Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selam & Jual Sushi Di Telefon! Dave The Diver Mobile Tiba 17 September

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 13, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Simulator
0 0
0
Selam & Jual Sushi Di Telefon! Dave The Diver Mobile Tiba 17 September
Share on FacebookShare on Twitter

Game simulasi indie popular Dave the Diver oleh MINTROCKET bakal dilancarkan di mobile iOS (App Store) dan Android (Google Play) pada 17 September 2026. Pendaftaran kini sudah pun dibuka di kedua-dua aplikasi tersebut.

Dave the Diver sebelum ini dilancarkan di PC (Steam & Epic Games Store), Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series X/S; dan diminati ramai di seluruh dunia kerana gameplay-nya yang unik. Pemain akan menyelam ke dalam laut Blue Hole yang penuh misteri pada waktu siang untuk menangkap ikan, kemudian menggunakan tangkapan segar itu untuk restoran Bancho Sushi pada waktu malam.

Untuk pengalaman mobile yang lebih mesra, MINTROCKET turut menambah beberapa penyesuaian:

  • Kawalan Gyro: Semasa melayan pelanggan di Bancho Sushi, anda boleh menggerakan telefon untuk menuang teh – seolah-olah sedang memegang teko sebenar.
  • 3-Level View Distance: Sudut kamera di dalam air boleh dilaraskan menerusi tiga tahap zoom, memudahkan kita melihat ikan serta ancaman sekitar pada skrin telefon yang lebih kecil.
  • Fast Travel di Sea People’s Village: Pemain boleh fast travel ke mana-mana NPC semasa meneroka Sea People’s Village untuk menyelesaikan quest dengan lebih pantas.
  • Tetapan Kawalan Sentuh Custom: Anda bebas mengubah saiz, kedudukan, serta kejelasan butang pada skrin. Malah, anda juga boleh menyimpan susun atur butang yang berbeza untuk sesi menyelam dan fasa mengurus restoran.

Pemain mobile juga tidak perlu risau kerana versi ini bukanlah versi yang ‘dikurangkan’. Dave the Diver edisi mobile dilengkapi dengan kandungan DLC, termasuk crossover pack DREDGE dan juga expansion terbaharu “In the Jungle”; yang membawa Dave ke tasik air tawar serta tapak purba di dalam hutan.

Selain itu, setiap pembelian game asas disertakan sekali dengan pek Dave the Diver Digital Extra secara percuma, di mana pemain akan mendapat artbook digital dan soundtrack rasmi daripada game.

Tags: Dave The DiverMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Game Monster-Catching ‘Aniimo’ Akan Tiba Pada 16 September – Ngam-Ngam Hari Malaysia

Next Post

Hogwarts Legacy 2 Dalam Pembangunan, Menurut Warner Bros

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Hogwarts Legacy 2 Dalam Pembangunan, Menurut Warner Bros

Hogwarts Legacy 2 Dalam Pembangunan, Menurut Warner Bros

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd