Elementa dan pembangun Silver Studio telah membuka pendaftaran bagi ujian beta tertutup kedua untuk RPG aksi fantasi open-world ‘Silver Palace‘. Ujian ini terhad kepada platform PC (Windows), dan pendaftaran dibuka sehingga 16 Julai 2026 pada jam 23:59.
Silver Palace merupakan free-to-play open-world RPG detektif bertemakan anime yang dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5. Berlatarkan sebuah metropolis industri ala Victorian-gothic bernama Silvernia, pemain akan berperanan sebagai seorang detektif untuk menyelesaikan kes-kes misteri dan membongkar rahsia tersembunyi di bandar tersebut.
CBT kedua membawakan update terbesar setakat ini, yang dibangunkan berdasarkan maklum balas daripada ujian beta pertama pada awal tahun ini.
Apa yang Baharu dalam Ujian Beta Kedua?
Ujian kali ini membawakan pembaharuan besar kepada sistem gameplay serta memperkenalkan beberapa kandungan utama:
- Watak Baharu Boleh Dimain: Pengenalan watak protagonis lelaki yang sekian lama dinanti-nantikan sejak pendedahan awal permainan. Selain itu, ada juga watak companion baharu serta jalan cerita tambahan.
- Kawasan Baharu: Pemain boleh meneroka kawasan-kawasan baharu di Silvernia yang sebelum ini ditutup dan hanya dipaparkan sebahagian sahaja semasa ujian pertama.
- Pelarasan Gameplay: Update ini memperkenalkan aktiviti open world baharu serta sistem gameplay yang telah dinaik taraf. Sistem combat aksi real-time juga dikemaskan untuk memberikan pertukaran watak dan transisi serangan yang lebih lancar serta responsif.
Panduan Pendaftaran dan Penyertaan
Pemain yang berminat untuk menyertai ujian beta tertutup boleh mendaftar dengan mengisi ‘recruitment survey‘ di laman web rasmi Silver Palace.
Disebabkan ini merupakan ujian akses terhad bagi game yang masih dalam pembangunan, Elementa menetapkan beberapa syarat dan sekatan buat para peserta:
- Tiada Pembelian & Padam Data: Tiada transaksi mikro dalam versi ujian ini, dan semua kemajuan atau data pemain akan dipadamkan sepenuhnya setelah ujian berakhir.
- Had Umur: Terbuka kepada peserta berumur 18 tahun ke atas sahaja.
- Sekatan Peranti: Akses beta akan dikunci pada PC pertama yang digunakan semasa log masuk. Cubaan log masuk menggunakan komputer lain selepas itu akan menyebabkan akaun disekat secara automatik.
- Peserta Ujian Terdahulu: Pemain yang layak dalam ujian beta pertama sebelum ini boleh menyemak status akses mereka terus di portal rasmi.
Calon yang terpilih akan dimaklumkan melalui e-mel, manakala tarikh rasmi pelancaran ujian beta ini akan diumumkan oleh pembangun tidak lama lagi.
Spesifikasi Sistem
Bagi memastikan ujian beta kedua berjalan lancar, pastikan PC anda memenuhi spesifikasi minimum dan disyorkan berikut:
- Sistem Operasi (OS): Windows 10 (22H2) / Windows 11 (21H2) atau lebih tinggi.
- Ruang Simpanan: SSD dengan baki minimum 65 GB (tambahan 25 GB diperlukan untuk proses pengekstrakan semasa pemasangan).
Spesifikasi Minimum:
- CPU: Intel Core i7-8700 / AMD Ryzen 5 3600 atau setaraf
- GPU: NVIDIA GeForce GTX 1060 (6 GB) / AMD Radeon RX 580 (8 GB) atau setaraf
- RAM: 12 GB
- VRAM: 6 GB
Spesifikasi Disyorkan:
- CPU: Intel Core i7-12700 / AMD Ryzen 7 5800X atau setaraf
- GPU: NVIDIA GeForce RTX 3060 / AMD Radeon RX 6600 XT atau setaraf
- RAM: 16 GB
- VRAM: 8 GB atau lebih tinggi
Walaupun Silver Palace dirancang untuk pelbagai platform merangkumi PC, konsol, iOS, dan Android, tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan buat masa ini.









Discussion about this post