Hanya beberapa hari selepas siri anime popular ini melabuhkan tirai bagi musim pertama, Kadokawa Corporation mengumumkan sebuah adaptasi game yang bertajuk Sentenced to Be a Hero: Game of the GODDESS.
Projek terbaharu ini sedang dikendalikan oleh Vic Game Studios, developer sama di sebalik LIMIT ZERO BREAKERS. Buat masa ini, pihak pasukan masih merahsiakan kebanyakan butiran lanjut. Mereka belum mendedahkan apakah genre game ini nanti, mahupun di konsol dan platform mana ia akan ditawarkan.
Jika anda kurang kenal dengan siri ini, Sentenced to Be a Hero mula ditayangkan pada Januari lalu dan dengan pantas menjadi popular kerana babak animasinya yang hebat.
Ia mengubah jalan cerita fantasi tradisional dengan mengisahkan sekumpulan “pesalah jenayah” yang dipaksa bertarung dalam satu peperangan yang kejam dan tiada kesudahan sebagai “hero” yang boleh dikorbankan pada bila-bila masa.
Walaupun pelancaran untuk pasaran luar belum disahkan secara rasmi, pasukan pembangunan sudah mula mengacah ke arah itu. Akaun Twitter rasmi untuk game ini telah memuat naik satu teaser ringkas dalam Bahasa Inggeris kepada kita, “Nantikan lebih banyak kemas kini untuk peminat antarabangsa kami!”









Discussion about this post