Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bosan Dengan MOBA Biasa? Project ZETA Tawar Aksi 3v3v3v3 Tanpa Minion Farming

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2026
in Artikel, Berita, MOBA, PC, PS5, Steam, Taktikal
0 0
0
Bosan Dengan MOBA Biasa? Project ZETA Tawar Aksi 3v3v3v3 Tanpa Minion Farming
Share on FacebookShare on Twitter

KRAFTON dan pembangun NIRVANANA secara rasmi mendedahkan game terbaharu mereka, Project ZETA. Dikenali sebagai sebuah game “third-person Multi-team Tactical Arena” (MTA), projek ini menggabungkan abiliti unik hero ala MOBA dengan aksi pantas dan elakan lincah ala 3D fighting game.

Game ini sedang dibangunkan untuk PC (Steam) dan PlayStation 5, lengkap dengan sokongan cross-play supaya pemain di konsol dan PC boleh membentuk squad dan beraksi bersama-sama.

Sangat berbeza dengan MOBA biasa atau hero shooter yang menampilkan pertembungan dua pasukan di atas peta bersimetri, Project ZETA meletakkan empat pasukan berasingan (tiga pemain setiap pasukan, jumlah keseluruhan 12 pemain) di satu medan lawan yang dikenali sebagai Aran Plateau.

Tiada fasa laning yang meleret atau aktiviti minion farming di sini. Setiap perlawanan berlangsung sekitar 20 minit dan membawa pemain terus ke pertarungan pelbagai hala tanpa henti. Objektif utama adalah untuk mencari, menguasai, dan menghantar sumber tenaga bernama Prism dengan selamat. Memandangkan kesemua skuad memburu objektif yang sama secara serentak, pertarungan menjadi sengit dan sukar diramal; sesebuah pasukan boleh terus menyusup masuk ke tengah pertarungan untuk mencuri Prism, atau menunggu pertarungan reda sebelum menyerang hendap musuh yang masih terselamat.

Pihak pembangun menyifatkan falsafah game ini sebagai “Predict, Dash, Dominate”. Daripada bergantung pada point-and-click targeting atau tembak-menembak, corak gameplay lebih menekankan ketepatan masa, mengelak serangan musuh, kawalan posisi, serta pelaksanaan combo yang kemas.

  • Pemain boleh memilih watak daripada barisan Fighter, Marksman, Assassin, dan Mage, membolehkan setiap skuad bereksperimen dengan pelbagai sinergi pasukan dan gaya permainan.
  • Apabila sesebuah skuad berjaya “wipe out” seluruh pasukan musuh, tahap HP dan cooldown skil mereka akan pulih serta-merta. Ini menghapuskan masa menunggu dan membuka peluang untuk aksi lain; termasuk “Deca-kills”, di mana pemain yang mahir mampu melakukan sepuluh kill pantas berturut-turut dalam satu pertarungan.
  • Pasukan boleh menyesuaikan diri secara spontan menerusi item build yang fleksibel serta strategi yang berubah-ubah sepanjang perlawanan, bergantung pada skuad lawan mana yang mendahului carta permainan.

Bagi pemain yang lebih gemar bersantai bermain di PS5 atau beraksi di meja PC, NIRVANANA mereka game ini dari awal agar dapat menyokong kedua-dua gamepad serta mouse & keyboard. Sistem kawalan dan pergerakan kamera dilaraskan supaya tiada jenis peranti yang mendapat kelebihan mekanikal yang tidak adil ketika perlawanan cross-play.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan.

Tags: Project ZETA
ShareTweetSend
Previous Post

Age Twisters Adalah Game Co-Op ‘Wholesome’ Di Mana Anda Boleh Ubah Usia Secara Spontan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Age Twisters Adalah Game Co-Op ‘Wholesome’ Di Mana Anda Boleh Ubah Usia Secara Spontan
Berita

Age Twisters Adalah Game Co-Op ‘Wholesome’ Di Mana Anda Boleh Ubah Usia Secara Spontan

August 26, 2026
Mahu Cabar 80 Boss Berbeza? Siap Sedia Untuk TARAE: The Unbound
Berita

Mahu Cabar 80 Boss Berbeza? Siap Sedia Untuk TARAE: The Unbound

August 26, 2026
Krafton Umum ‘NO LAW,’ Judul Cyber-Noir Open-World FPS RPG Untuk 2027
Berita

Krafton Umum ‘NO LAW,’ Judul Cyber-Noir Open-World FPS RPG Untuk 2027

August 26, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd