Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Mengubah Persepsi Orang Tentang Islam

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Mengubah Persepsi Orang Tentang Islam
Share on FacebookShare on Twitter

Siri anime Jaadugar: A Witch in Mongolia oleh Science SARU kini menjadi bualan hangat di internet selepas tayangan perdananya baru-baru ini. Selain menyajikan visual yang cantik dan drama sejarah yang penuh plot twist, siri ini turut menerima pujian (khususnya oleh peminat anime beragama Islam) kerana memaparkan sejarah, budaya Parsi, serta nilai-nilai Islam secara jujur dan hormat.

Berlatarkan Laluan Sutera pada abad ke-13, kisahnya bermula di Parsi ketika era akhir Zaman Keemasan Islam. Kita dibawa mengikuti perjalanan hidup Sitara, seorang gadis yatim piatu yang dijual sebagai hamba di kota Tus. Nasibnya berubah apabila dia diambil oleh Fatima, seorang wanita daripada keluarga cendekiawan yang mendorongnya untuk menuntut ilmu.

Namun, ketika Sitara baru sahaja menikmati ketenangan dan mula memupuk minat terhadap ilmu, kedamaian hidupnya hancur apabila Empayar Mongol di bawah pimpinan Putera Tolui datang menyerang.

Kehilangan insan-insan tersayang serta kehidupan aman yang musnah memaksa Sitara mengharungi realiti kejam tersebut. Demi membalas dendam, dia menggunakan kebijaksanaan serta kepakaran dalam bidang perubatan dan geometri untuk terus hidup, lalu melebarkan pengaruhnya di istana diraja sehingga akhirnya digelar sebagai “the Witch of Mongolia”.

Ramai penonton kagum melihat bagaimana sebuah anime mampu mengupas sejarah Islam dengan begitu mendalam. Berbanding menunjukkan stereotaip watak jahat yang klise atau memaparkan konflik “baik lawan jahat”, Jaadugar memilih untuk menggambarkan watak-watak Islam sebagai manusia biasa yang kompleks seperti dunia sebenar.

Sejak episod pertama lagi, kami sudah terpikat dengan laungan Azan yang berkumandang di latar belakang. Kajian sejarah siri ini turut terserlah melalui masjid berkubah, bangunan, serta hijab tradisional yang bertepatan dengan zaman tersebut.

Anime #Jaadugar begins with the sound of adhan the Islamic call to prayer, which is in Arabic.

Translation: I bear witness that there's no god but Allah. I bear witness that Muhammad peace be upon him is the messenger of Allah. pic.twitter.com/mJBrFaOSdy

— Padmapani 🍁🪷🍉 (@FibroFogFig) July 4, 2026

Apabila diambil oleh keluarga Fatima, antara perkara terawal yang dipelajari oleh Sitara adalah membaca dan mengaji Al-Quran, serta bersolat lima waktu.

Selain itu, siri ini merujuk terus kepada ajaran Islam yang menjelaskan mengapa keluarga cendekiawan begitu mementingkan ilmu pengetahuan. Apabila Fatima memutuskan untuk mendidik Sitara, dia berkata:

“Sama ada seorang hamba mahupun tidak, menuntut ilmu itu adalah kewajipan bagi setiap orang Islam.”

Anime ini diadaptasi daripada manga terkenal, A Witch’s Life in Mongol (tajuk Jepun: Tenmaku no Jādūgaru), hasil karya dan lukisan Tomato Soup. Karya asal memang disanjung tinggi kerana kajian sejarah yang sangat teliti, sehingga berjaya merangkul tempat pertama dalam senarai Kono Manga ga Sugoi! 2023 bagi kategori pembaca wanita, serta dicalonkan untuk anugerah Manga Taisho.

Bagi sesiapa yang berminat, Jaadugar: A Witch in Mongolia boleh ditonton di Aniplus Asia.

Tags: animeJaadugar: A Witch in Mongolia
ShareTweetSend
Previous Post

Selepas 10 Tahun, Perjalanan Dragon Ball Xenoverse 2 Tamat Hari Ini Bersama DLC Terakhir

Next Post

Reviu Echoes of Aincrad – Co-op Combat Cukup Padu Tapi Aspek Eksplorasi Terasa Kosong

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahu Cabar 80 Boss Berbeza? Siap Sedia Untuk TARAE: The Unbound
Berita

Mahu Cabar 80 Boss Berbeza? Siap Sedia Untuk TARAE: The Unbound

August 26, 2026
Krafton Umum ‘NO LAW,’ Judul Cyber-Noir Open-World FPS RPG Untuk 2027
Berita

Krafton Umum ‘NO LAW,’ Judul Cyber-Noir Open-World FPS RPG Untuk 2027

August 26, 2026
PUBG: DED.NET – Bukan Battle Royale Tapi FPS Roguelite; Pendaftaran Closed Beta Dibuka
Berita

PUBG: DED.NET – Bukan Battle Royale Tapi FPS Roguelite; Pendaftaran Closed Beta Dibuka

August 26, 2026
Next Post
Reviu Echoes of Aincrad – Co-op Combat Cukup Padu Tapi Aspek Eksplorasi Terasa Kosong

Reviu Echoes of Aincrad - Co-op Combat Cukup Padu Tapi Aspek Eksplorasi Terasa Kosong

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd