Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Melangkah Masuk Ke ‘The Apothecary Diaries Exhibition’ – Hanya Di Kuala Lumpur Hingga 12 Julai!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 26, 2026
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Jom Singgah!, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Jom Melangkah Masuk Ke ‘The Apothecary Diaries Exhibition’ – Hanya Di Kuala Lumpur Hingga 12 Julai!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kejayaan besar di Hong Kong, The Apothecary Diaries Exhibition secara rasmi hadir di INCUBASE Arena, Fahrenheit88, Bukit Bintang. Bermula dari 23 Mei hingga 12 Julai 2026, pameran ini membawa pengunjung masuk ke dalam dunia anime tersebut yang penuh dengan misteri.

Ini bukan galeri seni biasa, tetapi satu pengalaman yang direka khas untuk menghidupkan semula babak-babak ikonik daripada musim pertama animenya. Pengunjung boleh berjalan-jalan di dalam replika set bersaiz sebenar yang cukup teliti pembuatannya, serta mengambil gambar di sana untuk dijadikan kenangan.

Bagi mereka yang menghargai seni di sebalik tabir, pameran ini menawarkan peluang keemasan untuk melihat proses penghasilan siri hebat ini. Turut dipamerkan adalah storyboard asal, lukisan latar belakang, serta lakaran watak yang menunjukkan bagaimana ekspresi unik Maomao dan Jinshi dicipta oleh para animator.

Selain itu, ada “fan zone” interaktif untuk menguji kemahiran deduksi sendiri… namun jangan risau, ia lebih selamat daripada racun berbahaya yang selalu dihadapi Maomao.

Pameran ini tidak lengkap tanpa cenderamata, dan istimewanya kali ini, ada barangan eksklusif Malaysia yang tidak boleh didapati di tempat lain. Antara barangan yang menjadi buruan para pengumpul termasuklah:

  • Maomao Shaker Keychain: Rantai kunci comel dengan hiasan yang boleh digoncang.
  • Acrylic Card Holder: Pemegang kad akrilik yang bergaya untuk kegunaan harian.
  • Blink Pack Badges Lencana dalam pek misteri bagi mereka yang ingin melengkapkan koleksi.

The Apothecary Diaries telah berkembang jauh melampaui versi asalnya sebagai sebuah light novel karya Natsu Hyūga.

Dengan jualan melebihi 40 juta naskhah di seluruh dunia, kisah Maomao—seorang gadis yang dijual ke istana dan menggunakan kepakarannya dalam bidang ubat-ubatan untuk membongkar konspirasi politik—telah memikat hati jutaan penonton.

Adaptasi animenya pada tahun 2023 menjadi fenomena global, dipuji kerana visualnya serta ‘chemistry’ antara Maomao dan eunuch misteri, Jinshi.

Jika ingin menyelongkar misteri di sebalik pintu istana, berikut adalah butiran penting untuk anda:

  • Lokasi: INCUBASE Arena, Aras 3, Fahrenheit88, Kuala Lumpur.
  • Tarikh: Sekarang hingga 12 Julai 2026.
  • Waktu Operasi: 10:00 Pagi – 10:00 Malam (Kemasukan terakhir pada jam 9:00 malam).

Anda boleh membeli tiket secara dalam talian melalui platform rasmi seperti INCUTix, Ticket2U, atau Klook. Untuk mengelakkan barisan panjang di kaunter, pengunjung sangat digalakkan untuk membuat tempahan awal.

Bagi mereka yang datang secara spontan, kaunter tiket fizikal di pintu masuk tetap beroperasi sehingga jam 9:00 malam setiap hari.

Tags: The Apothecary Diaries
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA Football Club Champions 2026 – Update Baru Menambah MLS, Bayern Munich, & Pasukan Kebangsaan Jepun!

Next Post

One Piece – Asal-Usul Brook Sebelum Menjadi Lanun Akhirnya Terbongkar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong
Eksklusif

[Eksklusif] Sejarah di Sebalik Penubuhan Massive Monster Bersama Co-Founder Jay Armstrong

July 10, 2026
Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow
Berita

Marvel Rivals – Season 9 Memperkenalkan Jubilee, Rombakan Sistem Team-Up & Rework Black Widow

July 10, 2026
Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?
Berita

Bandai Namco Kongsi Gameplay Dragon Ball Xenoverse 3; Apa Yang Kami Tahu?

July 10, 2026
Next Post
One Piece – Asal-Usul Brook Sebelum Menjadi Lanun Akhirnya Terbongkar!

One Piece - Asal-Usul Brook Sebelum Menjadi Lanun Akhirnya Terbongkar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd