SEGA telah memberi info penuh bagi kemas kini Version 2.0 untuk SEGA Football Club Champions 2026 (SFCC 2026). Susulan siaran langsung “Spring ’26 Half-Time Special”, para pemain boleh menantikan pelbagai kandungan baharu, termasuk lesen antarabangsa dan ciri-ciri yang telah lama diminta, bermula Jun ini.
Untuk konteks, SFCC 2026 merupakan game simulator pengurusan bola sepak, di mana anda memegang peranan sebagai pengurus kelab.
Dengan lesen rasmi bagi kesemua 60 kelab J.League (J1–J3), kerjasama dengan Manchester City FC, serta pangkalan data melebihi 5,000 pemain sebenar melalui FIFPRO, perjalanan menuju puncak terletak sepenuhnya di tangan anda.
Lesen Berprofil Tinggi Baharu

Tarikan utama Version 2.0 adalah penambahan tiga lesen besar yang bakal meluaskan lagi pengaruh global game ini:
- Major League Soccer (MLS): Kesemua 30 kelab dari Amerika Syarikat dan Kanada menyertai roster secara rasmi. Anda boleh membimbing pasukan Amerika Utara kegemaran menuju kegemilangan dalam Career Mode.
- Pasukan Kebangsaan Jepun: Skuad “SAMURAI BLUE” bakal tiba, membolehkan anda mengurus pasukan kebangsaan atau scouting bintang antarabangsa ternama Jepun.
- FC Bayern Munich: Gergasi Jerman ini akan disepadukan sepenuhnya ke dalam game, lengkap dengan jersi rasmi dan data pemain yang tepat.
Bagi meraikan penambahan ini, SEGA akan melancarkan barisan “Scouting” baharu yang memberi peluang kepada pengurus untuk memperoleh bakat hebat dari liga-liga tersebut. Selain itu, menu utama dan grafik game juga akan dikemas kini dengan penjenamaan MLS dan Pasukan Kebangsaan Jepun.

SEGA turut mengesahkan bahawa K League 2 (Korea Selatan) dan BG Pathum United FC (Thailand) sedang dalam perancangan untuk kemas kini akan datang.
Notis: Walaupun kemajuan keseluruhan kelab dan “Prime Player” akan dikekalkan (carry over) selepas kemas kini Jun 2026, musim semasa akan bermula semula dari awal tanpa mengira di mana anda melakukan save kali terakhir. Jika sedang dalam saingan piala, pastikan anda menyelesaikannya sebelum kemas kini tiba!
Penambahbaikan Kualiti Gameplay dan Career Mode
Kemas kini ini turut memperkenalkan beberapa ciri baharu agar pengalaman pengurusan lebih lancar:

- Lebih Banyak Save Slot: Cuba pelbagai gaya pengurusan atau mulakan karier di liga yang berbeza dengan kapasiti save tambahan.
- Fast-Forward Mode: Mod kelajuan baharu telah ditambah, membolehkan anda mengharungi waktu luar musim atau menuju ke hari perlawanan besar dengan lebih pantas.
- Pengalaman Lebih Mendalam: Hadapi lebih banyak cabaran luar jangka yang menguji kewibawaan anda sebagai pemimpin, serta “unique player comment” yang memberikan personaliti kepada setiap pemain berdasarkan prestasi dan moral mereka.

Game ini tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, PC (Steam), iOS, Android. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di SINI.

![[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong](https://cdn.gamersantai.com/2026/07/Jay-Armstrong_IWX-2026_FI-350x250.jpg)







Discussion about this post