Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

SEGA Football Club Champions 2026 – Update Baru Menambah MLS, Bayern Munich, & Pasukan Kebangsaan Jepun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 25, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, PS4, PS5, Simulator, Steam, Sukan/lumba
0 0
0
SEGA Football Club Champions 2026 – Update Baru Menambah MLS, Bayern Munich, & Pasukan Kebangsaan Jepun!
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA telah memberi info penuh bagi kemas kini Version 2.0 untuk SEGA Football Club Champions 2026 (SFCC 2026). Susulan siaran langsung “Spring ’26 Half-Time Special”, para pemain boleh menantikan pelbagai kandungan baharu, termasuk lesen antarabangsa dan ciri-ciri yang telah lama diminta, bermula Jun ini.

Untuk konteks, SFCC 2026 merupakan game simulator pengurusan bola sepak, di mana anda memegang peranan sebagai pengurus kelab.

Dengan lesen rasmi bagi kesemua 60 kelab J.League (J1–J3), kerjasama dengan Manchester City FC, serta pangkalan data melebihi 5,000 pemain sebenar melalui FIFPRO, perjalanan menuju puncak terletak sepenuhnya di tangan anda.

Lesen Berprofil Tinggi Baharu

Tarikan utama Version 2.0 adalah penambahan tiga lesen besar yang bakal meluaskan lagi pengaruh global game ini:

  • Major League Soccer (MLS): Kesemua 30 kelab dari Amerika Syarikat dan Kanada menyertai roster secara rasmi. Anda boleh membimbing pasukan Amerika Utara kegemaran menuju kegemilangan dalam Career Mode.
  • Pasukan Kebangsaan Jepun: Skuad “SAMURAI BLUE” bakal tiba, membolehkan anda mengurus pasukan kebangsaan atau scouting bintang antarabangsa ternama Jepun.
  • FC Bayern Munich: Gergasi Jerman ini akan disepadukan sepenuhnya ke dalam game, lengkap dengan jersi rasmi dan data pemain yang tepat.

Bagi meraikan penambahan ini, SEGA akan melancarkan barisan “Scouting” baharu yang memberi peluang kepada pengurus untuk memperoleh bakat hebat dari liga-liga tersebut. Selain itu, menu utama dan grafik game juga akan dikemas kini dengan penjenamaan MLS dan Pasukan Kebangsaan Jepun.

SEGA turut mengesahkan bahawa K League 2 (Korea Selatan) dan BG Pathum United FC (Thailand) sedang dalam perancangan untuk kemas kini akan datang.

Notis: Walaupun kemajuan keseluruhan kelab dan “Prime Player” akan dikekalkan (carry over) selepas kemas kini Jun 2026, musim semasa akan bermula semula dari awal tanpa mengira di mana anda melakukan save kali terakhir. Jika sedang dalam saingan piala, pastikan anda menyelesaikannya sebelum kemas kini tiba!

Penambahbaikan Kualiti Gameplay dan Career Mode

Kemas kini ini turut memperkenalkan beberapa ciri baharu agar pengalaman pengurusan lebih lancar:

  • Lebih Banyak Save Slot: Cuba pelbagai gaya pengurusan atau mulakan karier di liga yang berbeza dengan kapasiti save tambahan.
  • Fast-Forward Mode: Mod kelajuan baharu telah ditambah, membolehkan anda mengharungi waktu luar musim atau menuju ke hari perlawanan besar dengan lebih pantas.
  • Pengalaman Lebih Mendalam: Hadapi lebih banyak cabaran luar jangka yang menguji kewibawaan anda sebagai pemimpin, serta “unique player comment” yang memberikan personaliti kepada setiap pemain berdasarkan prestasi dan moral mereka.

Game ini tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, PC (Steam), iOS, Android. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi di SINI.

Tags: SEGA Football Club Champions 2026
ShareTweetSend
Previous Post

China Keluarkan GPU Gaming Sendiri – Bakal Jadi Pesaing NVIDIA?

Next Post

Jom Melangkah Masuk Ke ‘The Apothecary Diaries Exhibition’ – Hanya Di Kuala Lumpur Hingga 12 Julai!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Bagaimana Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen Menguji Tahap Kemahiran Pemain, Termasuk Para Veteran
Temuramah

Bagaimana Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen Menguji Tahap Kemahiran Pemain, Termasuk Para Veteran

August 29, 2026
Menolak Formula 30 Tahun! Mengapa Pokémon Pokopia Memilih Ketenangan Berbanding Pertarungan
Berita

Menolak Formula 30 Tahun! Mengapa Pokémon Pokopia Memilih Ketenangan Berbanding Pertarungan

August 29, 2026
Kisah Sebenar Kelahiran Pokémon & 30 Tahun Membina Dunianya Bersama CEO Tsunekazu Ishihara
Berita

Kisah Sebenar Kelahiran Pokémon & 30 Tahun Membina Dunianya Bersama CEO Tsunekazu Ishihara

August 29, 2026
Next Post
Jom Melangkah Masuk Ke ‘The Apothecary Diaries Exhibition’ – Hanya Di Kuala Lumpur Hingga 12 Julai!

Jom Melangkah Masuk Ke 'The Apothecary Diaries Exhibition' - Hanya Di Kuala Lumpur Hingga 12 Julai!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd