Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sega Batal Projek Misteri ‘Super Game’ Selepas 5 Tahun – Kembali Fokus Pada IP Sedia Ada

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 14, 2026
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Sega Batal Projek Misteri ‘Super Game’ Selepas 5 Tahun – Kembali Fokus Pada IP Sedia Ada
Share on FacebookShare on Twitter

Sega membuat keputusan untuk membatalkan projek “Super Game” yang selama ini penuh dengan tanda tanya. Berita ini disahkan melalui laporan kewangan tahun fiskal 2026 syarikat tersebut, lantas menamatkan penantian lima tahun untuk sebuah projek yang kononnya bakal merevolusikan dunia gaming.

Sejak mula diumumkan pada 2021, Sega menjaja “Super Game” sebagai satu pelaburan mega bernilai jutaan dolar. Visi mereka bukan sekadar mahu menghasilkan game biasa, tetapi membina satu ekosistem gergasi yang menyatukan pemain, streamer, dan penonton dalam satu dunia.

Malah, Sega meletakkan sasaran jualan yang cukup berani; mencecah 100 bilion yen (sekitar RM3 bilion).

Namun, impian besar itu nampaknya terkubur di tengah jalan.

Keputusan ini diambil selepas beberapa game free-to-play (F2P) milik Sega mencatatkan prestasi yang hambar. Walaupun pasaran mobile gaming sangat popular di seluruh dunia, cubaan Sega melalui Sonic Rumble Party nampaknya gagal memikat hati ramai.

Ditambah pula dengan masalah kewangan yang melanda Rovio (pencipta Angry Birds yang dibeli Sega sebelum ini), syarikat itu terpaksa menilai semula hala tuju mereka.

Sega mengakui strategi “Games as a Service” tidak membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Daripada terus membakar duit untuk projek yang tidak pasti, Sega memilih untuk “cut loss” dan beralih semula kepada kepakaran utama mereka.

Berita baiknya, pembatalan ini tidak melibatkan pemberhentian pekerja secara besar-besaran. Sebaliknya, lebih 100 pembangun daripada bahagian F2P telah dipindahkan ke pasukan “Full Game”. Mereka kini akan memberi tumpuan penuh kepada pembangunan judul-judul utama untuk konsol dan PC yang sememangnya mempunyai peminat setia.

Walaupun “Super Game” sudah tiada, Sega sebenarnya mempunyai senarai panjang projek reboot dan sekuel yang sedang rancak dibangunkan. Antara judul yang paling dinantikan termasuklah:

  • Virtua Fighter (game terbaru untuk siri fighting game tersebut)
  • Crazy Taxi dan Jet Set Radio (Reboot moden)
  • Streets of Rage dan Golden Axe
  • Persona 4 Revival (Remake yang sangat ditunggu-tunggu)
  • Alien: Isolation 2 (Sekuel kepada game seram tahun 2014)
  • Total War: Warhammer 40,000 dan Total War: Medieval III

Selain itu, studio di sebalik siri Yakuza/Like a Dragon iaitu Ryu Ga Gotoku Studio juga sedang menyiapkan projek baru bertajuk Stranger Than Heaven.

Selain permainan video, Sega juga semakin serius di Hollywood. Susulan kejayaan filem-filem sebelum ini, Sonic the Hedgehog 4 dan The Angry Birds Movie 3 kini sudah dalam proses pembikinan.

Peminat judul klasik juga boleh menjangkakan lebih banyak adaptasi live-action dan animasi tidak lama lagi, termasuk filem berdasarkan Shinobi, Eternal Champions, The House of the Dead, dan game lumba kereta ikonik, OutRun.

Tags: sega
ShareTweetSend
Previous Post

Pendaftaran Beta ‘LIMIT ZERO BREAKERS’ Kini Dibuka – Ini Cara Untuk Sertai RPG Anime Terbaru Ini!

Next Post

Jualan Digital PlayStation Cecah 85%, Game Fizikal Bakal Jadi Barangan “Pupus?”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna
Review

Reviu Witchspire (Early Access) – Game Magic Survival Yang Menarik Namun Tidak Sempurna

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB
PC

Sempat Buat Gamer Garu Kepala, Cinder City Jadi Game Pertama Yang Cadang RAM 64GB

July 3, 2026
Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID
Berita

Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID

July 3, 2026
Next Post
Jualan Digital PlayStation Cecah 85%, Game Fizikal Bakal Jadi Barangan “Pupus?”

Jualan Digital PlayStation Cecah 85%, Game Fizikal Bakal Jadi Barangan "Pupus?"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd