Game free-to-play monster-catching RPG open-world “Aniimo” akan dilancarkan pada 16 September 2026 di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC (Steam, Epic Games Store, dan Microsoft Store), iOS, dan Android.
Walaupun game-nya percuma, pemilik PlayStation 5 sudah boleh membuat pre-order untuk pek bonus di PlayStation Store. Pek ini menawarkan item eksklusif seperti aksesori “Fluffy Friend”, battle pass, dan telur khas yang boleh menetas menjadi varian Aniimo “Prismana”.
Berlatarkan benua Idyll, kita menggalas peranan sebagai seorang “Pathfinder” untuk meneroka lanskap yang penuh dengan makhluk liar. Anda boleh menangkap makhluk ini (yang dipanggil Aniimo) menggunakan gajet dinamakan Aniipod, memasang perangkap, serta mengatur masa lemparan dengan tepat.
Jenis Aniimo yang muncul bergantung pada waktu, cuaca, dan persekitaran tempatan. Kebanyakan makhluk ini juga boleh berevolusi.

Kelainan utama Aniimo berbanding game monster-catching lain terletak pada mekanik Twine. Daripada memberi arahan dari jauh, pemain akan bersatu (bergabung) dengan Aniimo yang ditangkap lalu terus mengawalnya.
Apabila menjelma sebagai Aniimo, anda boleh menggunakan abiliti fizikal uniknya untuk menyelesaikan teka-teki, bertarung dengan musuh, dan meneroka dunia; sama ada terbang di udara, menyelam di dalam air, atau menggali tanah.

Selain menerokai, anda boleh mengembara ke bandar futuristik yang terapung di langit. Bandar ini berfungsi sebagai hub utama untuk para pemain berkumpul, berinteraksi, dan bertarung.
Bagi yang gemar bertarung, Aniimo menawarkan mod real-time 3-player bernama Egg Heist. Berlokasi di Lost Isles, mod ini menampilkan elemen gameplay PvE dan PvP, di mana pasukan akan bersaing menyelesaikan objektif sambil bertarung dengan raksasa serta skuad pemain lain.

Jika lebih menggemari gameplay santai, game ini turut menawarkan ciri life-sim. Setiap pemain dibekalkan sebuah RV di tapak perkhemahan open-world. Anda boleh pulang ke kawasan “Homeland” untuk berkebun, membina hiasan, dan membina rumah sendiri bersama Aniimo kegemaran dan rakan-rakan.

![[BIC2026] Visi Jangka Panjang Toei Games Menuju Ke Projek Berskala Besar; Game Kamen Rider/Super Sentai Tidak Terkecuali](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Hiroaki-Nagashima-TOEI_BIC_FI-350x250.jpg)
![[BIC2026] Bukan Isekai Biasa! Bagaimana Creator Chronicles Mengaburkan Dunia Realiti & Maya](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Creator-Chronicles_BIC_FI-350x250.jpg)
![[BIC2026] Usaha Sedekad Mengangkat Game Indie, Itulah Misi Isabella Seo Jungsook](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Isabella-Seo-Jungsook_BIC_FI-350x250.jpg)





Discussion about this post