Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Genshin Impact – Update Luna VIII Tersedia Sekarang, Memperkenalkan Sandrone Sebagai Playable Character

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 1, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, Open World, PC, PS5, RPG, Xbox Series X|S
0 0
0
Genshin Impact – Update Luna VIII Tersedia Sekarang, Memperkenalkan Sandrone Sebagai Playable Character
Share on FacebookShare on Twitter

Update Version Luna VIII untuk Genshin Impact kini tersedia secara rasmi. Bertajuk “Song of the Welkin Moon: Scherzo – Sunny Summer Fontinalia,” update ini membolehkan pemain meninggalkan Teyvat buat pertama kali untuk meneroka angkasa lepas. Ia juga menandakan kemunculan Fatui Harbinger di samping memperkenalkan ‘elemental reaction’ baharu.

Sandrone dan Reaction Stellar-Conduct

Sandrone, Fatui Harbinger Ketujuh, menerajui barisan watak baharu kali ini. Selepas dilaporkan ‘terkorban’ dalam pertarungan sengit di Nod-Krai, beliau membuat kemunculan mengejut sebagai watak 5-Star berunsur Cryo yang menggunakan senjata Claymore.

Gameplay Sandrone memfokuskan kepada “Stellar-Conduct”; iaitu elemental reaction baharu hasil gabungan Cryo dan Electro. Apabila dicetuskan, satu kawasan “Polestar Field” akan terhasil di medan lawan untuk menukarkan lebihan tenaga elemen kepada buff serangan. Ini bukan sahaja meningkatkan damage Cryo, Electro, dan Stellar-Conduct untuk seluruh pasukan, malah turut mengurangkan Physical Resistance pihak musuh.

Character Skill Showcase — "Mirrored Analysis" Sandrone#GenshinLunaVIII #GenshinImpact #Sandrone

Hi, Traveler~ Word has it that some big shot has scrapped quite a few Gardemeks during recent combat testing in Fontaine… What kind of experiment could it be? Let's find out~… pic.twitter.com/sP5YfX9CDo

— Genshin Impact (@GenshinImpact) June 24, 2026

Di medan lawan, Sandrone bertarung bersama sebuah robot bernama Fagio. Fagio mampu menghasilkan damage Stellar-Conduct menerusi Charged Attack, namun akan mengumpul “Decoding Power” sepanjang proses tersebut yang boleh mengehadkan kelajuan serangan. Untuk mengelakkan Fagio daripada mengalami ‘overload’, pemain boleh menggunakan Elemental Skill Sandrone untuk bergerak di dalam Polestar Field bagi mengurangkan tahap tenaga tersebut. Sementara itu, Elemental Burst miliknya pula akan menghujani musuh dengan serangan artileri, di mana sebarang damage daripada serangan berbentuk ‘beam’ di dalam Polestar Field akan dikira sebagai damage Stellar-Conduct.

Watak Cryo dan Electro sedia ada juga tidak ketinggalan. Melalui sistem “Witch’s Revelation”, watak terpilih seperti Yae Miko, Cyno, Wriothesley, dan Qiqi akan menerima buff serta talent tambahan bagi memudahkan mereka bersinergi dengan meta Stellar-Conduct.

Banner Watak

Version "Luna VIII" Event Wishes Notice – Phase I#GenshinLunaVIII #GenshinImpact #Sandrone #Citlali

Dear Traveler, the Event Wishes "To the Looking-Glass the Mademoiselle Said" and "Starry Night's Whispers," as well as "Epitome Invocation" and the Lightrace Wish "Heavenlit… pic.twitter.com/jMUejuQJgW

— Genshin Impact (@GenshinImpact) June 29, 2026

Pemain boleh mendapatkan Sandrone pada fasa pertama Event Wish bagi Version Luna VIII, bergandingan dengan rerun Citlali. Fasa kedua pula menampilkan Fatui Harbinger Columbina dan Raiden Shogun. Selain itu, banner khas “Lightace Wish” turut ditawarkan, memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan watak-watak lama yang telah dinaik taraf bersama ‘signature weapon’ masing-masing.

Frost Moon dan Pengembaraan Angkasa Lepas

"Frost Moon" coordinates confirmed. Please board the lunar spacecraft immediately#GenshinImpact

Area Unlocked: "Dunanna Pit"
Area Unlocked: "Frost Moon"
Celestial orbit calculation complete. "Frost Moon" coordinates acquired.
Please proceed to the Main Control Hall for moon… pic.twitter.com/IKxSAA9VAS

— Genshin Impact (@GenshinImpact) July 1, 2026

Tarikan paling utama dalam Version Luna VIII sudah tentulah fasa penerokaan angkasa lepas. Pemain akan menaiki kapal angkasa dari Dunanna Pit di Nod-Krai untuk mengembara ke “Frost Moon”: sebuah kawasan baharu yang akan kekal dalam game.

Kawasan bulan ini menawarkan lanskap yang luas lagi asing, lengkap dengan lautan lunar bercahaya tetapi berbahaya serta sebuah stesen angkasa terapung. Dari stesen ini, pemain boleh menikmati pemandangan planet Teyvat yang berputar perlahan di kejauhan. Pengembaraan di runtuhan purba bulan pula akan membongkarkan rahsia kaum naga purba yang lama tersembunyi. Malah, kewujudan kuasa misteri di sana membolehkan pemain memanipulasi graviti untuk meneroka pelbagai bentuk muka bumi yang mencabar. Bagi memudahkan navigasi, kedua-to peta Teyvat dan bulan dilengkapi fungsi ‘real-time layered display’ yang memaparkan tahap ketinggian pemain secara langsung.

Event Sunny Summer Fontinalia

Version "Luna VIII" Event Calendar#GenshinLunaVIII #GenshinImpact #Sandrone

Click the image to check out version benefits in real time

*Event times shown in the calendar are in UTC+8. Please check in-game notices for event details and schedules. pic.twitter.com/GqLJfrweX4

— Genshin Impact (@GenshinImpact) June 22, 2026

Bagi mereka yang inginkan aktiviti santai, Festival Filem Fontinalia sedia menanti di atas kapal Wingalet di Fontaine. Acara bertemakan pesta air ini mengumpulkan wajah-wajah yang dikenali seperti Charlotte dan Citlali, di samping Sandrone dan kru filem Columbina yang turut serta untuk sesi penggambaran.

Melalui acara ini, pemain boleh membantu menguruskan akuarium kapal menerusi pelbagai mini-game menarik, seperti mencari harta karun di dasar laut, menangkap ikan, dan menarik minat pengunjung. Dengan menyelesaikan tugasan yang diberikan, pemain boleh mendapatkan watak Cryo 4-Star, Charlotte, secara percuma berserta outfit baharunya, “Hurlock Variations”. Selain itu, outfit baharu Citlali iaitu “Whispers of Stars and Smoke” turut dijual di kedai pada harga diskaun untuk tempoh terhad.

"Sunny Summer Fontinalia" Event Details: Participate to Invite Charlotte and Obtain Her New Outfit!#GenshinLunaVIII #GenshinImpact

The Fontinalia Film Festival has begun! Aside from capturing footage, you'll be helping a friend manage an aquarium in Fontaine. What… pic.twitter.com/AJg23wbVJ2

— Genshin Impact (@GenshinImpact) June 30, 2026

Day Off. Do Not Disturb! | Citlali: The Latest#GenshinImpact #Citlali

Greetings, Traveler! The "Starry Night's Whispers" Event Wish will become available after the Version "Luna VIII" update on July 1. During this period, Citlali will receive a huge drop-rate boost!

After… pic.twitter.com/yBREDIr8fE

— Genshin Impact (@GenshinImpact) June 28, 2026

Antara kandungan menarik lain termasuklah cabaran tarian mengikut ritma di Natlan, kad-kad baharu untuk Genius Invokation TCG, serta gubahan muzik baharu dalam Repertoire of Myriad Melodies.

Kemas Kini Miliastra Wonderland

Mod sandbox UGC Miliastra Wonderland turut menerima nafas baharu dengan pengenalan lobi dan kosmetik bertemakan musim panas. Pemain boleh menyelesaikan pelbagai aktiviti menarik untuk menebus ganjaran percuma seperti Prismatic Crystal dan set barangan 4-Star elegan. Bagi para pencipta, fungsi Editor menerima beberapa naik taraf praktikal serta aset persekitaran baharu yang membuka lebih banyak ruang untuk rekaan kreatif dan interaktif.

Genshin Impact Version Luna VIII sedia dimainkan secara percuma di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC (melalui aplikasi pelancar dan Epic Games Store), iOS, serta Android.

Tags: Genshin Impact
ShareTweetSend
Previous Post

Pop-Up HUNTER×HUNTER Akan Dibuka Di KL – Kemasukan Percuma

Next Post

Bintang J-Pop Toshiya Miyata Dilantik Sebagai Penyokong Rasmi Tokyo Game Show 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026
Berita

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026

August 21, 2026
Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War
Movie/siri

Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War

August 21, 2026
Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0
DLC

Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0

August 21, 2026
Next Post
Bintang J-Pop Toshiya Miyata Dilantik Sebagai Penyokong Rasmi Tokyo Game Show 2026

Bintang J-Pop Toshiya Miyata Dilantik Sebagai Penyokong Rasmi Tokyo Game Show 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd