Bandai Namco mengesahkan bahawa judul mobile RPG virtual pet ‘Digimon UP‘, bakal dilancarkan pada minggu depan, iaitu 15 Julai.
Berita ini dikongsikan oleh produser game tersebut, Kimi-P, melalui video khas yang mendedahkan ciri-ciri utama game ini, serta mengajak para pemain untuk pre-register sebelum pelancaran global.
Dengan berbaki hanya seminggu sebelum pelancaran, anda masih sempat mendaftar di App Store dan Google Play untuk merebut ganjaran eksklusif. Kempen pre-register menawarkan pelbagai item berharga seperti Skill Card Summon Ticket, Supporter Summon Ticket, dan DigiEmerald. Malah, sasaran pendaftaran yang dicapai bakal membuka Digimon khas seperti Gekkomon serta duo klasik, Taichi Yagami & Agumon (pada tahap 1 juta pendaftaran).
- App Store: Pre-register di iOS
- Google Play: Pre-register di Android
Apakah itu Digimon UP?
Membawa konsep “A Digimon journey that moves with your life,” Digimon UP menggabungkan elemen menjaga virtual pet dengan mekanik RPG strategik. Menampilkan seni pixel ala retro, game ini menghidupkan nostalgia zaman awal francais ini. Pemain boleh membesarkan raksasa digital terus pada telefon pintar masing-masing… sama seperti bermain Tamagotchi dan Digivice klasik dahulu.
Bandai Namco turut berkongsi maklumat baharu tentang sistem customization serta cara membesarkan rakan Digimon anda:
Pilih Rakan Digimon dan Ubah Suai Tamer Anda
Di awal pengembaraan, anda boleh memilih satu daripada 15 Digimon unik sebagai core’ partner’. Selain membesarkan Digimon, anda juga boleh mengubah suai penampilan watak manusia dengan pelbagai pilihan “Gear”. Ciri ini membolehkan pemain mengekspresikan gaya Tamer masing-masing sepanjang meneroka dunia digital.
Kembang Melalui Pemakanan dan Latihan
Untuk membantu Digimon digivolve, anda perlu memfokuskan rutin harian seperti pemakanan dan latihan yang aktif:
- Makan: Pemain boleh menuai “DigiMeat” dari Meat Field dalam game. Memberi makan kepada rakan Digimon akan memberikan Buff Skills secara rawak. Anda boleh memberi makan sehingga mendapat kombinasi skill yang paling sesuai dengan playstyle.
- Latihan: Bagi meningkatkan stats utama Digimon, anda boleh melatih mereka melalui pelbagai aktiviti seperti berlari di litar atau berdiri di bawah air terjun. Disebabkan setiap jenis latihan meningkatkan atribut berbeza, anda perlu mempelbagaikan rutin latihan untuk membentuk rakan Digimon yang kuat.









Discussion about this post