Infold Games rasmi melancarkan Infinity Nikki Version 2.4 sejak 27 Mac. Bertajuk “The Forest Need Not Listen,” kemaskini terbaru ini membawa pemain bersama Nikki dan teman kucingnya, Momo, jauh ke dalam Elderwood Forest yang penuh misteri.
Kali ini, tiada padang rumput yang cerah. Sebaliknya, mereka akan terperangkap dalam satu kitaran tragedi pengebumian yang berulang tanpa henti, sambil bertemu watak-watak dongeng klasik versi aneh dan mengerikan seperti “Mad Red Riding Hood” dan “Big Dark Wolf.”
Pemain perlu mengumpul petunjuk daripada setiap kitaran untuk mendedahkan kebenaran di sebalik sumpahan hutan ini.
Momo Menyertai Pertarungan
Salah satu perubahan gameplay terbesar dalam Version 2.4 ialah Momo bukan lagi sekadar teman perjalanan.
Buat pertama kali, kucing comel itu menjadi rakan combat yang aktif. Pemain boleh melengkapkan Momo dengan pelbagai jubah yang membolehkannya bertarung dalam gaya serangan jarak dekat mahupun jarak jauh, dan kebolehannya boleh dinaik taraf seiring kemajuan pemain dalam game.
Ini amat berguna ketika menghadapi pertarungan boss baharu dalam kemaskini ini; seekor makhluk dipanggil “Scavenger.” Pertarungan berbilang fasa ini menampilkan arena berubah-ubah dan combat jarak dekat yang sengit, memberikan tekanan kepada pemain untuk terus bertahan.
Untuk membantu Momo menjadi lebih kuat, pemain boleh menyelesaikan quest bertajuk “Momo, Grow Stronger!” yang memberi ganjaran jubah percuma bernama “Battle Will” serta membuka sistem kemajuan baharu yang boleh diakses melalui ciri Pear-Pal dalam game.
Outfit Baharu dan Event
Version 2.4 memperkenalkan beberapa outfit baharu. Yang paling menonjol ialah “She Is Wildfire,” sebuah outfit lima bintang yang diilhamkan daripada kisah Little Red Riding Hood. Outfit ini dilengkapi dengan abiliti khas yang memanggil Moon-Hunting Wolf untuk bertarung bersama Nikki.
Di luar combat, pemain juga boleh menunggang serigala ini untuk menjelajah dunia dengan lebih pantas.
Outfit ini boleh dievolusi melalui beberapa peringkat, membuka pose baharu, efek khas, dan juga pilihan solekan. Walau bagaimanapun, abiliti rakan serigala ini hanya berfungsi di kawasan Itzaland dan tidak akan mengikuti Nikki ke kawasan terhad tertentu seperti dungeon.
Outfit terhad kedua, “Heart of the Deep Forest,” menawarkan pilihan empat bintang yang lebih elegan dengan abiliti khas “Untamed Freedom,” yang melindungi daripada jerebu misteri yang mengancam hutan.
Pemain yang tidak mahu berbelanja masih boleh memperoleh outfit tiga bintang percuma, “Pinecone Encounter,” dengan menyelesaikan tugasan semasa event “Mistwood Night Walk” dan mengumpul lampu khas.
Kemaskini ini juga membawa semula dua outfit terhad terdahulu: “Daughter of the Lake” dan “Dream Banquet.”
Bina Perniagaan Sendiri
Selain combat dan jalan cerita, Version 2.4 mengembangkan ciri pembinaan dan pengurusan dalam game. Pemain kini boleh membina dan menguruskan perniagaan mereka sendiri di Itzaland, termasuk salon kecantikan, rumah mandian, dan kedai minuman.
Pemain boleh menguruskan pertubuhan ini, menjana pendapatan, dan membuka gaya serta ganjaran baharu dengan menaik taraf kedai mereka. Sistem faction baharu membolehkan pemain merekrut NPC dari seluruh dunia permainan, mengembangkan kemahiran mereka, dan menugaskan mereka untuk membantu menguruskan perniagaan.
Ciri baharu termasuk “Snail Beauty Salon,” di mana pemain boleh memanjakan rakan siput mereka (dibuka melalui world quest “Toward Greater Glory!”), dan sistem “Path of Practice,” yang membolehkan pemain merekrut rakan untuk pengembaraan styling.
Akan Datang
Walaupun kemaskini utama telah dilancarkan sejak 27 Mac, kandungan tambahan masih sedang dikeluarkan secara berperingkat. Satu exclusive quest bertajuk “Courage in Full Bloom” akan dibuka pada 10 April, menampilkan watak Three Mighty Shroomlings. Menyelesaikan quest ini memberi ganjaran kepada berupa lakaran outfit tiga bintang bernama “Heroic Legend” serta membuka battle companion bernama Domibaba.
Event lain yang sedang berlangsung termasuk “Shine, Blazing Light,” di mana pemain pergi ke Pottsville untuk membantu watak bernama Shroomie Lili menyucikan makhluk-makhluk Esselings, serta “Dreamland Showcase,” yang menawarkan item perabot istimewa sebagai ganjaran untuk menyelesaikan tugasan mingguan.
Game ini tersedia di PlayStation 5, PC (launcher, Epic Games Store, iOS, dan Android.









Discussion about this post