Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jepun Bakal Lancar Lapangan Terbang Pokémon Pertama Dunia – Destinasi Wajib Buat Peminat Tegar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 15, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Kolaborasi
0 0
0
Jepun Bakal Lancar Lapangan Terbang Pokémon Pertama Dunia – Destinasi Wajib Buat Peminat Tegar!
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula 7 Julai 2026, Lapangan Terbang Noto Satoyama di Wilayah Ishikawa akan berwajah baharu dengan nama rasmi “Noto Satoyama Pokémon With You Airport“.

Kolaborasi ini dijadualkan berlangsung sehingga September 2029, sekali gus mencipta sejarah sebagai lapangan terbang pertama di dunia yang didedikasikan sepenuhnya buat francais ikonik tersebut.

Terminal kapal terbang tersebut akan bertukar menjadi taman permainan “sorok-sorok” gergasi. Sebanyak 111 jenis Pokémon Flying-type akan “disembunyikan” di serata terminal untuk dicari oleh pengunjung.

Dari kaunter daftar masuk dan boarding bridge, hinggalah ke dinding dan papan tanda terminal, anda boleh cuba mencari karakter kegemaran seperti Charizard, Dragonite, dan Corviknight sambil berjalan di dalam bangunan.

Paling mencuri tumpuan adalah ruang atrium setinggi dua tingkat yang menampilkan hiasan utama: seekor Pikachu gergasi yang terapung bersama belon kapal terbang bertema Pokéball.

Di sebalik kecomelannya, projek ini membawa misi yang cukup bermakna buat penduduk tempatan. Transformasi lapangan terbang ini sebenarnya adalah sebahagian daripada usaha pemulihan jangka panjang bagi wilayah Noto yang terkesan teruk akibat gempa bumi besar pada awal tahun 2024.

Di lobi ketibaan tingkat satu, pengunjung akan disambut oleh karya seni berskala besar bertajuk “Akarui Mirai” (Masa Depan Cerah). Karya ini menampilkan Pikachu, Plusle, dan Minun yang melambangkan semangat pembangunan semula wilayah tersebut.

Untuk menjadikannya lebih istimewa, ketiga-tiga watak ini turut dibina dalam bentuk monumen 3D bersaiz sebenar bagi menyambut ketibaan pelancong.

Bagi mereka yang ingin bersantai, dek pemerhatian direka menyerupai landskap desa Jepun yang dipenuhi dengan pelbagai figura Pikachu. Sambil menikmati pemandangan, pengunjung boleh mengakses kandungan digital eksklusif melalui telefon pintar, termasuk animasi pendek bertajuk “Fly, Bagon!”.

Animasi khas ini mengisahkan tentang seekor Bagon yang bercita-cita untuk terbang, dengan berlatarkan monumen Salamence yang memang wujud di dalam lapangan terbang tersebut.

Tak lengkaplah percutian ke Jepun tanpa membeli-belah dan makan-makan. Kedai cenderamata menawarkan barangan eksklusif “Noto Satoyama” yang tidak akan dijumpai di mana-mana Pokémon Center lain. Antara koleksi yang wajib dimiliki termasuklah:

  • Baju-T dan keychain dengan rekaan asli.
  • Aksesori travel seperti tag bagasi dan suitcase belt.
  • Rekaan bertema pelangi yang melambangkan harapan dan pengembaraan.

Jika perut mula terasa lapar, jangan lupa singgah ke kafe lapangan terbang untuk menikmati pancake bertema Pokémon dan minuman istimewa yang pastinya sangat “Instagrammable” untuk dikongsi di media sosial.

Tags: Pokémon
ShareTweetSend
Previous Post

Subnautica 2 Cetus Fenomena – Lebih 1 Juta Unit Terjual Dalam Sejam Pertama!

Next Post

Pokémon GO Sambut Ulang Tahun Ke-10 dengan Acara Percuma Besar-besaran Di KL!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026
Berita

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026

August 21, 2026
Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War
Movie/siri

Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War

August 21, 2026
Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0
DLC

Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0

August 21, 2026
Next Post
Pokémon GO Sambut Ulang Tahun Ke-10 dengan Acara Percuma Besar-besaran Di KL!

Pokémon GO Sambut Ulang Tahun Ke-10 dengan Acara Percuma Besar-besaran Di KL!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd