Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Arknights: Endfield – Update 1.4 Tersedia Sekarang, Memperkenalkan Dua Operator 6★

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 16, 2026
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, Open World, PC, PS5, RPG
0 0
0
Arknights: Endfield – Update 1.4 Tersedia Sekarang, Memperkenalkan Dua Operator 6★
Share on FacebookShare on Twitter

Gryphline secara rasmi melancarkan update Version 1.4 untuk Arknights: Endfield. Selepas hampir enam bulan, update ini dibawa sempena sambutan ulang tahun setengah tahun yang menampilkan pengakhiran kepada jalan cerita utama, dua watak baharu, penambahbaikan sistem automasi kilang, serta sokongan perkakasan yang lebih optimum.

Tumpuan utama update ini adalah penamat kepada story arc Wuling. Pemain boleh meneroka dua peta baharu, iaitu Yinglung Pass dan North Wuling Exclusion Zone. Babak terakhir membawa kita semula ke tanah yang musnah sedekad lalu akibat bencana besar yang dikenali sebagai Very Large Rift.

Watak Baharu: Arcane dan Liino

Update ini membolehkan pemain merekrut dua Operator baharu:

  • Arcane: Kapten bagi Yinglung Special Task Force yang memegang peranan penting dalam jalan cerita baharu. Sebagai caster, gaya lawannya berubah secara dinamik mengikut atribut Intellect (INT) dan Will (WILL). Ciri ini membolehkan pemain membentuk Arcane sama ada sebagai penyumbang damage area-of-effect yang pakar dalam Corrosion, mahupun sebagai unit support elemen yang fleksibel.
  • Liino: Bintang idola sedang meningkat naik yang dikenali sebagai “Morning Star of La Fantoma”. Selepas hilang secara misteri sebelum konsertnya di Valley VI, Liino kini hadir sebagai Electric supporter yang menggunakan stance Vocalist dan Cosmovoice untuk memberikan boost attack dan healing berterusan kepada pelbagai komposisi pasukan elemen tanpa mengganggu skill rotation.

Peningkatan Automated Industry Complex (AIC)

// Gas: Fueling a New Era //

Endministrator, The AIC Factory has introduced a new state of material: gas.

Distinct from solids and fluids, gas is a new material form that will bring changes to the AIC. Within the AIC, it flows through pipelines before undergoing purification,… pic.twitter.com/sL6mz1hn8V

— Arknights: Endfield (@AKEndfield) July 16, 2026

Sistem AIC menerima penambahan besar pertamanya. Update ini memperkenalkan “gas” sebagai bentuk bahan industri baharu di samping pepejal dan cecair, termasuk membawa jentera, teknologi, serta barisan produksi baharu.

Pemain boleh mengumpul gas seperti Inergen serta Xiragen dan menukar bentuk bahan-bahan tersebut. Proses berasaskan gas membolehkan pemain melangkau beberapa langkah produksi tradisional. Sebagai contoh, pemain kini boleh menghasilkan Xiranite terus daripada Carbon dan Clean Water dalam persekitaran Inergen. Proses ini memotong tiga fasa jentera perantara, sekali gus membolehkan susun atur kilang dibina dengan lebih padat.

Peningkatan Visual dan Sokongan PS5 Pro

Selain menyokong ciri khusus untuk PC seperti Nvidia DLSS 4.5 dan AMD FSR 3, Gryphline turut memasukkan PlayStation Spectral Super Resolution (PSSR) yang dipertingkatkan untuk PlayStation 5 Pro.

PSSR versi naik taraf menawarkan kualiti imej yang lebih tajam, kestabilan temporal yang lebih baik, serta prestasi lebih lancar. Ini membantu mengekalkan frame rate tinggi pada resolusi 4K.

Acara Dalam Game dan Ciri Akses Awal

Bagi memudahkan pemain baharu menikmati kandungan terkini, Gryphline telah menambah ciri early-unlock. Pemain yang selesai menjalani fasa awal jalan cerita utama Chapter One boleh mengakses misi Wuling serta-merta tanpa mengganggu kemajuan Chapter One. Mekanik penerokaan dan tahap musuh di Wuling akan dilaraskan secara dinamik mengikut tahap semasa pemain.

[Echoes of War] Permanent Challenge Mode Details

▼// Availability
Permanently available after [Homecoming] version update

▼// Participation Requirements
· Authority Level ≥ 40
· Complete the main mission [Chapter I Process II: Paving the Way]

▼// Gameplay Details
·… pic.twitter.com/dsHpfjx7a4

— Arknights: Endfield (@AKEndfield) July 15, 2026

Arknights: Endfield Ver. 1.4 turut menambah beberapa acara combat kekal dan bermusim. Antaranya ialah “Echoes of War” yang menawarkan peringkat cabaran bergilir dengan tahap kesukaran serta gelaran bermusim yang boleh dipaparkan. Selain itu, “HEAT RAGE! MEGA ARENA!” mencabar pemain untuk bertarung menggunakan gandingan skuad dua watak. Peta teka-teki serta aktiviti penerokaan lain seperti “The Rooted Realm” dan “Delver of the Cryptic” melengkapkan lagi gameplay loop dalam update ini.

Ganjaran Setengah Tahun

Bagi menghargai sokongan peminat sepanjang enam bulan pertama, Gryphline menawarkan pelbagai ganjaran sambutan:

  • Acara log masuk tiga hari “Tribute of Companionship” yang menawarkan 3,000 Oroberyl, 5 Basic Headhunting Permit, serta senjata 6-star Farsight secara percuma.
  • Pakej yang mengandungi 2,000 Oroberyl dan pelbagai bahan peningkatan.
  • Sebanyak 14 percubaan untuk acara “Fortune Connect-and-Win” yang menjamin sekurang-kurangnya 5,000 Oroberyl serta bahan tambahan.
  • Dua acara log masuk 7 hari yang memberikan ganjaran sebanyak 10 limited Headhunting Permit (5 permit bagi setiap satu).

Important News on the [Companionship Celebration] & [Homecoming] Core Chapter Version

The [Companionship Celebration] & [Homecoming] Core Chapter Version will officially launch on July 16, 2026!

Here are some important news about [Companionship Celebration] for you. Please take… pic.twitter.com/NrtmwTcvAX

— Arknights: Endfield (@AKEndfield) July 15, 2026

Arknights: Endfield boleh dimainkan secara free-to-play di PC (melalui Epic Games Store dan launcher rasmi), PlayStation 5, iOS, serta Android.

Tags: Arknights: Endfield
ShareTweetSend
Previous Post

Final Fantasy Resonance – Dunia HD-2D, Watak & Turn-Based Gameplay

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Final Fantasy Resonance – Dunia HD-2D, Watak & Turn-Based Gameplay
Berita

Final Fantasy Resonance – Dunia HD-2D, Watak & Turn-Based Gameplay

July 16, 2026
The Duskbloods Akan Mulakan Closed Network Test Pada Ogos 2026
Beta

The Duskbloods Akan Mulakan Closed Network Test Pada Ogos 2026

July 16, 2026
EA Ucap Selamat Tinggal Kepada Need for Speed & Burnout, Kini Hanya Fokus Kepada Battlefield
Berita

EA Ucap Selamat Tinggal Kepada Need for Speed & Burnout, Kini Hanya Fokus Kepada Battlefield

July 15, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd