Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Project TAL, RPG Open World Berinspirasikan Mitologi Korea, Dedahkan Gameplay Pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 24, 2025
in Action, Artikel, Berita, Konsol, Open World, PC, RPG
0 0
0
Project TAL, RPG Open World Berinspirasikan Mitologi Korea, Dedahkan Gameplay Pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Wemade Max bersama pembangun MADNGINE telah berkongsi butiran lanjut mengenai Project TAL, sebuah game RPG aksi open world untuk singleplayer yang mengambil inspirasi daripada mitologi Korea.

Game ini, yang sebelum ini dikenali sebagai TAL: The Arcane Lands, turut melancarkan video gameplay pertama, di samping mengesahkan tarikh pelancaran global untuk platform konsol dan PC pada tahun 2027.

Fokus utama Project TAL adalah tafsiran tersendiri terhadap topeng tradisional Korea yang dikenali sebagai ‘Tal’, berserta cerita rakyat yang berkait rapat dengannya. Elemen-elemen tersebut kemudiannya diadun untuk membentuk sebuah dunia fantasi yang mengasyikkan untuk diterokai oleh pemain.

Gameplay tersebut mempamerkan sistem combat yang sinematik dan berentak laju. Salah satu mekanik istimewanya ialah aksi memanjat, yang membenarkan pemain melompat ke atas raksasa gergasi bagi melancarkan serangan yang dahsyat.

Gameplay juga memberi fokus kepada sistem untuk mengeksploitasi kelemahan musuh, sekali gus membolehkan pemain menyasarkan titik lemah bagi mengubah dinamik pertarungan. Elemen utama pengalaman pertarungan ini juga terletak pada serangan balas taktikal dan kombo yang dilaksanakan bersama teman seperjuangan.

Pemain tidak akan mengembara seorang diri dalam dunia ini. Gameplay itu turut memperkenalkan salah satu mekanik utama Project TAL, iaitu sistem rakan seperjuangan istimewa.

Watak-watak teman NPC yang dikawal oleh AI ini akan memberi reaksi secara spontan dan pintar terhadap gaya bertarung pemain serta keadaan persekitaran untuk mempengaruhi nasib pertempuran.

Setiap watak teman ini direka dengan kemahiran tersendiri, personaliti, dan fungsi khusus dalam pertarungan, meliputi peranan seperti pertahanan, sokongan, serangan jarak dekat, serangan jarak jauh, dan juga penggunaan sihir.

Pihak pembangun berhasrat untuk mewujudkan interaksi yang bersepadu, misalnya melalui situasi di mana pemain menangkap teman yang sedang jatuh di pertengahan pertempuran, atau apabila teman sokongan menggunakan perisai sakti untuk menepis serangan lawan.

Tags: Project TAL
ShareTweetSend
Previous Post

[UPDATE] ASUS ROG & Honkai Impact 3rd Melahirkan Koleksi Edisi Terhad ROG Phone 9 Bertemakan Elysia!

Next Post

Ujian Beta ‘Petit Planet’ Bermula 7 November – Game Life Sim Pertama HoYoverse

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Ujian Beta ‘Petit Planet’ Bermula 7 November – Game Life Sim Pertama HoYoverse

Ujian Beta 'Petit Planet' Bermula 7 November - Game Life Sim Pertama HoYoverse

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd