Walaupun tidak digelar juara di 2026 Pokémon World Championships, Malaysia masih melakar kejayaan dengan wakil yang berada di kelompok teratas papan pendahulu. Brendan Gan Pee Wei Jun, yang mewakili komuniti Hobby Lords Setia Alam, menamatkan kejohanan di tempat ke-30 dalam berprestij Pokémon Trading Card Game (TCG) Masters Division.
Ditambah pula dengan pencapaian tempat ke-17 di European International Championships (EUIC) sebelum ini, prestasi Brendan di Worlds merupakan antara pencapaian antarabangsa tertinggi yang pernah diraih oleh pemain Malaysia sejak kebelakangan ini.

Bersama pemain Malaysia lain seperti Jason Wee dari AM Cards Collectibles dan Yoong Kai Jian dari MY Hobby & Collectibles (serta sokongan daripada pemilik kedai kad Andrew Tan dari Hobby Lords Setia Alam), Brendan membuktikan bahawa bakat tempatan mampu bersaing dengan pemain terbaik dunia.
Apa yang membuatkan usahanya lebih mengagumkan adalah beliau baru sahaja beraksi dalam Masters Division selama kira-kira dua tahun.
Mengapa Memilih Toxtricity Box?
Setiap musim kompetitif memerlukan daya adaptasi tinggi. Perjalanan Brendan ke 2026 World Championships memerlukan beliau mencari strategi baharu selepas rotation format standard menjejaskan setup utamanya sebelum ini.

“Saya menggunakan Toxtricity Box. Ia antara deck baharu yang muncul tahun ini,” jelas Brendan.
“Deck saya sebelum ini ialah Gardevoir ex, tetapi deck tersebut terkesan akibat rotation, jadi saya perlu beralih kepada pilihan lain. Toxtricity Box mempunyai playstyle yang agak serupa dengan apa yang biasa saya mainkan dengan Gardevoir ex, jadi saya memilih untuk menggunakannya.”
Apabila ditanya tentang kad kegemaran peribadi, jawapannya kembali semula kepada archetype jenis Psychic.
“Saya sangat suka Frillish,” kongsi Brendan. “Saya kerap menggunakannya dalam deck Gardevoir ex sebelum ini, jadi ia menjadi salah satu kad kegemaran saya.”

Mental dan Emosi Semasa di Peringkat Tertinggi
Mengharungi jadual kejohanan yang padat di zon masa antarabangsa bukan sahaja menguji skil susunan kad, malah ketahanan fizikal dan mental. Selain letih akibat perjalanan jauh dan jet lag, tekanan psikologi semasa pusingan Swiss rounds yang sengit sering menjadi cabaran paling besar.
“Memang ada rasa letih dan sedikit jet lag, tetapi saya rasa cabaran terbesar setakat ini adalah tekanan,” akui Brendan. “Pentas ini sangat penting, jadi setiap perlawanan terasa wajib dimenangi. Contohnya, jika kami bermain dalam format best-of-three dan saya kalah Game 1, saya boleh terus rasa tekanannya.”

Bagi kebanyakan pemain baharu, kekalahan di pentas besar boleh menimbulkan keraguan terhadap kemampuan diri atau burnout. Brendan mengaitkan ketahanan mentalnya dengan pengalamannya yang pernah bersaing dalam arena kompetitif sebelum terlibat dengan permainan kad fizikal.
“Semasa lebih muda dulu, saya pernah mencuba bermain Dota 2 secara kompetitif. Saya rasa itu banyak membantu membina ketahanan diri dan memberi pengalaman dalam menguruskan tekanan,” kongsinya.
Pemain baharu mungkin belum terbiasa dengan perlawanan bertekanan tinggi, jadi sedikit tekanan sahaja sudah boleh membuatkan mereka goyah. Akhir sekali, segalanya bergantung kepada mentaliti dan bagaimana kita bersedia untuk menerima kekalahan.”
Mengekalkan ketenangan ini bukan sahaja penting ketika berdepan kekalahan, malah semasa sedang mendahului permainan.
“Walaupun ketika menang, saya rasa sangat penting untuk kekal tenang dan bersiap sedia untuk perlawanan seterusnya. Kita tidak boleh biarkan kemenangan atau kekalahan terlalu mempengaruhi emosi. Bagi saya, sebahagian besar daripada permainan kompetitif adalah belajar bagaimana untuk mengawal emosi sendiri.”
Membuktikan Kemampuan Malaysia
Kedudukan Top 30 yang diraih oleh Brendan memberi mesej yang membakar semangat kepada komuniti tempatan: pemain kita memang layak berada di pentas juara dunia.
Sudah sekian lama pemain dari negara ini sering memandang tinggi kepada pemain antarabangsa sehingga berasa seolah-olah rendah diri… ini adalah satu halangan mental yang ingin dipecahkan oleh Brendan.
“Setahu saya, rakan-rakan memberitahu bahawa ini adalah antara kedudukan tertinggi yang pernah dicapai oleh pemain Malaysia di Worlds dalam tempoh beberapa tahun ini. Saya rasa ini adalah bukti bahawa kita mampu bersaing di pentas dunia dan kejohanan antarabangsa,” kata Brendan.

Beliau turut mencabar sikap mudah mengalah yang sering muncul apabila pemain tempatan berdepan lawan terkenal di pertandingan.
“Saya rasa kita tidak patut sentiasa memandang pemain profesional luar negara dan terus menganggap, ‘Kita takkan boleh kalahkan mereka.’ Kadang-kadang pemain Malaysia diundi bertemu pemain antarabangsa yang terkenal dan terus rasa sangat tertekan.
Mereka masuk ke dalam perlawanan dengan fikiran bahawa mereka akan kalah. Saya rasa itu bukan mentaliti yang betul jika kita mahu menjadi juara.”
Bagi Brendan, perubahan minda ini mudah tetapi penting:
“Saya rasa kita sebenarnya mempunyai apa yang diperlukan. Apa yang perlu kita ubah ialah tanggapan bahawa pemain Barat atau pemain Jepun sentiasa lebih hebat daripada kita. Apabila kita sudah duduk di meja perlawanan, semua orang adalah setaraf.
Apa yang penting ialah sama ada anda cukup berkemahiran, dan kadangkala cukup bertuah, untuk memenangi perlawanan tersebut.”
Perkembangan Arena Malaysia
Komuniti Pokémon TCG di Malaysia telah berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan penambahan liga tempatan dan dewan kejohanan yang semakin dipenuhi pemain. Walau bagaimanapun, Brendan mempunyai pandangan yang realistik tentang erti pertumbuhan komuniti terhadap kecemerlangan kompetitif.
“Saya rasa kuantiti tidak semestinya bersamaan dengan kualiti,” tegasnya. “Sebagai contoh, jika sesebuah League tiba-tiba mendapat 1,000 pemain baharu, itu tidak bermakna anda tiba-tiba mempunyai 1,000 pemain kompetitif yang hebat.”

Walaupun pertambahan angka semata-mata tidak terus menaikkan taraf kemahiran keseluruhan negara, perkembangan komuniti membuka peluang kepada pemain berpengalaman dari permainan kad lain untuk turut serta.
“Namun begitu, mempunyai lebih ramai pemain tetap membantu,” tambah Brendan.
“Kita mungkin jumpa mereka yang memang berbakat dalam permainan kad, atau pemain daripada permainan kad lain yang sudah ada pengalaman berkaitan. Mereka mungkin dapat memahami Pokémon TCG dengan cepat dan mula beraksi dengan baik. Tetapi untuk benar-benar menjadi hebat di peringkat kompetitif, ia memerlukan masa yang lebih lama daripada sekadar bermain banyak perlawanan.”
Seiring dengan perkembangan arena Pokémon TCG Malaysia, pencapaian yang dilakar Brendan menjadi inspirasi; kemahiran sebenar tidak hadir sekelip mata hanya dengan bermain dalam jumlah yang banyak, tetapi melalui disiplin, kebolehan membina deck yang fleksibel, serta keyakinan untuk berdiri sama tinggi melawan pemain terbaik dunia.
Anda boleh melihat segala aksi di YouTube.









Discussion about this post