Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon GO Sambut Ulang Tahun Ke-10 dengan Acara Percuma Besar-besaran Di KL!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 15, 2026
in Acara, Android, Artikel, Augmented reality (AR), Berita, iOS, Mobile, Tempatan
0 0
0
Pokémon GO Sambut Ulang Tahun Ke-10 dengan Acara Percuma Besar-besaran Di KL!
Share on FacebookShare on Twitter

Pejam celik, sudah sedekad rupanya Pokémon GO menemani kita. Bagi meraikan ulang tahun ke-10 pada tahun ini, Niantic membawakan kejutan buat komuniti di Malaysia melalui acara Pokémon GO Fest 2026: Global.

Apa yang menarik, buat pertama kalinya dalam sejarah game ini, pengalaman penuh Global GO Fest bakal ditawarkan secara percuma kepada semua pemain.

Jika sebelum ini anda perlu membeli tiket untuk menikmati kelebihan seperti peluang bertemu Pokémon Shiny yang lebih tinggi atau akses kepada jalan cerita Special Research eksklusif, kali ini semuanya diberikan tanpa sebarang caj.

Ini adalah tanda penghargaan Niantic kepada jutaan Trainer yang masih setia bermain sejak 10 tahun yang lalu.

Bintang utama dalam sambutan ini sudah pastinya adalah Genetic Pokémon yang cukup ikonik, iaitu Mega Mewtwo X dan Mega Mewtwo Y. Kedua-dua Pokémon ini akan muncul dalam format “Super Mega Raid Battles.”

Niantic menegaskan bahawa anda akan memerlukan bantuan seramai mungkin rakan Trainer untuk menumbangkan gergasi ini. Menambah lagi kehangatan acara, Pokémon Mythical iaitu Zeraora juga akan membuat kemunculan besar.

Sambutan Fizikal di Tengah Kota Kuala Lumpur

Walaupun acara ini boleh dimainkan di mana-mana sahaja melalui aplikasi, Kuala Lumpur telah terpilih sebagai salah satu daripada 26 bandar di seluruh dunia yang akan menganjurkan Community Celebration rasmi.

Trainer di Malaysia dijemput untuk berkumpul di pusat bandar bagi memeriahkan acara pop-up fizikal yang bukan sahaja menawarkan ganjaran digital, malah pelbagai aktiviti menarik di dunia sebenar. Berikut adalah butiran:

  • Tarikh: Sabtu, 11 Julai & Ahad, 12 Julai 2026
  • Masa: 10:00 pagi hingga 7:00 malam
  • Lokasi: Kuala Lumpur (Lokasi spesifik akan diumumkan tidak lama lagi melalui Niantic)

Suasana di KL nanti akan dihiasi sepenuhnya dengan tema Pokémon GO. Antara yang boleh dijangkakan:

  • Ruang Bergambar Eksklusif: Abadikan kenangan dengan arca Pokémon gergasi dan latar belakang menarik yang memang “Insta-worthy” untuk media sosial anda.
  • Hadiah & Barangan Percuma: Pelbagai hadiah fizikal dan barangan bertema Pokémon menanti (selagi stok masih ada).
  • Beramah Mesra dengan Komuniti: Inilah masanya untuk mengenali Community Ambassador tempatan dan mencari geng baharu untuk Raid bersama-sama.
  • Aktiviti Interaktif: Pelbagai aktiviti santai disediakan untuk menghubungkan pemain sambil bekerjasama menumbangkan Mega Mewtwo dalam Raid.
Tags: Pokémon GO
ShareTweetSend
Previous Post

Jepun Bakal Lancar Lapangan Terbang Pokémon Pertama Dunia – Destinasi Wajib Buat Peminat Tegar!

Next Post

GTA 6 Buka Pre-Order? Ramai Teruja Selepas Best Buy Bocorkan Info Tanpa Sengaja!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
GTA 6 Buka Pre-Order? Ramai Teruja Selepas Best Buy Bocorkan Info Tanpa Sengaja!

GTA 6 Buka Pre-Order? Ramai Teruja Selepas Best Buy Bocorkan Info Tanpa Sengaja!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd