Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game eksklusif PS5, Gran Turismo 7 dibocorkan tanpa sengaja!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 21, 2020
in Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Game eksklusif PS5, Gran Turismo 7 dibocorkan tanpa sengaja!
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya, salah satu game eksklusif besar PS5 telah bocor menjelang pengumuman rasmi daripada PlayStation. Walaupun terdapat beberapa “third-party game“ yang disahkan untuk PlayStation 5 seperti Godfall, Assassin’s Creed Valhalla, dan Dirt 5, Sony Interactive Entertainment masih berahsia tentang game eksklusifnya. TETAPI! Salah satu rakan kongsi mereka, tanpa sengaja, telah membocorkan salah satu game eksklusif ini.

Next Level Racing, sebuah syarikat Australia yang membuat kokpit lumba untuk sukan perlumbaan profesional, mungkin telah mengesahkan bahawa Gran Turismo 7 sedang dibangunkan untuk PS5, dan akan dilancarkan bersama konsolnya pada hujung tahun ini. Di Instagram rasmi, Next Level Racing, yang pernah bekerja dengan PlayStation pada masa lalu, bertanya kepada pengikut untuk “game lumba 2020 apa yang mereka nantikan“. Bersama soalan ini adalah gambar yang memaparkan logo empat game perlumbaan berbeza iaitu: Dirt 5, F1 2020, Automobilista 2, dan Gran Turismo 7. Malangnya, gambar ini sudahpun dibuang di Instagram rasmi.

Seperti yang anda lihat, Next Level Racing bukan sahaja mengesahkan Gran Turismo yang baru, tetapi juga telah membocorkan logo permainan. Selain itu, perkataan “2020” mengatakan bahawa permainan akan dilancarkan bersama PS5 pada akhir tahun ini.

Pada masa penerbitan, Sony belum mengeluarkan komen rasmi mengenai kebocoran terbaru ini, tetapi pelbagai acara digital akan berlangsung dalam masa terdekat. Kemungkinan besar, Gran Turismo 7 akan diumumkan di salah satu acara. Buat masa ini, kita hanya mampu menunggu.

Tags: Gran Turismo 7playstation 5ps5RacingSony
Previous Post

[UPDATE] Game RPG Fairy Tail ditunda lagi sekali ke 31 Julai 2020! Sebulan lagi sebelum Natsu beraksi!

Next Post

Code: T oleh NetEase ialah game mobile terbaru ala-ala Cyberpunk 2077!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Code: T oleh NetEase ialah game mobile terbaru ala-ala Cyberpunk 2077!

Code: T oleh NetEase ialah game mobile terbaru ala-ala Cyberpunk 2077!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd