Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Selepas 10 Tahun, Perjalanan Dragon Ball Xenoverse 2 Tamat Hari Ini Bersama DLC Terakhir

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2026
in Anime, Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, DLC percuma, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Selepas 10 Tahun, Perjalanan Dragon Ball Xenoverse 2 Tamat Hari Ini Bersama DLC Terakhir
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco bersama pembangun Dimps secara rasmi melancarkan Future Saga Chapter 4, iaitu DLC terakhir buat action-RPG popular Dragon Ball Xenoverse 2. Expansion ini adalah pengakhiran kepada jalan cerita yang telah berjalan selama hampir sedekad, sejak game ini mula dikeluarkan pada penghujung tahun 2016.

Bab penutup menjadi klimaks kepada eksperimen manipulasi sejarah oleh sang antagonis, Fu. Di sini, pemain akan menghadapi pertarungan terakhir demi memulihkan garis masa sebelum ia terpadam buat selama-lamanya.

Bagi membantu pemain berdepan ancaman ini, DLC terakhir memperkenalkan dua watak utama boleh dimainkan bersama transformasi unik masing-masing:

  • Supreme Kai of Time (Ultra Supervillain): Chronoa terpaksa turun ke medan lawan selepas tewas kepada pengaruh jahat Fu. Dia tampil dengan aura gelap mengancam serta kristal merah jambu yang tertanam di dadanya.

In the face of this power, not even a god is beyond corruption.

Supreme Kai of Time (Ultra Supervillain) enters the battle.

2 days until fate is challenged. #DBXV2 pic.twitter.com/jWP1Dhrv00

— Dragon Ball Games (@dragonballgames) July 6, 2026
  • Goku (Ultra Supervillain Quelled): Berbeza dengan mangsa Fu yang lain, Goku berjaya mengekang pengaruh jahat tersebut. Dengan mengalirkan tenaga kegelapan itu tanpa tunduk kepadanya, dia berjaya mengakses variasi unik bagi mod Ultra Instinct.

One last warrior remains.

Goku (Ultra Supervillain, Quelled) enters the battle.

Tomorrow, the story reaches its final chapter.#DBXV2 pic.twitter.com/ebrN97haU8

— Dragon Ball Games (@dragonballgames) July 7, 2026

Sebelum pelancaran hari ini, Bandai Namco sempat merahsiakan beberapa ciri menarik sebelum mendedahkannya sepanjang beberapa hari lalu. Antara pembaharuan utama yang dibawakan termasuklah:

  • Gallery of Time: Ciri galeri baharu yang membolehkan pemain melihat lebih daripada 1,000 ilustrasi loading screen, serta menonton semula detik-detik sinematik penting daripada story mode Time Patrol.

Relive the moments of your time patrol.

Only 3 days remain until release.#DBXV2 pic.twitter.com/cAfW5MDDqz

— Dragon Ball Games (@dragonballgames) July 5, 2026
  • Ultra Time Patrol Battle: Quest cabaran kesukaran tinggi yang direka untuk menguji kecekapan pemain veteran menentang barisan watak ikonik Dragon Ball.

Time has unfinished business.

4 days until history changes one last time.#DBXV2 pic.twitter.com/YScDwHQzVf

— Dragon Ball Games (@dragonballgames) July 4, 2026

Selain tarikan utama di atas, pek DLC ini turut memuatkan pelbagai kandungan tambahan standard:

  • 1 Extra Mission
  • 2 Parallel Quest
  • 4 Additional Move (termasuk Awoken Skill baharu)
  • 6 Costume dan Accessory
  • 4 Super Soul
  • 8 Loading Screen Illustration
  • 1 New Stage

Pelancaran Future Saga Chapter 4 turut hadir bersama kemas kini percuma untuk semua pemain, yang meningkatkan level cap watak sehingga ke level 199.

Dragon Ball Xenoverse 2 boleh didapati di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam. Pemain yang sudah memiliki Future Saga Pack Set akan menerima bab baharu ini secara automatik, manakala pemain lain boleh membelinya secara berasingan melalui platform masing-masing.

Tags: DLCDragon Ball xenoverse 2
ShareTweetSend
Previous Post

FFVII: Ever Crisis Akan Ditutup Oktober 2026 Selepas 3 Tahun Beroperasi

Next Post

Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Mengubah Persepsi Orang Tentang Islam

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Demo Onimusha: Way of the Sword Terima Update Besar; Turut Tersedia Di Switch 2
Demo

Demo Onimusha: Way of the Sword Terima Update Besar; Turut Tersedia Di Switch 2

August 26, 2026
Mega Man: Dual Override Tampil Dengan Gandingan Proto Man; Boss Twinkle Girl
Berita

Mega Man: Dual Override Tampil Dengan Gandingan Proto Man; Boss Twinkle Girl

August 26, 2026
Bosan Dengan MOBA Biasa? Project ZETA Tawar Aksi 3v3v3v3 Tanpa Minion Farming
Berita

Bosan Dengan MOBA Biasa? Project ZETA Tawar Aksi 3v3v3v3 Tanpa Minion Farming

August 26, 2026
Next Post
Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Mengubah Persepsi Orang Tentang Islam

Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Mengubah Persepsi Orang Tentang Islam

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd