Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mahu Cabar 80 Boss Berbeza? Siap Sedia Untuk TARAE: The Unbound

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2026
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Mahu Cabar 80 Boss Berbeza? Siap Sedia Untuk TARAE: The Unbound
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa Gamescom 2026 Opening Night Live, KRAFTON bersama pihak pembangun Boundary telah mendedahkan TARAE: The Unbound, sebuah isometric action RPG bertemakan dark fantasy yang dijadualkan keluar pada tahun 2027.

TARAE: The Unbound mengambil inspirasi daripada cerita rakyat Timur, ritual shaman, dan kosmologi Buddha tentang “Six Realms of Rebirth”.

Game ini berlangsung di Taegwido, sebuah pulau terpencil yang terbentuk apabila sempadan antara Six Realms telah hancur. Pemain akan menggalas watak seorang “Seekers” yang perlu menghalang Agasa; entiti berkuasa yang bertekad untuk memusnahkan “wheel of rebirth” dan menghancurkan seluruh kewujudan alam. Sepanjang perjalanan, pemain akan bertembung dengan makhluk ghaib seperti dokkaebi (goblin Korea), iblis pendendam, dan roh-roh yang berkeliaran.

Gameplay TARAE: The Unbound adalah seperti berikut:

  • Lebih 80 Pertarungan Boss Unik: Setiap pertarungan boss memerlukan ketepatan masa, kebolehan mengelak, dan strategi tersusun. Setiap boss hadir dengan mekanik berfasa , daripada harimau raksasa yang dirasuk nafsu hinggalah sami yang telah terpesong.
  • Sistem Heavy Combat: Setiap tetakan dan ayunan senjata direka dengan rasa berat realistik, memberikan impak hentaman setiap kali serangan kombo mengena.
  • Aksi Membasmikan Segerombolan Musuh: Apabila dikerumuni musuh-musuh kecil, sudut kamera akan ditarik ke belakang untuk memberikan pandangan yang luas, membolehkan pemain menyapu bersih seluruh gerombolan musuh dengan skil serangan.
  • Build Customization yang Fleksibel: Pemain boleh membina dan menyesuaikan watak mereka seawal permulaan game dengan menggabungkan skil senjata, passive traits, kebolehan utiliti, serta gear mengikut gaya permainan masing-masing.

Pemain boleh memilih antara enam kelas berbeza, di mana setiap satunya diolah semula daripada kerjaya dan tradisi sejarah Timur:

  1. Samurai: Pendekar pedang jarak dekat yang serba boleh, mampu bertukar antara tiga stance: serangan pantas Dual Blade, serangan reposisi Breakthrough, dan tetakan luas Draw Blade.
  2. Tiger Hunter: Pakar serangan jarak jauh yang menggunakan senjata api, memasang perangkap taktikal, serta menyeru haiwan seperti burung helang, anjing, dan monyet untuk membantu dalam combat.
  3. Warfiend: Petarung jarak dekat yang agresif, menumpaskan musuh dengan kuasa fizikal yang memusnahkan.
  4. Kunoichi: Pembunuh yang pantas dan lincah, fokus pada kelajuan, posisi, serta serangan kritikal pantas.
  5. Manshin: Petarung spiritual yang menggunakan kuasa ghaib dan talisman shaman Korea.
  6. Geomancer: Sejenis AoE caster yang mengawal medan lawan dengan memanfaatkan keharmonian “Five Elements”.

Game ini akan dilancarkan di PC (melalui Steam dan Epic Games Store), PlayStation 5, serta Xbox Series X|S.

Tags: TARAE: The Unbound
ShareTweetSend
Previous Post

Krafton Umum ‘NO LAW,’ Judul Cyber-Noir Open-World FPS RPG Untuk 2027

Next Post

Age Twisters Adalah Game Co-Op ‘Wholesome’ Di Mana Anda Boleh Ubah Usia Secara Spontan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Age Twisters Adalah Game Co-Op ‘Wholesome’ Di Mana Anda Boleh Ubah Usia Secara Spontan

Age Twisters Adalah Game Co-Op ‘Wholesome’ Di Mana Anda Boleh Ubah Usia Secara Spontan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd