Game simulasi indie popular Dave the Diver oleh MINTROCKET bakal dilancarkan di mobile iOS (App Store) dan Android (Google Play) pada 17 September 2026. Pendaftaran kini sudah pun dibuka di kedua-dua aplikasi tersebut.
Dave the Diver sebelum ini dilancarkan di PC (Steam & Epic Games Store), Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series X/S; dan diminati ramai di seluruh dunia kerana gameplay-nya yang unik. Pemain akan menyelam ke dalam laut Blue Hole yang penuh misteri pada waktu siang untuk menangkap ikan, kemudian menggunakan tangkapan segar itu untuk restoran Bancho Sushi pada waktu malam.

Untuk pengalaman mobile yang lebih mesra, MINTROCKET turut menambah beberapa penyesuaian:
- Kawalan Gyro: Semasa melayan pelanggan di Bancho Sushi, anda boleh menggerakan telefon untuk menuang teh – seolah-olah sedang memegang teko sebenar.
- 3-Level View Distance: Sudut kamera di dalam air boleh dilaraskan menerusi tiga tahap zoom, memudahkan kita melihat ikan serta ancaman sekitar pada skrin telefon yang lebih kecil.
- Fast Travel di Sea People’s Village: Pemain boleh fast travel ke mana-mana NPC semasa meneroka Sea People’s Village untuk menyelesaikan quest dengan lebih pantas.
- Tetapan Kawalan Sentuh Custom: Anda bebas mengubah saiz, kedudukan, serta kejelasan butang pada skrin. Malah, anda juga boleh menyimpan susun atur butang yang berbeza untuk sesi menyelam dan fasa mengurus restoran.

Pemain mobile juga tidak perlu risau kerana versi ini bukanlah versi yang ‘dikurangkan’. Dave the Diver edisi mobile dilengkapi dengan kandungan DLC, termasuk crossover pack DREDGE dan juga expansion terbaharu “In the Jungle”; yang membawa Dave ke tasik air tawar serta tapak purba di dalam hutan.
Selain itu, setiap pembelian game asas disertakan sekali dengan pek Dave the Diver Digital Extra secara percuma, di mana pemain akan mendapat artbook digital dan soundtrack rasmi daripada game.



![[BIC2026] Visi Jangka Panjang Toei Games Menuju Ke Projek Berskala Besar; Game Kamen Rider/Super Sentai Tidak Terkecuali](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Hiroaki-Nagashima-TOEI_BIC_FI-350x250.jpg)





Discussion about this post