Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sony Patenkan Sistem AI Yang Papar Iklan Semasa “Loading Screen?”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 27, 2026
in Artikel, Berita, PS5, Teknologi
0 0
0
Sony Patenkan Sistem AI Yang Papar Iklan Semasa “Loading Screen?”
Share on FacebookShare on Twitter

Sony telah memfailkan paten untuk satu ciri baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang bakal mengubah cara kita menunggu sesuatu game bermula.

Daripada merenung imej atau ikon yang berpusing, teknologi ini akan menggunakan AI untuk mengisi waktu menunggu tersebut dengan iklan, gameplay highlight, mahupun kemas kini yang diperibadikan untuk pemain.

Walaupun paten ini sebenarnya difailkan pada tahun 2024, ia baru sahaja diterbitkan secara rasmi pada 21 Mei 2026.

Menurut dokumen tersebut, AI ini bukan hanya memaparkan video secara rawak. Ia berfungsi dengan “mengkaji” proses loading sesuatu game untuk menjangka berapa lama pemain perlu menunggu.

Sebaik sahaja tempoh masa itu dikenal pasti, AI akan memilih kandungan media yang paling sesuai (seperti trailer filem atau iklan produk) yang durasinya sepadan dengan waktu menunggu tersebut.

Matlamat utama Sony adalah untuk memastikan “iklan” tersebut tamat tepat pada masanya.

Paten ini menegaskan bahawa kandungan tersebut tidak akan mengganggu pengalaman bermain; iklan atau klip video akan berakhir secara semula jadi sebaik sahaja game sedia, jadi pemain boleh terus beraksi tanpa perlu menekan butang “skip” atau menunggu lebih lama daripada biasa.

Meletakkan iklan dalam game premium mungkin agak menjengkelkan bagi ramai pemain, namun paten ini menunjukkan sistem tersebut mampu melakukan lebih daripada menjual produk.

Sony merancang menggunakan AI untuk memastikan pemain tetap fokus pada skrin supaya mereka tidak beralih ke telefon bimbit atau meninggalkan konsol semasa menunggu loading yang lama.

Antara kandungan menarik yang mungkin dipaparkan termasuk:

  • Highlight Berasaskan AI: Paparan aksi-aksi terbaik anda daripada sesi gameplay sebelum ini.
  • Laporan Strategi: Maklumat atau profil tentang pihak lawan yang bakal dihadapi dalam perlawanan multiplayer seterusnya.
  • Kemas Kini Pembangun: Klip di sebalik tabir atau berita terkini daripada pencipta game tersebut.

Iklan dalam video game sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing. Cuma pendekatan Sony seolah-olah membawa model “iklan” yang biasa kita lihat dalam game mobile ke dunia konsol.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa pemfailan paten bukanlah jaminan ciri ini akan dilaksanakan pada konsol dalam masa terdekat. Syarikat teknologi sering memfailkan paten sekadar untuk melindungi idea mereka atau untuk eksperimen masa hadapan.

Jika Sony memutuskan untuk meneruskannya, mereka pasti akan berdepan cabaran besar daripada komuniti gaming, memandangkan cubaan syarikat lain untuk meletakkan iklan sering menerima kecaman hebat.

Tags: AIps5Sony
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Anime ‘The Ribbon Hero’ Akan Datang Ogos 2026 – Nafas Baru Buat Karya Klasik Oleh Osamu Tezuka

Next Post

Nagoshi Studio Senyap-Senyap Tutup Selepas NetEase Hentikan Dana Projek Pertama

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

EA Ucap Selamat Tinggal Kepada Need for Speed & Burnout, Kini Hanya Fokus Kepada Battlefield
Berita

EA Ucap Selamat Tinggal Kepada Need for Speed & Burnout, Kini Hanya Fokus Kepada Battlefield

July 15, 2026
Capcom Akan Turunkan Harga Monster Hunter Wilds & Susun Semula DLC
Berita

Capcom Akan Turunkan Harga Monster Hunter Wilds & Susun Semula DLC

July 15, 2026
Filem “Doraemon: New Nobita and the Castle of the Undersea Devil” Akan Tayang Pada 16 Julai, Hanya Di GSC
Anime

Filem “Doraemon: New Nobita and the Castle of the Undersea Devil” Akan Tayang Pada 16 Julai, Hanya Di GSC

July 15, 2026
Next Post
Nagoshi Studio Senyap-Senyap Tutup Selepas NetEase Hentikan Dana Projek Pertama

Nagoshi Studio Senyap-Senyap Tutup Selepas NetEase Hentikan Dana Projek Pertama

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd