Pembangun Unknown Worlds Entertainment telah mengumumkan bahawa Subnautica 2 akan dilancarkan secara Early Access pada 14 Mei 2026.
Game ini akan tersedia di Xbox Series X|S dan PC melalui Steam, Epic Games Store, serta Microsoft Store. Tajuk ini juga disahkan akan tersedia sebagai pelancaran Day One di Xbox Game Pass.
Jika game sebelum ini memfokuskan kepada planet lautan 4546B, Subnautica 2 pula membawa pemain ke sebuah dunia asing serba baharu. Anda akan memegang watak sebagai seorang Pioneer di atas kapal koloni CICADA.
Akibat konflik berpanjangan di tanah air, harapan manusia kini bergantung sepenuhnya kepada misi mencari tempat tinggal baharu ini.
Bagaimanapun, perjalanan tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang. Selepas berlaku kerosakan besar, anda mendapati diri terdampar di planet asing tersebut. AI kapal berkenaan pula berkeras bahawa misi mesti diteruskan, tidak kira apa jua cabaran atau bahaya yang menanti di dasar laut.
Kini, segalanya terletak di tangan anda untuk mencari jawapan mengapa AI itu begitu beria-ia meneruskan misi, sambil berusaha untuk terus hidup di persekitaran berbahaya.

Perubahan paling besar dalam sekuel ini adalah penambahan mod co-op. Walaupun Subnautica 2 masih direka sebagai pengalaman single-player, anda kini boleh bekerjasama dengan sehingga tiga orang rakan dalam mod online multiplayer.
Pada permulaan fasa Early Access, pemain boleh memilih daripada empat watak yang telah disediakan. Unknown Worlds menyatakan bahawa lebih banyak watak dan pilihan customization akan ditambah seiring dengan pembangunan game ini.

Gameplay utama yang membuatkan tajuk asalnya popular masih dikekalkan tetapi telah ditambah baik. Pemain akan meneroka biom asing menggunakan jentera selam “Tadpole”; sebuah kenderaan permulaan yang lincah, direka khas untuk mengemudi ruang sempit dan jurang dalam.

Sistem base building turut kembali, membolehkan kita membina hab bawah air mengikut cita rasa sendiri untuk menyimpan sumber dan bersembunyi daripada penghuni planet yang agresif.
Sambil mengimbas pelbagai hidupan tempatan (daripada ikan kecil hinggalah kepada Leviathan menakutkan) anda akan membuka blueprint yang diperlukan untuk menaik taraf peralatan dan menyelam lebih dalam ke dasar lautan yang penuh misteri.


![[Khabar Angin] Manga Bleach Mungkin Kembali Ke Shonen Jump Untuk ‘Hell Arc’](https://cdn.gamersantai.com/2026/06/BLEACH_HELL-ARC_FI-350x250.jpg)






Discussion about this post