Walaupun remake atau versi definitif menjadi semakin popular di industri permainan video, tidak banyak yang kelihatan menarik dan kemas seperti Mafia: Definitive Edition oleh Hangar 13. Pandangan pertama mereka didedahkan hari ini dan ia mempamerkan visual yang luar biasa, beberapa mekanik yang canggih, dan sedikit gambaran tentang bagaimana jalan cerita permainan ini diceritakan semula melalui salah satu misi paling ikonik, “A Trip to the Country.”. Saya rasa amat jelas di mata semua bahawa Mafia: Definitive Edition akan menjadi permainan video yang amat dinanti-nantikan ketika pelancarannya pada 25 September 2020.
Kami sudah tahu bahawa permainan ini akan mendapat peningkatan visual yang besar dan dalam temuramah eksklusif bersama presiden dan ketua pegawai kreatif Hangar 13, Haden Blackman, dia menjelaskan bahawa pasukan pemaju sebenarnya melakukan penambahbaikan mengikut kesilapan atau kekurangan mereka semasa mengembangkan Mafia 1 dan 2. Sebagai contoh, sistem pertempuran senjata akan lebih mirip dengan Mafia 3, yang berasaskan cover-based tetapi lebih bahaya. Harus diingat bahawa protagonis Mafia: Definitive Edition, Tommy Angelo, bermula sebagai seorang pemandu teksi biasa sebelum menjadi gengster, sedangkan protagonis Mafia 3 iaitu Lincoln Clay adalah bekas tentera, jadi akan ada perbezaan antara cara kedua-dua watak bermain. Pertempuran akan menjadi “sedikit lebih bahaya” bagi Tommy, kata Blackman, dan “setiap peluru adalah amat penting.”
Satu lagi perubahan besar adalah bagaimana undang-undang trafik berfungsi. Dalam permainan asli, pemain harus mematuhi undang-undang agar tidak diburu oleh pihak polis. Walaupun tetapan ini masih ada untuk edisi definitif, akan ada pilihan untuk mengubah ketegasan undang-undang yang perlu dipatuhi. Sebagai contoh, pemain dapat mengubah suainya agar mereka tidak ditangkap kerana melanggar lampu merah. Pilihan tambahan ini disediakan untuk memenuhi sikap-sikap pemain yang berbeza untuk menentukan gaya permainan pilihan dan bagaimana ia mempengaruhi mereka semasa maju dalam jalan cerita utama.
Alang-alang kita bercakap tentang jalan cerita, Mafia: Definitive Edition mempunyai latar belakang yang lebih luas. Salah satu contoh yang diberikan oleh Blackman adalah peranan yang dimainkan oleh teman wanita Tommy, Sarah. Meskipun memiliki peranan yang sangat penting, dia tidak membuat banyak penampilan, jadi pasukan pemaju akan memberinya lebih banyak adegan dalam permainan agar pemain lebih memahami keputusan yang Tommy yang dia buat.
Mafia: Definitive Edition akan dikeluarkan pada 28 Ogos 2020, di PlayStation 4, Xbox One, dan Steam manakala Mafia II: Definitive Edition dan Mafia III: Definitive Edition sudah tersedia untuk didapati sekarang. Bagi pemain yang membeli Mafia: Trilogy, mereka akan mendapat ketiga-tiga permainan video, dan Mafia pertama akan dibuka apabila ia dibebaskan.
@gamersantaimy
Discussion about this post