Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Indonesia Pun Boleh Menang Lawan Brazil” – Bagaimana Captain Tsubasa 2: World Fighters Mengubah Gameplay

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS5, Steam, Sukan/lumba, Temuramah, Xbox Series X|S
0 0
0
“Indonesia Pun Boleh Menang Lawan Brazil” – Bagaimana Captain Tsubasa 2: World Fighters Mengubah Gameplay
Share on FacebookShare on Twitter

Datang seiring dengan musim Piala Dunia 2026, Captain Tsubasa 2: World Fighters berhasrat untuk menambah dimensi taktikal yang lebih tinggi daripada apa yang kita pernah lihat dalam mana-mana game daripada francais.

Selepas sesi uji cuba baru-baru ini, kami sempat menyertai sesi temu bual berkumpulan bersama Produser Utama game ini, Soya Mikumo.

Beliau berkongsi bagaimana pasukannya memudahkan sistem kawalan, merombak pertarungan psikologi di gawang gol, serta bekerjasama dengan Yoichi Takahashi selaku pencipta asal bagi memberikan nafas baharu kepada saga World Youth Arc yang cukup ikonik.

Tarikan Piala Dunia 2026, Pasukan Indonesia, dan Gamer Bukan Peminat Anime

Soya Mikumo mengesahkan bahawa mereka sengaja menetapkan masa pelancaran game agar selari dengan demam Piala Dunia 2026 yang melanda seluruh dunia, dengan menjelaskan:

“Kami membangunkan game ini untuk diselaraskan dengan Piala Dunia.”

Fokus kepada pentas global turut memberikan impak langsung kepada senarai pasukan permainan, termasuklah satu kejutan istimewa iaitu penambahan pasukan kebangsaan Indonesia.

Mikumo menjelaskan bahawa memandangkan World Fighters berasaskan saga World Youth Arc, pasukan pembangun mahu menyertakan negara-negara yang terlibat secara aktif dalam kempen World Youth Series.

Tentang pemilihan nama barisan pemain Indonesia pula, pihak pembangun memilih untuk tidak merujuk kepada mana-mana pemain profesional sebenar. Sebaliknya, mereka bekerjasama rapat dengan staf tempatan dan luar negara bagi menyelidik serta memilih nama-nama yang kedengaran biasa dan tulen buat peminat bola sepak di Indonesia.

Menujukan penghargaan kepada komuniti peminat di rantau ini, Mikumo berkata:

“Kami sedar kami mempunyai kelompok peminat di Indonesia. Oleh itu, jika peminat di Indonesia gembira dengan penambahan ini, kami juga berasa sangat gembira.”

Di samping itu, game ini juga direka sebagai jambatan yang menghubungkan pelbagai pemain.

Apabila ditanya bagaimana beliau akan mengesyorkan game ini kepada peminat anime yang tidak pernah bermain bola sepak, Mikumo menjelaskan bahawa walaupun perkembangan jalan cerita berbeza mengikut negara, aspek gameplay pada dasarnya dibangunkan untuk turut memikat hati pemain bola sepak di dunia sebenar.

“Walaupun individu tersebut langsung tidak mengenali anime atau manga Captain Tsubasa, jika mereka ialah pemain bola sepak, kami telah meletakkan sasaran tersebut dalam fikiran agar mereka dapat menikmati game ini,” kata Mikumo.

Membina Plot World Youth Baharu Bersama Pencipta Asal Manga

Bagi memastikan aspek naratif sepadan dengan manga asal, World Fighters dibangunkan oleh barisan staf yang sama daripada siri terdahulu. Ini membawa pengetahuan kolektif mereka yang sangat mendalam tentang francais ini ke dalam projek terbaharu.

Dari segi garis masa, sekuel ini ditetapkan empat tahun selepas game dahulu, di mana watak-watak beralih daripada kejohanan Junior Youth World Championship ke World Youth Tournament.

Memandangkan watak-watak ini telah menonton perlawanan Junior Youth World Challenge, mereka telah menunjukkan perkembangan yang sangat drastik.

Mikumo menerangkan bahawa hasil daripada pengetahuan yang dikumpul sepanjang kejohanan tersebut, “mereka mampu meniru atau melakukan teknik yang sama, walaupun mereka bukanlah watak utama atau watak sampingan.”

Perkara ini secara tidak langsung meningkatkan tahap persaingan bagi setiap pasukan dalam senarai, sekali gus menjadikan kejohanan kali ini sukar diramal kerana “anda tidak akan tahu pasukan mana yang akhirnya akan menang.”

