Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 20, 2026
in Action, Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco telah berkongsi maklumat baharu untuk game aksi mobile akan datang mereka, BLEACH Mirrors High. Akan dilancarkan di iOS dan Android pada tahun ini, trailer di bawah menunjukkan sistem combatutama, ciri ubah suai watak serta senjata, serta barisan watak baharu yang direka khas oleh pencipta Tite Kubo.

Cipta Shinigami Unik Anda

Fokus utama BLEACH Mirrors High adalah untuk memberikan kebebasan kepada pemain meneroka dunia francais ini melalui pelbagai pilihan customization.

  • Ubah Suai Avatar: Pemain boleh mencipta dan melaras penampilan watak dari awal. Game ini menyediakan pilihan customization terperinci termasuk gaya rambut, struktur muka, bentuk badan, dan bentuk mata, bersama palet warna yang luas.
  • Ubah Suai Zanpakuto: Selain rupa fizikal avatar, senjata Zanpakuto juga boleh diubah suai. Pemain boleh melaras bahagian bilah, pelindung, hulu, visual, sehinggalah ke kesan elemen khas mengikut cita rasa sendiri.

Sistem Combat Kad yang Pantas dan Taktikal

Sistem combat BLEACH Mirrors High direka agar dinamik, pantas, dan memerlukan strategi. Pemain akan membentuk sebuah pasukan yang dianggotai oleh tiga karakter dan watak menggunakan sistem aksi berasaskan kad.

  • Action Card: Serangan dilancarkan dengan memilih kad dari tangan pemain secara real-time, yang memerlukan keputusan taktikal pantas.
  • Chain dan Link Attack: Kombinasi serangan biasa yang dilakukan berturut-turut boleh menghasilkan “Link Attack” yang bukan sahaja memberikan damage tinggi, malah hadir dengan animasi yang gah.
  • Soul Drive: Melalui kombinasi kad tertentu, pemain boleh melancarkan serangan khas atau mengaktifkan “Soul Drive”; iaitu serangan kombinasi di mana ketiga-tiga ahli pasukan menyerang musuh secara serentak.

Naratif Baharu Selepas Thousand-Year Blood War

Jalan cerita game ini berlaku selepas peristiwa Thousand-Year Blood War. Kisah bermula di Karakura Town apabila satu entiti roh misteri terjaga dari lena. Pemain akan memulakan pengembaraan sebagai seorang Shinigami baharu di samping watak ikonik siri ini seperti Ichigo Kurosaki, Kuchiki Rukia, dan Abarai Renji.

Naratif turut memperkenalkan tiga Shinigami baharu yang direka khas oleh Tite Kubo, lengkap dengan lakon suara penuh:

  • Naru Jurinna (Disuarakan oleh Fuka Izumi)
  • Giro Hando (Disuarakan oleh Shogo Batori)
  • Maiko Tokishima (Disuarakan oleh Yu Sasahara)

BLEACH Mirrors High akan ditawarkan secara free-to-play dengan sokongan pembelian dalam aplikasi. Game ini dijangka keluar pada tahun ini.

Tags: BLEACH Mirrors High
ShareTweetSend
Previous Post

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

Next Post

Kurechii Next 2026: Update Terkini Tentang Postknight World, Abyssfall & Prism Arcana

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Kurechii Next 2026: Update Terkini Tentang Postknight World, Abyssfall & Prism Arcana

Kurechii Next 2026: Update Terkini Tentang Postknight World, Abyssfall & Prism Arcana

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd