Selepas lebih dua tahun, Capcom melakukan perubahan besar terhadap Dragon’s Dogma 2. Bermula 25 Jun 2026, mereka akan menghentikan jualan sebahagian besar microtransaction “pay-to-skip” yang mengundang kontroversi, di samping menawarkan diskaun kekal bagi digital standard edition.
To prepare for the release of Dragon's Dogma 2: Dark Arisen, we'll be discontinuing the Deluxe Edition of Dragon's Dogma 2, as well as certain DLC items on June 24, 5pm PT/ June 25, 1am BST.
Also, the digital version of the base game will receive a permanent discount – check… pic.twitter.com/giXfPnmB7B— Dragon's Dogma (@DragonsDogma) June 11, 2026
Asalnya dilancarkan pada Mac 2024, Dragon’s Dogma 2 meraih pujian kerana mengekalkan reka bentuk old-school yang mencabar tanpa sebarang kompromi. Pemain dicabar untuk menerokai dunia yang sangat luas tanpa bantuan moden, menguruskan sumber fast-travel yang terhad, serta berdepan dengan mekanik unik tetapi menguji minda seperti “Dragonsplague”: wabak yang boleh memusnahkan seluruh bandar jika dibiarkan tanpa pengawasan.
Namun, reka bentuk ini dicemari oleh tindakan Capcom yang memperkenalkan day-one microtransaction. Melaluinya, pemain boleh membelanjakan wang sebenar untuk membeli barangan yang memintas cabaran gameplay: seperti Wakestone untuk menghidupkan watak, Rift Crystal, buku suntingan watak (Art of Metamorphosis), dan Portcrystal sebagai penanda fast-travel. Pilihan berbayar ini membuatkan ramai pihak berasa ia merosakkan nilai usaha dan pengalaman yang cuba dibina oleh pembangun selama ini.
Selepas sekian lama menerima maklum balas tersebut, Capcom akhirnya mengambil langkah untuk menghentikan pilihan-pilihan berbayar ini.
Menerusi pengumuman di akaun media sosial rasmi Dragon’s Dogma, Capcom mengesahkan bahawa mereka akan menghentikan penjualan Digital Deluxe Edition. Pada masa yang sama, beberapa barangan DLC individu juga akan dikeluarkan daripada PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan Steam berkuat kuasa mulai 25 Jun 2026.
Antara barangan yang tidak lagi akan dijual di kedai digital termasuklah:
- Wakestone (digunakan untuk menghidupkan semula watak yang mati)
- Rift Crystal pack (pek Rift Crystal)
- Art of Metamorphosis (alat suntingan watak)
- Portcrystal (penanda lokasi warp)
- Ambivalent Rift Incense (pawn inclination)
- Makeshift Gaol Key
Selepas tarikh tersebut, hanya standard base game, Explorer’s Camping Kit, dan Music & Sound Collection sahaja yang akan kekal ditawarkan untuk pembelian. Bagi pemain yang telah pun membeli barangan microtransaction yang dikeluarkan ini, Capcom mengesahkan bahawa ia masih boleh digunakan seperti biasa di dalam game. Akhir sekali, sebagai ganti kepada pembuangan Deluxe Edition, harga jualan bagi digital base game akan dikurangkan secara kekal bermula pada hari yang sama.









Discussion about this post