan sebenarnya terlibat pada projek pertama dan benar-benar ingin membuat semula Mafia 1 menggunakan teknologi moden untuk konsol yang moden.

Tumpuan Hanger 13 adalah untuk memastikan jalan cerita yang setia pada inti pati kisah asli tetapi memperluaskan lagi aspek latar belakang agar jalan cerita masuk akal. Beberapa bahagian yang mereka fokuskan adalah hubungan Tommy dengan beberapa watak utama lain, khususnya Sarah. Bagi mereka yang tidak tahu, Sarah adalah kekasih Tommy dan walaupun dia banyak bercakap tentang Sarah, pemain hanya melihatnya sekali. Pasukan pemaju ingin menjadikan Sarah lebih penting dalam jalan cerita dan memberikannya peranan yang lebih kritikal agar pemain memahami mengapa Tommy mempertaruhkan segalanya untuk melindungi Sarah selaku motivasi utama pada awal permainan.

Seorang lagi watak yang mereka ingin memperluaskan lagi ialah Paulie bagi menunjukkan sifatnya sebagai seseorang dengan cita-cita tinggi kerana ia berkait dengan beberapa perkara di hujung permainan dan menetapkan persekitaran permainan supaya pemain benar-benar memahami peperangan antara keluarga Morello dan keluarga Salieri yang dianggap ‘underdog‘. Hangar 13 tidaklah menambahkan sesuatu yang betul-betul baru, tetapi menjadikan jalan cerita lebih masuk akal supaya pemain tahu mengapa peristiwa tersebut berlaku.

“Untuk Mafia asli, Tommy tiba di kedai makan untuk bertemu dengan seorang detektif tetapi Mafia: Definitive Edition bertukar kepada detektif yang tiba di kedai makan untuk bertemu dengan Tommy kerana ia lebih masuk akal yang Tommy akan menunggu kerana dia yang mengatur pertemuan itu.”

Satu lagi fokus dalam Mafia: Definitive Edition adalah untuk menangani “kritikan” pada misi sampingan yang bersifat repetitif. Mereka memberi keutamaan yang besar pada misi utama kerana ia adalah pengalaman naratif linear yang berlangsung di dunia yang indah. Segala-galanya tertumpu pada misi utama untuk memberi jalan cerita yang lancar dan menarik.

Gunplay juga menerima perubahan yang besar berbanding yang asli, kerana menerapkan mekanik Mafia 3 yang lebih cover-based. Dikhabarkan sebagai lebih bahaya, mekanik didorong oleh watak-watak yang berbeza. Hangar 13 menambahkan banyak fitur-fitur baru kepada Mafia 3 seperti ‘gunplay‘ dan peningkatan AI lalu masukkannya ke Mafia: Definitive Edition.

Pasukan pemaju ingin pemain alami perubahan Tommy daripada seorang pemandu teksi kepada gengster untuk membezakannya dengan Lincoln Clay daripada Mafia 3 yang merupakan seorang askar terlatih yang berperang dengan kongsi gelap. Kedua-dua watak ini sangat berbeza daripada cara mereka bergerak, jumlah kecederaan yang diterima selepas ditembak, malah jenis senjata yang dimiliki pun sangat berbeza kerana kita berhadapan dengan dua era berlainan iaitu zaman pelarangan Amerika (antara 1930-an) dan zaman 1960-an Amerika.

Disebabkan hal itu, Hangar 13 letakkan tetapan default. Mereka ingin pemain sentiasa berfikir ketika berlindung, ketika menyelinap, tentang senjata apa ingin guna seperti bom tangan atau molotov, dan lain-lain. Memang jauh lebih banyak aksi yang boleh dilakukan di Mafia: Definitive Edition kerana di Mafia 3, pemain boleh selesaikan kebanyakkan misi utama tanpa sebarang kesusahan tinggi. Tetapan default juga membolehkan pemain menjadikan permainan lebih mencabar atau lebih mudah, khas untuk rakan-rakan yang hanya ingin menikmati jalan cerita.

Seperti yang dinyatakan di atas, AI mengalami peningkatan baru. Musuh kini dapat mengepung pemain, melindungi diri dengan lebih pandai, dan menggunakan senjata seperti molotov dengan lebih bijak untuk dedahkan lokasi pemain. Mereka lebih bahaya daripada musuh di Mafia 3, kerana Tommy bukanlah seorang askar terlatih. Hangar 13 ingin menangkap perasaan sinematik untuk pertempuran, dan tidak ingin menambah sesuatu yang gila seperti ‘serangan hendap daripada atas’ pada musuh.

Sudah 18 tahun sejak pelancaran Mafia pada 2002, dan bagi menjadikan permainan & mekanik kekal relevan di kalangan pemain zaman sekarang, beberapa perkara telah dikemas kini. Model fizik untuk sistem pemanduan telah ditambah baik. Sekali lagi terdapat tetapan yang dapat diubah untuk membuatkan aspek pemanduan lebih mudah diakses atau lebih ke arah simulasi. Pasukan pemaju cuba kekalkan cabaran ikonik pada Mafia 1 untuk pemain yang benar-benar menginginkannya dan ini adalah sebab mengapa mereka mengemas kini permainan.

Salah satu perkara yang berjaya tentang Mafia 3 adalah ia mempunyai mekanik teras yang sangat kukuh dan mekanik teras ini dibawa ke Mafia: Definitive Edition, jadi ia terpulang kepada pemain jika ia sesuai atau tidak bagi mereka. Game ini mengutamakan pengalaman naratif yang bagus untuk memberi gameplay eksotik yang pasti menarik minat anda sebelum beralih ke adegan-adegan yang tidak dapat dilupakan.

“Kami berharap orang merasakan sebuah pengalaman seronok berilhamkan gangster dan seronok bermainnya.”

Sudah tentu, setiap produksi ada masalah-masalah mereka tetapi apabila harus cipta semula aset daripada sebuah permainan video pada sedekad lalu, adakah ia kerja mudah? Masalah besar sebenarnya datang dalam bentuk “bagaimana mereka menghasilkan jumlah kandungan yang diingini dan tempoh masa yang diberi”, terutamanya semasa menghadapi pandemik COVID-19.

Untuk aset, Hangar 13 tahu cara-caranya kerana berpengalaman di Mafia 3 tetapi model pencahayaan baru telah mencipta cabaran baru atas isu pengoptimuman dan prestasi. Mereka ingin memberi kemas kini yang bagus pada sistem permainan, menjadikan setiap misi tidak kira misi utama atau misi sampingan lebih memuaskan, dan membuat sistem pertempuran lebih lancar. Antara contoh yang diberi ialah misi perlumbaan pada permainan asli yang meraih populariti yang tinggi. Hangar 13 ingin mengekalkan semangat yang sama, tetapi harus mencari cara untuk menjadikannya misi lebih mudah diselesaikan oleh mana-mana pemain pada kesukaran paling mudah.

Ketika ditanya tentang fitur-fitur lain yang dirancang untuk Mafia: Definitive Edition tetapi dibatalkan, Blackman tidak mempunyai apa-apa jawapan spesifik. Mereka benar-benar fokus pada pengalaman naratif linear yang kukuh sehingga setiap fitur pun berkisarkan konsep ini. Kembali kepada soalan awal tentang repetitif, apa-apa sahaja yang bersifat berulang akan dipotong agar tidak ada misi sampingan atau jalan cerita yang bosan dan sia-sia. Walaupun mempunyai idea untuk isu itu, ia dipotong sejak peringkat awal pembangunan untuk memberi tumpuan kepada pengalaman naratif linear yang kukuh.

Bagi pasukan Hangar 13, ini adalah hasil kerja penuh dengan usaha dan cinta. Permainan ini jelas kelihatan menarik kerana kita tahu mereka memberikan begitu banyak perhatian dan butiran pada setiap adegan dan mekanik.

“Kami mengira berapa banyak bintang yang ada di bendera Amerika kerana pada zaman itu, terdapat lebih sedikit bintang daripada bendera hari ini. Kami ada beberapa bendera yang salah di beberapa tempat, yang telah diperbaiki.”

Saya berharap anda semua dapat melihat kesungguhan mereka kerana ia amat jelas bahawa pasukan pemaju sangat meminati francais dan inginkan permainan yang terbaik untuk peminat. Mudah-mudahan Mafia: Definitive Edition tidak ditunda lagi agar kita dapat melihat Tommy dan rakan-rakan kembali beraksi.

Mafia: Definitive Edition akan dikeluarkan pada 28 Ogos 2020, di PlayStation 4, Xbox One, dan Steam manakala Mafia II: Definitive Edition dan Mafia III: Definitive Edition sudah tersedia untuk didapati sekarang. Bagi pemain yang membeli Mafia: Trilogy, mereka akan mendapat ketiga-tiga permainan video, dan Mafia pertama akan dibuka apabila ia dibebaskan.

Biodata Haden Blackman, Presiden dan Ketua Pegawai Kreatif Hangar 13

Haden Blackman mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman kreatif dan produksi dan memulakan kerjayanya sebagai penulis di LucasArts Entertainment. Kemudian, beliau menjadi pengarah francais dan pengeluar eksekutif kanan untuk francais permainan video Star Wars.

Semasa di LucasArts, Blackman memegang peranan yang penting dalam membentuk dan mengeluarkan pelbagai permainan Star Wars kegemaran, termasuk Knights of the Old Republic dan The Force Unleashed. Beliau kemudian mengasaskan Fearless Studios sebelum menyertai 2K untuk berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Kreatif Hangar 13, di mana dia mengarahkan pembangunan Mafia III.

Beliau telah memenangi pelbagai anugerah untuk penulisannya, termasuk Writer’s Guild of America’s Videogame Writing Award untuk The Force Unleashed dan GLAAD Media Award untuk karyanya di DC Comics Batwoman, sebuah siri komik terlaris di New York Times.

Muat turun di sini
Mafia: Definitive Edition
Publisher: 2K Games
Developer: Hangar 13
Release Date: 2020-09-25
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Mafia: Definitive Edition dibina daripada awal ke atas dengan aset baru dan cerita yang diperluaskan. Seperti permainan video asli pada 2002, pemain mengawal Tommy Angelo di kota Lost Heaven pada tahun 1930-an, dan mengikuti kebangkitan dan kejatuhan Tommy Angelo dalam keluarga jenayah Salieri.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EksklusifHaden BlackmanHangar 13MafiaMafia: Definitive EditionTemuramah
Previous Post

MMA beraksi ! Gameplay Trailer EA Sports UFC 4 telah Didedahkan!

Next Post

Pandangan pertama gameplay Mafia: Definitive Edition! Sepanjang 14 minit!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Pandangan pertama gameplay Mafia: Definitive Edition! Sepanjang 14 minit!

Pandangan pertama gameplay Mafia: Definitive Edition! Sepanjang 14 minit!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd