Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime ‘Though I Am an Inept Villainess’ Ditambah Ke Netflix, Tayangan Bermula 12 Julai

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 15, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Anime ‘Though I Am an Inept Villainess’ Ditambah Ke Netflix, Tayangan Bermula 12 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

TOHO Entertainment Asia telah meluaskan barisan animasinya dengan menambah siri fantasi akan datang, Though I Am an Inept Villainess. Anime ini akan menbuat tayangan perdana pada 12 Julai 2026 dan boleh ditonton melalui Netflix, di samping platform lain termasuk Crunchyroll.

🏰先行上映会情報🏰

ただいまチケット申し込み受付中❣️https://t.co/4UkcnkzSdl

ପଓ開催日:6月21日(日)

何処よりも早く、
本編をご覧いただけます📺⚡️

皆様のご応募お待ちしております👏👏#ふつつかな悪女 pic.twitter.com/2YN1nzDXnt

— TVアニメ『ふつつかな悪女ではございますが ~雛宮蝶鼠とりかえ伝~』【公式】 (@futsutsuka_PR) June 11, 2026

Berdasarkan siri light novel popular Though I Am an Inept Villainess: Tale of the Butterfly-Rat Body Swap in the Maiden Court karya Satsuki Nakamura, kisahnya berlatarkan istana empayar yang diinspirasikan daripada sejarah China kuno. Plot cerita berkisar tentang persaingan antara lima puak untuk memilih gadis mereka sebagai pasangan empayar. Kou Reirin, seorang gadis lemah lembut namun disayangi, nampaknya ditakdirkan untuk berkahwin dengan putera mahkota. Bagaimanapun, semasa Pesta Tanglung, dia menjadi sasaran Shu Keigetsu, seorang gadis yang dipandang hina dan dikenali sebagai “tikus” istana.

Reirin kemudian terjaga di dalam penjara bawah tanah istana dan mendapati Keigetsu telah menggunakan sihir untuk menukar tubuh mereka. Walaupun Keigetsu berjaya merampas kedudukan Reirin, dia kini terpaksa berhadapan dengan masalah kesihatan Reirin yang lemah. Pada masa yang sama, Reirin pula berdepan dengan ancaman hukuman mati akibat daripada perbuatan Keigetsu. Namun begitu, tubuh baharu yang lebih cergas dan sihat memberikan tenaga luar biasa kepada Reirin, dan dia bertekad untuk memanfaatkan situasu ini walaupun bahaya sedang menanti.

Adaptasi ini dihasilkan oleh Doga Kobo, studio animasi yang menghasilkan anime Oshi no Ko.

Watak-watak utama dijayakan oleh Manaka Iwami sebagai Kou Reirin dan Natsumi Kawaida sebagai Shu Keigetsu. Trailer baharu memperkenalkan barisan pelakon suara tambahan. Pelakon suara berpengalaman seperti Ai Kayano dan Inori Minase turut menyertai anime sebagai Shu Gabi dan Ran Houshun, bersama Makoto Furukawa sebagai Ei Gyōmei dan Yūichirō Umehara sebagai Shin-u. Trailer di atas turut menampilkan lagu tema pembuka anime ini yang bertajuk “Sunny”, dinyanyikan oleh penyanyi-penulis lagu, milet.

Tags: Though I Am an Inept Villainess
ShareTweetSend
Previous Post

Call of Duty: Modern Warfare 4 – Anda Boleh Main Kempen Seminggu Lebih Awal Jika Pre-Order

Next Post

Dragon’s Dogma 2 – Microtransaction Kontroversi Dibuang, Harga Base Game Diturunkan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Creators Super Fest Singapore 2026 Kembali Julai 2026, Bawa Peluang Terbang Ke Jepun
Acara

Creators Super Fest Singapore 2026 Kembali Julai 2026, Bawa Peluang Terbang Ke Jepun

June 17, 2026
Persona 4 Revival – Atlus Dedah Barisan Pelakon Suara Inggeris Untuk Remake
Remake

Persona 4 Revival – Atlus Dedah Barisan Pelakon Suara Inggeris Untuk Remake

June 17, 2026
AMD Jangka Harga DDR5 Pulih Perlahan, Kembali Normal Pada 2028
Teknologi

AMD Jangka Harga DDR5 Pulih Perlahan, Kembali Normal Pada 2028

June 17, 2026
Next Post
Dragon’s Dogma 2 – Microtransaction Kontroversi Dibuang, Harga Base Game Diturunkan

Dragon's Dogma 2 - Microtransaction Kontroversi Dibuang, Harga Base Game Diturunkan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd