Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Silver Palace – Pendaftaran Ujian Beta 2 Kini Dibuka, Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2026
in Action, Artikel, Berita, Beta, Open World, PC, RPG
0 0
0
Silver Palace – Pendaftaran Ujian Beta 2 Kini Dibuka, Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Share on FacebookShare on Twitter

Elementa dan pembangun Silver Studio telah membuka pendaftaran bagi ujian beta tertutup kedua untuk RPG aksi fantasi open-world ‘Silver Palace‘. Ujian ini terhad kepada platform PC (Windows), dan pendaftaran dibuka sehingga 16 Julai 2026 pada jam 23:59.

Silver Palace merupakan free-to-play open-world RPG detektif bertemakan anime yang dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5. Berlatarkan sebuah metropolis industri ala Victorian-gothic bernama Silvernia, pemain akan berperanan sebagai seorang detektif untuk menyelesaikan kes-kes misteri dan membongkar rahsia tersembunyi di bandar tersebut.

CBT kedua membawakan update terbesar setakat ini, yang dibangunkan berdasarkan maklum balas daripada ujian beta pertama pada awal tahun ini.

Apa yang Baharu dalam Ujian Beta Kedua?

Ujian kali ini membawakan pembaharuan besar kepada sistem gameplay serta memperkenalkan beberapa kandungan utama:

  • Watak Baharu Boleh Dimain: Pengenalan watak protagonis lelaki yang sekian lama dinanti-nantikan sejak pendedahan awal permainan. Selain itu, ada juga watak companion baharu serta jalan cerita tambahan.
  • Kawasan Baharu: Pemain boleh meneroka kawasan-kawasan baharu di Silvernia yang sebelum ini ditutup dan hanya dipaparkan sebahagian sahaja semasa ujian pertama.
  • Pelarasan Gameplay: Update ini memperkenalkan aktiviti open world baharu serta sistem gameplay yang telah dinaik taraf. Sistem combat aksi real-time juga dikemaskan untuk memberikan pertukaran watak dan transisi serangan yang lebih lancar serta responsif.

Panduan Pendaftaran dan Penyertaan

Recruitment for the Silver Palace: "Dichotomy" Beta Test has officially started!

The echoes of nightmares have yet to fade, yet the light of dawn has already traced its way up the windowpane.
Follow the trail of truth through a maze of mysteries and seek a path to survival amid… pic.twitter.com/nmC0VrNciG

— SilverPalace (@SilverPalace_EN) June 26, 2026

Pemain yang berminat untuk menyertai ujian beta tertutup boleh mendaftar dengan mengisi ‘recruitment survey‘ di laman web rasmi Silver Palace.

Disebabkan ini merupakan ujian akses terhad bagi game yang masih dalam pembangunan, Elementa menetapkan beberapa syarat dan sekatan buat para peserta:

  • Tiada Pembelian & Padam Data: Tiada transaksi mikro dalam versi ujian ini, dan semua kemajuan atau data pemain akan dipadamkan sepenuhnya setelah ujian berakhir.
  • Had Umur: Terbuka kepada peserta berumur 18 tahun ke atas sahaja.
  • Sekatan Peranti: Akses beta akan dikunci pada PC pertama yang digunakan semasa log masuk. Cubaan log masuk menggunakan komputer lain selepas itu akan menyebabkan akaun disekat secara automatik.
  • Peserta Ujian Terdahulu: Pemain yang layak dalam ujian beta pertama sebelum ini boleh menyemak status akses mereka terus di portal rasmi.

Calon yang terpilih akan dimaklumkan melalui e-mel, manakala tarikh rasmi pelancaran ujian beta ini akan diumumkan oleh pembangun tidak lama lagi.

Spesifikasi Sistem

Bagi memastikan ujian beta kedua berjalan lancar, pastikan PC anda memenuhi spesifikasi minimum dan disyorkan berikut:

  • Sistem Operasi (OS): Windows 10 (22H2) / Windows 11 (21H2) atau lebih tinggi.
  • Ruang Simpanan: SSD dengan baki minimum 65 GB (tambahan 25 GB diperlukan untuk proses pengekstrakan semasa pemasangan).

Spesifikasi Minimum:

  • CPU: Intel Core i7-8700 / AMD Ryzen 5 3600 atau setaraf
  • GPU: NVIDIA GeForce GTX 1060 (6 GB) / AMD Radeon RX 580 (8 GB) atau setaraf
  • RAM: 12 GB
  • VRAM: 6 GB

Spesifikasi Disyorkan:

  • CPU: Intel Core i7-12700 / AMD Ryzen 7 5800X atau setaraf
  • GPU: NVIDIA GeForce RTX 3060 / AMD Radeon RX 6600 XT atau setaraf
  • RAM: 16 GB
  • VRAM: 8 GB atau lebih tinggi

Walaupun Silver Palace dirancang untuk pelbagai platform merangkumi PC, konsol, iOS, dan Android, tarikh pelancaran rasmi masih belum diumumkan buat masa ini.

Tags: BETASilver Palace
ShareTweetSend
Previous Post

Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen – Misteri ‘Fallen Dragon, Tambahan Slot & Skill Slot & Banyak Lagi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen – Misteri ‘Fallen Dragon, Tambahan Slot & Skill Slot & Banyak Lagi
DLC

Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen – Misteri ‘Fallen Dragon, Tambahan Slot & Skill Slot & Banyak Lagi

June 26, 2026
Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection Terima Story DLC Baru & Update Percuma
DLC

Monster Hunter Stories 3: Twisted Reflection Terima Story DLC Baru & Update Percuma

June 26, 2026
[Khabar Angin] Edisi Fizikal GTA VI Bersama CD Mungkin Datang Seawal Disember 2026
Khabar angin

[Khabar Angin] Edisi Fizikal GTA VI Bersama CD Mungkin Datang Seawal Disember 2026

June 26, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd