Capcom telah melancarkan alat benchmark PC percuma untuk Onimusha: Way of the Sword bagi memudahkan pemain menguji prestasi komputer mereka sebelum pelancaran rasmi game tersebut. Menurut CAPCOM SEA, aplikasi utiliti ini sudah ditawarkan di Steam dan Epic Games Store. Walau bagaimanapun, hasil carian kami di Steam setakat ini mendapati ia masih belum ada di platform tersebut. Ada kemungkinan alat ini akan dilancarkan pada bila-bila masa sahaja hari ini.
Onimusha: Way of the Sword merupakan entri seterusnya dalam francais aksi samurai Capcom selepas 20 tahun; kali terakhir adalah melalui Onimusha: Dawn of Dreams pada 2006. Sepatutnya keluar pada akhir September, Capcom telah mempercepatkan tarikh pelancaran kepada 4 September 2026. Game ini mengikuti kisah samurai legenda, Miyamoto Musashi, yang menggunakan kuasa Oni Gauntlet untuk menyelamatkan Kyoto era Edo daripada ancaman tentera iblis Genma.
Melalui sesi demonstrasi, alat benchmark ini akan menilai sejauh mana kelancaran ga,e ini pada sistem PC anda. Berikut adalah cara ia berfungsi, metrik yang diuji, serta cara untuk memulakannya.
Metrik yang Dinilai oleh Alat Benchmark
Semasa ujian dijalankan, alat ini akan menganalisis sistem anda dan memaparkan maklumat berikut:
- Performance Score: Sistem akan memberikan markah keseluruhan berdasarkan tahap kesediaan PC anda:
- 25,000+: Excellent
- 20,000 – 24,999: Good
- 11,000 – 19,999: Playable
- 7,000 – 10,999: Setting changes recommended
- 5,000 – 6,999: Setting changes required
- 0 – 4,999: Insufficient performance
- FPS & 1% Low: Alat ini bukan sahaja memantau purata FPS, malah memaparkan nilai “1% Low” FPS (purata frame rate semasa adegan paling berat). Nilai ini penting untuk tahu sama ada anda bakal berdepan masalah stuttering ketika aksi pertempuran sengit.
- Performance Graph: Graf visual ini memaparkan perubahan frame rate sepanjang ujian. Keputusan ujian semasa diwakili oleh garisan kuning, manakala ujian sebelum akan ditunjukkan sebagai garisan biru. Ini memudahkan anda membandingkan kesan perubahan tetapan grafik.
- Setting: Anda boleh menukar tetapan paparan, grafik, audio, dan bahasa secara langsung di dalam aplikasi benchmark.
Selain itu, beberapa fungsi lain turut disediakan:
- Frame Interpolation: Ciri ini memberikan visual yang lebih lancar, namun mungkin akan menurunkan sedikit skor benchmark disebabkan beban kerja tambahan pada pemproses grafik.
- Loop Mode: Sesuai untuk melakukan stress-test komputer dalam tempoh yang lama. Apabila diaktifkan, ujian akan diulang secara automatik 60 saat selepas skrin keputusan dipaparkan.
Spesifikasi Sistem & Info Muat Turun
Alat benchmark ini memerlukan ruang storan sebanyak 18 GB. Sila semak spesifikasi PC dengan keperluan sistem rasmi berikut sebelum memulakan ujian:
Spesifikasi Minimum (Sasaran 1080p / 30 FPS):
- OS: Windows 11
- CPU: Intel Core i5-8400 atau AMD Ryzen 3 3100
- Memori: 16 GB RAM
- GPU: Nvidia GeForce GTX 1660 (6GB) atau AMD Radeon RX 5500 XT (8GB)
- DirectX: Versi 12
- Storan: SSD diperlukan (50 GB ruang kosong untuk game penuh)
Spesifikasi Disyorkan (Sasaran 1080p / 60 FPS):
- OS: Windows 11
- CPU: Intel Core i5-10400 atau AMD Ryzen 5 3600
- Memori: 16 GB RAM
- GPU: Nvidia GeForce RTX 2060 Super (8GB) atau AMD Radeon RX 6600 (8GB)
- DirectX: Versi 12
- Storan: SSD diperlukan (50 GB ruang kosong untuk game penuh)
Jika ingin mencuba sendiri mekanik combat, demo khas turut disediakan sekarang. Dengan bermain demo tersebut dan mengekalkan save data, anda akan menerima ganjaran berupa “Kubi Akari charm” dalam game penuh nanti. Aksesori ini akan memberikan buff tambahan kepada Musashi apabila game penuh dilancarkan pada September 2026.

![[Eksklusif] Adaptasi Game Ke Media Lain & Mengapa Pembangun Indie Sentiasa Mendahului AAA, Menurut Jon Carnage](https://cdn.gamersantai.com/2026/07/JON-CARNAGE_INTERVIU_FI-350x250.jpg)
![[Eksklusif] Pengarah Kreatif NeoBards, Al Yang, Membedah Nilai Sebenar Sebuah Game Moden](https://cdn.gamersantai.com/2026/07/Al-Yang_INTERVIU_FI-350x250.jpg)






Discussion about this post