Demi memastikan naratif cerita kekal memikat, pihak pembangun berhasrat menyajikan naratif yang padat dengan keterujaan, kejutan, dan perkembangan yang sukar dijangka.

Game ini memberi penghormatan kepada kisah World Youth Series daripada manga asal, di samping menambah pasukan-pasukan baharu daripada fasa Junior Youth bagi menawarkan senario alternatif.

Untuk menjayakan usaha ini tanpa menjejaskan jalan cerita rasmi, pasukan pembangun bekerjasama rapat dan mendapatkan nasihat daripada pencipta francais ini, Yoichi Takahashi.

Semasa mereka bentuk watak dan pasukan asli, pihak pembangun meneliti setiap pasukan sedia ada dalam manga dan menganalisis bagaimana kehadiran watak baharu boleh memperkasakan lagi playstyle unik mereka.

“Kami akan mengemukakan cadangan kepada Encik Takahashi, dan kemudian kami bertukar-tukar maklumat untuk mencipta watak baharu,” jelas Mikumo.

Selain itu, pasukan visual turut melibatkan ahli staf yang pernah menghasilkan rekaan karakter untuk manga serta siri animasi Captain Tsubasa, bagi memastikan peminat siri anime dapat menikmati visual tanpa rasa janggal.

Pihak pembangun juga mengambil kira trend moden bagi menjadikan jalan cerita terasa lebih dekat dengan generasi pemain hari ini, yang mendorong kepada pengenalan elemen media sosial dalam plot. Mikumo merujuk kepada watak Misugi untuk menjelaskan pilihan kreatif ini.

Dalam kisah asal, Misugi tidak mampu melakukan drive shot ketika di sekolah menengah rendah, namun berjaya mahirkannya sebaik sahaja World Youth Series bermula.

Game ini memodenkan proses perkembangan tersebut dengan menunjukkan bahawa “beberapa pemain belajar dan meningkatkan teknik mereka dengan menonton perlawanan pemain terkemuka di media sosial.”

Menghapuskan Kawalan Rumit Berdasarkan Maklum Balas Pemain

Idea untuk merombak sistem gameplay datang daripada analisis maklum balas pemain selepas pelancaran game terdahulu. Pasukan pembangun memberikan tumpuan bagi meningkatkan ‘user experience’, terutamanya dalam aspek mekanik ‘tackle’ serta tahap kesukaran kawalan keseluruhan.

Walaupun gerakan akrobatik “Super Play” dikekalkan sebagai teras, pihak pembangun telah mengemas kini cara pemain mengawal.

Antara fokus utama adalah untuk menghapuskan keperluan menekan dua butang secara serentak yang dirasakan terlalu rumit oleh kebanyakan pemain.

“Apa yang kami cuba hapuskan ialah tindakan menekan dua butang secara serentak, kerana ia sangat rumit,” jelas Mikumo. “Oleh itu, apa yang kami cuba lakukan dalam game ini adalah dengan memfokuskan kepada sistem kawalan satu butang.”

Demi memastikan perlawanan terasa lebih lancar dan responsif, pihak pembangun mengambil inspirasi daripada game aksi moden yang memfokuskan kepada mekanik tindak balas pantas.

“Kami cuba menggunakan beberapa elemen yang diadaptasi daripada game aksi terbaharu, contohnya, apabila melihat tindakan pihak lawan, anda terus bertindak balas dan menekan butang,” kata Mikumo.

Pendekatan itu menjadikan game ini sangat mesra kepada pemain baharu, membolehkan sesiapa sahaja bermain sebagai Captain Tsubasa tanpa perlu pening kepala dengan input butang yang rumit.

Sistem Penjaga Gol, Chain System, dan Peluang Skuad Underdog

Dengan penambahan mekanik serangan yang lebih canggih seperti Super Move, Miracle Chances, dan sistem Goalkeeper break, usaha menyeimbangkan gameplay menjadi cabaran besar bagi pihak pembangun. Menurut Mikumo, matlamat utama sejak awal adalah memastikan ‘player immersion’.

“Pertama, kami telah menambah baik atau memajukan sistem itu sendiri… Bagaimanapun, perkara pertama yang kami fikirkan ialah para pemain harus dapat merasa pengalaman sepenuhnya dalam dunia Captain Tsubasa ini.”

Bagi peminat tegar, ini bermakna mereka dapat berkongsi detik ikonik di mana watak-watak meluahkan fikiran mereka di tengah-tengah perlawanan.

“Apabila watak Tsubasa menjelaskan sesuatu semasa mereka bermain, mereka mungkin akan mengalami detik kejutan dan sebagainya. Saya mahu para pemain berkongsi pengalaman sebegini,” jelas Mikumo.

Game ini menterjemahkan kuasa dramatik daripada siri anime dengan sangat setia; seperti teknik Flying Drive Shot milik Tsubasa yang membuatkan penjaga gol terpaku tanpa mampu bergerak, lengkap dengan visual haiwan yang menggerunkan. Namun begitu, penjaga gol tidak dibiarkan tanpa sebarang perlindungan.

Pihak pembangun menyeimbangkan kuasa serangan yang ekstrem ini dengan memastikan aspek defensif kekal menyeronokkan.

“Apabila menghadapi rembatan luar biasa sebegini… penjaga gol juga akan mempertahankan gawang mereka,” kata Mikumo.

Beliau menjelaskan bahawa pemain boleh menggunakan ‘defensive block’ dan gerakan ‘tackle’ supaya “kedua-dua pihak, baik yang menyerang mahupun bertahan, dapat merasakan keseronokan perlawanan.”

Pihak pembangun juga merombak sepenuhnya sistem stamina penjaga gol bagi mengelakkan perlawanan daripada menjadi mudah diramal.

Dalam game dahulu, usaha menjaringkan gol dirasakan hampir mustahil selagi penjaga gol mempunyai stamina penuh, lantas membuatkan perlawanan terasa hambar kerana pemain terpaksa mengurangkan bar stamina tersebut berulang kali.

“Untuk game kali ini, saya mahu menambah keupayaan ‘user’s controllability’, sama ada mereka boleh menjaringkan gol atau rembatan mereka tersasar,” ulas Mikumo.

Sekuel ini memperkenalkan mekanik “Perfect Save” yang membolehkan penjaga gol “berunding dengan gameplay.” Penyerang pula boleh membalas kelebihan ini dengan menggunakan “Chain System” baharu. Mikumo menjelaskan:

“Semakin tinggi nilai chain, semakin bertambah kuasa rembatan, jadi anda boleh sasar satu gol penting walaupun pihak lawan masih mempunyai stamina yang tinggi.”

Penambahan ini memastikan setiap perlawanan sukar dijangka sehingga ke saat-saat akhir.

Usaha menyeimbangkan perlawanan turut merangkumi perbezaan statistik pasukan seperti kelajuan berlari dan tahap ‘damage’ kepada penjaga gol, yang sangat jelas apabila membandingkan pasukan gergasi seperti Brazil dengan pasukan underdog seperti Indonesia.

Mikumo mengakui bahawa pelarasan ini amat sukar dilakukan, namun keutamaan pasukan adalah untuk kekal setia kepada jalan cerita rasmi francais.

“Kami mahu semua orang bersetuju dengan ketetapan yang kami ada apabila melibatkan Captain Tsubasa,” kata Mikumo, sambil menyatakan bahawa “watak Tsubasa memang sangat kuat dan semua orang sedia maklum, jadi kami harus menghormati fakta tersebut.”

Sungguhpun begitu, game ini diseimbangkan supaya ciri-ciri dan playstyle unik bagi setiap pasukan boleh digunakan untuk memintas statistik fizikal yang ada. Dengan mengeksploitasi kelebihan unik ini, pemain diberikan ruang untuk melakukan kejutan besar di atas padang. Seperti yang disimpulkan oleh Mikumo:

“Setiap individu atau pasukan mempunyai ciri atau keunikan berbeza, jadi kami melaraskan game ini supaya walaupun menggunakan pasukan Indonesia, anda sebenarnya masih boleh menewaskan pasukan Brazil.”

Game ini akan dilancarkan bermula 27 Ogos 2026 di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, dan PC melalui Steam. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Captain Tsubasa 2: World Fightersinterviu
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Captain Tsubasa 2: World Fighters – Lagi Banyak Guna Otak Berbanding ‘Spam’ Butang

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Captain Tsubasa 2: World Fighters – Lagi Banyak Guna Otak Berbanding ‘Spam’ Butang
Preview

Previu Captain Tsubasa 2: World Fighters – Lagi Banyak Guna Otak Berbanding ‘Spam’ Butang

July 7, 2026
Akaun PlayStation Yang 3 Tahun Tidak Aktif Boleh Dipadam Bersama Semua Game Digital
Berita

Akaun PlayStation Yang 3 Tahun Tidak Aktif Boleh Dipadam Bersama Semua Game Digital

July 7, 2026
BanG Dream! Our Notes Cecah 500k Pendaftaran, Ujian Beta Akan Bermula Ogos 2026
Mobile

BanG Dream! Our Notes Cecah 500k Pendaftaran, Ujian Beta Akan Bermula Ogos 2026

July 7, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd