NetEase hari ini telah mengumumkan game cyberpunk baru untuk pelantar mudah alih. Diumumkan semasa acara pelancaran produk ke-6, Code: T berlangsung di bandar masa depan yang kelam dan bahaya. Anda akan bermain sebagai seorang “bounty hunter” yang bergaya, dan supaya permainan menjadi lain daripada lain, terdapat beberapa elemen simulasi antara watak. Mari kita lihat teaser di bawah:
Jika anda tonton teaser di atas, mesti anda melihat banyak persamaan antara game ini dengan Cyberpunk 2077. Daripada beberapa gambaran khusus hingga cara tajuk permainan muncul di akhir video, nampaknya NetEase pun sama teruja seperti kita yang lain untuk keluaran game terbaru oleh CD Projekt Red.
Walaupun teaser ini amat pendek dan tidak sampai satu minit, saya dapat merasakan dunia permainan dengan jelas serta watak-wataknya yang pelik. Saya ingin melihat gameplay sebenar Code: T, tetapi kerana pengumumannya pun baru tiba, rasanya lambat lagi sebelum kita semua dapat berita seterusnya.
I guess the game itself is unique enough, it's not like cyberpunk theme games are new, but it's obviously trying to capture the hype around Cyberpunk 2077 and emulating the original Cyberpunk 2077 feel with its CG trailer in the first tweet.
Here are comparison shots vs CP2077 pic.twitter.com/8wSN4FAprX
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) May 20, 2020
Pendedahan ini dibuat sebagai sebahagian daripada persidangan NetEase 520, yang juga melancarkan Project Ragnarok yang diilhamkan oleh mitologi Norse. Kedua-dua game ini amat bercita-cita tinggi, dan saya berharap gameplay/trailer akan datang untuk Code: T dapat menonjolkan gaya permainan itu sendiri dan membezakannya daripada pengaruh Cyberpunk 2077.
@gamersantaimy
Discussion about this post