Dalam siaran Capcom Spotlight terbaharu, Capcom berkongsi pelbagai maklumat bagi Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen. Pembentangan tersebut menawarkan gambaran lebih mendalam bagi latar kawasan bersalji dalam expansion akan datang, gear loop yang dikemas kini, serta update percuma untuk base game pada bulan Ogos 2026.

Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen dijadualkan keluar pada 9 Oktober 2026 sebagai standalone DLC expansion untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam. Bagi pemain baharu, Capcom turut menawarkan complete bundle yang merangkumi game asas dan expansion tersebut. Malah, game ini juga akan dibawa ke Nintendo Switch 2, yang dijadualkan keluar sebagai satu pakej lengkap pada hari yang sama.
Update Percuma Besar pada Hujung Ogos

Sebelum expansion ini tiba, Capcom akan melancarkan update percuma berskala besar untuk game asas pada akhir Ogos. Dibangunkan berdasarkan maklum balas komuniti, update ini memfokuskan kepada beberapa penambahbaikan quality-of-life. Antara perubahan termasuklah penambahan save slot tambahan serta peningkatan weapon skill slot aktif daripada empat kepada enam.

Update tersebut turut membawakan pengoptimuman prestasi dan framerate di semua platform, pelarasan mekanik Dragonsplague, serta penambahan pilihan healing baharu. Langkah ini menyusul update bulan Jun yang sebelum ini telah membawakan pelbagai penambahbaikan awal, termasuk pengenalan Eternal Ferrystone.
Norgan, Wilayah Utara Dingin

Kento Kinoshita, pengarah expansion yang juga sebelum ini mengarahkan Dragon’s Dogma: Dark Arisen asal, turut tampil menjelaskan pengembaraan baharu yang bakal ditempuh oleh para pemain.

Kempen baharu bertajuk “Forsaken Dominion” membawa pemain meneroka Norgan, sebuah kawasan bersalji di utara yang telah lama terbiar. Di sana, pemain bakal berganding baru dengan seorang watak misteri bernama Eir bagi merungkai rahsia di sebalik “Fallen Dragon.”

Penerokaan di lokasi mencabar ini berpaksikan sistem baharu yang dikenali sebagai “Relic Expedition Cycle”. Sepanjang meneroka kawasan belantara, pemain boleh mengumpul relic yang belum dinilai sebagai loot ataupun mendapatkannya terus dengan menumpaskan raksasa gergasi. Sebaik sahaja kembali ke kawasan hab Norgandian Settlement, pemain boleh menggunakan Rift Crystal untuk menilai relic berkenaan bagi mendedahkan senjata dan armor hebat yang dilengkapi skil unik serta kesan status tersendiri. Mana-mana relic yang tidak diperlukan pula boleh ditukar semula dengan NPC untuk mendapatkan Rift Crystal.
Dungeon dan Kebebasan Menyesuaikan Watak

Selain lokasi baharu Norgan, expansion ini turut memperkenalkan “Lost Rites” yang membawakan 12 dungeon unik di seluruh peta utama. Dungeon ini menawarkan ujian daripada Pathfinder, di mana pemain akan berhadapan dengan variasi musuh yang lebih kuat dan bercahaya (seperti Drakes dan Minotaurs) demi merebut equipment legenda tinggalan para Arisen terdahulu.
Bagi mereka yang gemar mengubah suai penampilan watak, expansion ini menyediakan lebih banyak pilihan kreatif dengan penambahan 21 gaya rambut baharu (menjadikan total 78 gaya) serta tatu baharu untuk watak Arisen dan Pawn masing-masing.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.









Discussion about this post