Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PUBG: DED.NET – Bukan Battle Royale Tapi FPS Roguelite; Pendaftaran Closed Beta Dibuka

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 26, 2026
in Artikel, Berita, Roguelike, Shooter
0 0
0
PUBG: DED.NET – Bukan Battle Royale Tapi FPS Roguelite; Pendaftaran Closed Beta Dibuka
Share on FacebookShare on Twitter

Krafton dan PUBG Studios telah mendedahkan projek terbaharu mereka: PUBG: DED.NET. Diumumkan semasa Gamescom Opening Night Live 2026, ia merupakan game multiplayer first-person shooter yang membawa francais ini ke arah yang lebih gelap dan berbeza daripada genre battle royale.

Sebaliknya, PUBG: DED.NET memperkenalkan combat PvP berasaskan watak dengan sistem kemajuan roguelite.

Game ini berlatarkan Cascadia, sebuah kawasan fiksyen yang diinspirasikan daripada hutan tebal dan pekan-pekan unik di Barat Laut Pasifik Amerika Syarikat. Suasana membawa elemen budaya tahun 1996 yang cukup pekat… seperti budaya awal internet, misteri dark web, rancangan realiti TV tanpa tapisan, misteri seram, serta runut bunyi era berkenaan.

Di dunia ini, pemain akan memilih watak sendiri dan menyertai sebuah rancangan televisyen maut di mana “kematian hanyalah permulaan.”

Seperti kami kata tadi, PUBG: DED.NET membawa kelainan daripada format battle royale melalui beberapa aspek utama:

  • Dalam game shooter biasa, kita biasanya bermula dari sifar pada setiap pusingan. Namun dalam game ini, perlawanan dihubungkan melalui beberapa pusingan. Pemain boleh mengumpul pelbagai kelebihan, mencari gear yang mengubah abiliti watak, dan menguatkan watak mereka melalui beberapa sesi permainan.
  • Game ini memberi cabaran kepada pemain yang hanya bergantung pada satu strategi yang sama. Situasi perlawanan yang tidak menentu memaksa setiap pasukan mengubah taktik secara spontan.
  • Untuk terus hidup, pemain perlu membuat pilihan berani. Gameplay membolehkan aksi combat yang kreatif dan huru-hara; seperti mencabut pintu kereta untuk dijadikan perisai, hinggalah menggodam telefon awam untuk mencuri wang daripada pasukan lawan.
  • Walaupun game ini akan hadir di PC dan konsol moden, pihak pembangun menyatakan bahawa pengalaman shooter ini telah dioptimumkan sepenuhnya untuk penggunaan controller konsol dari peringkat awal lagi.

PUBG: DED.NET sedang dibangunkan untuk PC, PlayStation 5, dan Xbox Series X|S. Tarikh pelancarannya masih belum diumumkan.

Bagi pemain di Malaysia yang mahu mencuba lebih awal, Krafton telah membuka pendaftaran untuk ujian Closed Beta. Pemain boleh mendaftar di laman web rasmi menggunakan akaun Krafton untuk mendapatkan peluang menyertai sesi ujian tersebut.

Tags: PUBG: DED.NET
ShareTweetSend
Previous Post

Final Fantasy VII Revelation – Trailer Baru Dedahkan Boss Weapon, Kapal Highwind & Sistem FITS

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Final Fantasy VII Revelation – Trailer Baru Dedahkan Boss Weapon, Kapal Highwind & Sistem FITS
Berita

Final Fantasy VII Revelation – Trailer Baru Dedahkan Boss Weapon, Kapal Highwind & Sistem FITS

August 26, 2026
HoYoverse Umum ‘Nodusfall’ – Tinggalkan Visual Anime Untuk Grafik Ultra Realistik
Berita

HoYoverse Umum ‘Nodusfall’ – Tinggalkan Visual Anime Untuk Grafik Ultra Realistik

August 26, 2026
RPG Open-World ‘ANANTA’ Akan Dilancarkan Pada 15 Januari 2027
Berita

RPG Open-World ‘ANANTA’ Akan Dilancarkan Pada 15 Januari 2027

August 26, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd