Jika anda dan kawan-kawan (atau keluarga) suka game seperti It Takes Two, ada satu lagi game co-op menarik untuk dinantikan. KRAFTON bersama pembangun indie Piccolo Studio dari Barcelona secara rasminya memperkenalkan Age Twisters; sebuah game pengembaraan naratif untuk dua orang pemain yang bakal dilancarkan pada tahun 2027.
Diumumkan di Gamescom 2026 Opening Night Live, game ini sudah pun berjaya meraih pencalonan bagi kategori “Most Wholesome” di Gamescom Awards.
Age Twisters menceritakan tentang seorang datuk dan cucu perempuannya ketika mereka mengembara merentasi dunia masa hadapan yang serba unik. Misi utama mereka adalah untuk membongkar misteri dan kebenaran di sebalik kehilangan ibu kepada budak perempuan tersebut.
Perjalanan mereka bermula apabila menerima bungkusan misteri yang mengandungi gelang “Age Twisters”… sejenis alat yang membolehkan pemakainya mengubah usia fizikal mereka secara real-time. Berbekalkan kuasa ini, mereka berdua perlu bekerjasama menyelesaikan pelbagai puzzle, melepasi halangan, dan merungkai rahsia keluarga yang telah lama terpendam.

Mekanik utama game ini bertumpu kepada kebolehan bertukar antara empat fasa kehidupan secara spontan, di mana setiap peringkat usia menawarkan kelebihan tersendiri:
- Kanak-kanak: Memberikan pergerakan pantas dan kebolehan bertukar posisi dengan rakan pemain secara serta-merta.
- Remaja: Membuka kuasa berasaskan rhythm untuk menari melepasi kawalan musuh atau memperlahankan pergerakan lawan.
- Dewasa: Memberikan kekuatan fizikal dan tumbukan padu untuk bertarung serta memecahkan halangan tebal.
- Warga Emas: Menawarkan kuasa magnetik untuk mengawal objek logam dan menyelesaikan environmental puzzle yang mencabar.
Kemajuan dalam game ini memerlukan kerjasama dan komunikasi. Sebagai contoh, seorang pemain mungkin perlu berubah ke bentuk dewasa untuk memecahkan pintu laluan, manakala seorang lagi bertukar menjadi kanak-kanak untuk melompat melepasi jambatan yang runtuh, atau menjadi warga emas bagi menahan pintu menggunakan kuasa magnet.

Trailer dan gameplay menunjukkan pelbagai mekanik serta mini-game yang cukup menghiburkan di setiap babak. Sepanjang pengembaraan, pemain bakal:
- Berlumba menunggang holobike di padang pasir.
- Menumbuhkan pokok gergasi di hutan tebal.
- Menyamar sebagai beg untuk menyelinap masuk secara senyap.
- Teleport di dalam kilang menggunakan ayam.
- Menunggang T-Rex animatronik dan menukar musuh menjadi bayi.
- Bertarung musuh di atas bumbung kereta api yang sedang laju.

Berita baik, Age Twisters dibina khusus untuk mod co-op dan menyokong sistem Friend’s Pass.
Ini bermakna hanya seorang sahaja yang perlu membeli game ini. Rakan co-op anda boleh memuat turun pas percuma untuk bermain bersama dan menikmati keseluruhan jalan cerita tanpa sebarang bayaran tambahan, sama ada secara online mahupun couch co-op.
Age Twisters akan dilancarkan pada PC (Steam & Epic Games Store), PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan Nintendo Switch 2.








Discussion about this post