Krafton dan pembangun Neon Giant telah berkongsi maklumat serta gameplay terbaharu untuk game akan datang, NO LAW; sebuah open-world FPS RPG yang bakal dilancarkan pada tahun 2027 untuk PC (Steam dan Epic Games Store), PlayStation 5, serta Xbox Series X|S.
Dalam NO LAW, pemain akan mengawal watak Grey Harker, seorang veteran tentera dengan pengalaman bertempur berpuluh tahun. Selepas terselamat daripada kecederaan parah yang hampir meragut nyawanya dalam misi terakhir, Harker membuat keputusan untuk meninggalkan dunia keganasan. Dia memilih untuk hidup tenang sambil menjaga tanamannya, berharap tidak lagi terjebak dengan sebarang masalah.
Namun, masalah tetap datang mencarinya. Apabila kehidupan tenangnya diganggu, Harker terpaksa menggunakan semula latihan black-ops dan senjata custom miliknya untuk membalas dendam serta merampas semula apa yang telah diambil daripadanya.

Game ini berlaku di Port Desire, sebuah kota metropolitan yang terbina di lereng tebing menghadap laut.
Reka bentuk bandar ini menekankan elemen menegak. Pemain bebas meneroka pelbagai kawasan, dan tanpa undang-undang atau pihak berkuasa untuk mengawal keadaan, kuasa berada di tangan sesiapa yang berani merebutnya.

NO LAW memberi tumpuan besar kepada kebebasan pemain dan fleksibiliti dalam menjalankan misi:
- Anda boleh menyelesaikan objektif secara senyap melalui taktik stealth dan hacking, menggunakan gajet serta pergerakan untuk memperdaya musuh, atau menyerbu masuk dengan tembakan.
- Pemain akan mendapat akses kepada peranti tentera yang boleh diubah suai serta augmentasi khas untuk menyesuaikan loadout mengikut gaya permainan masing-masing.
- Neon Giant menjanjikan naratif di mana setiap keputusan membawa kesan tersendiri. Pilihan anda sama ada untuk membantu rakan atau menghapuskan musuh akan mengubah jalan cerita, lalu membuka laluan misi berbeza dan pelbagai penamat apabila dimainkan semula.
Dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5, game ini menampilkan persekitaran padat, pencahayaan dinamik, tindak balas orang yang hidup, serta kemusnahan persekitaran.








Discussion about this post