Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tawaran paling gengster sekali: 2K mengumumkan Mafia: Trilogy!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 20, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, Epic Store, PC, Promosi, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Ulasan Mafia II: Definitive Edition – Dipertingkatkan daripada segala aspek, inilah pengalaman Mafia sebenar!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, 2K dan Hangar 13 telah mengumumkan Mafia: Trilogy, koleksi baru yang memaparkan satu-satunya siri hiburan interaktif yang membolehkan pemain menjalani kehidupan sebagai gangster di tiga era jenayah terancang di Amerika. Jika digabungkan, francais Mafia yang terkenal telah dijual lebih daripada 18 juta unit di seluruh dunia. Sekarang, buat pertama kalinya di konsol moden, nikmati ketiga-tiga permainan video terhormat ini dalam satu saga definitif. Mafia: Trilogy mengandungi:

  • Mafia: Definitive Edition – Remake kepada game klasik kesayangan;
  • Mafia II: Definitive Edition – Ultra HD remaster kepada game kegemaran ramai;
  • Mafia III: Definitive Edition – Pengenalan semula kepada karya naratif yang memenangi pelbagai anugerah.

Pemain yang membeli Mafia: Trilogy secara digital sebelum 28 Ogos akan dapat mengakses kepada Mafia II: Definitive Edition dan Mafia III: Definitive Edition dengan segera di PlayStation 4, Xbox One, dan Steam, dan boleh memuat turun Mafia: Definitive Edition sebaik sahaja ia tersedia pada 28 Ogos. Edisi fizikal Mafia: Trilogy akan dilancarkan sepenuhnya pada 28 Ogos, dan pada masa ini hanya dirancang untuk dilancarkan di rantau Asia dan EMEA terpilih.

Mafia: Definitive Edition, Mafia II: Definitive Edition, dan Mafia III: Definitive Edition juga tersedia untuk pembelian secara individu. Edisi Definitif untuk Mafia II dan Mafia III boleh didapati hari ini di dalam Mafia: Trilogi dan sebagai pembelian mandiri di Xbox One, PlayStation 4, dan PC melalui Steam, serta akan datang ke Epic Games Store dan Stadia. Kedua-dua Mafia II: Definitive Edition dan Mafia III: Definitive Edition menampilkan semua kandungan tambahan bonus asal, serta visual 4K yang direka semula untuk Mafia II.

Mafia: Definitive Edition akan dilancarkan pada 28 Ogos sebagai remake komprehensif dari Mafia asli, lengkap dengan skrip yang diperbaharui dengan dialog baru, latar belakang yang diperluas, dan adegan tambahan. Setiap adegan dan ciri permainan baru dihasilkan menggunakan enjin permainan yang sama seperti Mafia III. Ia masih game Mafia yang sama, cuma disertakan dengan pelbagai penambahan baru.

“Mafia yang pertama memberi kesan yang berkekalan untuk bagaimana permainan video dapat menceritakan kisah yang serius, dan kami tahu peminat siri ini masih menghormatinya. Hampir 20 tahun selepas siri Mafia dimulakan, kami sekarang memiliki peluang untuk memperkenalkan permainan tercinta ini kepada generasi baru dan memberi peluang kepada peminat lama untuk mengalami semula kisah Tommy dengan persembahan modern yang luar biasa, serta elemen cerita dan ciri permainan baru”. -Haden Blackman, Presiden dan CCO di Hangar 13.

Pemain yang pra-pesan Mafia: Definitive Edition – serta pemain yang membeli versi digital atau pra-pesan versi fizikal Mafia: Trilogy – sebelum 28 Ogos akan menerima kandungan tambahan bonus “The Chicago Outfit” untuk Mafia: Definitive Edition. Pek ini merangkumi:

  • Pakaian Eksklusif: The Don;
  • Kenderaan Eksklusif: Smith V12 Limousine;
  • Skin Senjata Eksklusif: Gold Semi-Automatic;

Seterusnya, pemain boleh mendaftar untuk akaun 2K bagi membuka item bonus di bawah untuk setiap permainan:

  • Mafia: Definitive Edition: Black Cats Motorcycle Pack;
  • Mafia II: Definitive Edition: Made Man Pack;
  • Mafia III: Definitive Edition: Classico Three-piece Suit & IL Duca Revolver;

Mafia II: Definitive Edition akan diberikan secara automatik kepada semua pemilik Mafia II di Steam hari ini tanpa sebarang kos tambahan. Selain itu, semua pemilik Mafia III di PlayStation 4, Xbox One, dan Steam akan di-upgrade kepada Mafia III: Definitive Edition hari ini tanpa sebarang kos tambahan. Pelanggan yang memiliki kombinasi lebih daripada satu permainan Mafia akan menerima tawaran upgrade diskaun untuk melengkapkan trilogi mereka melalui menu dalam permainan dalam setiap game Mafia.

Memang satu tawaran yang puas hati! Apa lagi, jom kita cuba nanti! Untuk baca ulasan kami tentang Mafia II: Definitive Edition, sila klik di sini.

Tags: MafiaMafia II: Definitive EditionMafia III: Definitive EditionMafia: Definitive EditionMafia: Trilogy
Previous Post

The Last of Us Part II PS4 Pro Bundle edisi terhad serta banyak lagi didedahkan!

Next Post

Ulasan Mafia II: Definitive Edition – Dipertingkatkan daripada segala aspek, inilah pengalaman Mafia sebenar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Call of Duty Umum Kolaborasi SUV Aston Martin; Turut Dedahkan Latar Filem Live-Action Akan Datang
Berita

Call of Duty Umum Kolaborasi SUV Aston Martin; Turut Dedahkan Latar Filem Live-Action Akan Datang

July 20, 2026
Kurechii Next 2026: Update Terkini Tentang Postknight World, Abyssfall & Prism Arcana
Indie

Kurechii Next 2026: Update Terkini Tentang Postknight World, Abyssfall & Prism Arcana

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Next Post
Ulasan Mafia II: Definitive Edition – Dipertingkatkan daripada segala aspek, inilah pengalaman Mafia sebenar!

Ulasan Mafia II: Definitive Edition - Dipertingkatkan daripada segala aspek, inilah pengalaman Mafia sebenar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd