Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[UPDATE] ASUS ROG & Honkai Impact 3rd Melahirkan Koleksi Edisi Terhad ROG Phone 9 Bertemakan Elysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 24, 2025 - Updated on November 7, 2025
in Artikel, Berita, Kolaborasi, Smartphone, Teknologi
0 0
0
[UPDATE] ASUS ROG & Honkai Impact 3rd Melahirkan Koleksi Edisi Terhad ROG Phone 9 Bertemakan Elysia!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Republic of Gamers (ROG) telah mengumumkan satu kolaborasi dengan HoYoverse, pembangun di sebalik game aksi popular, Honkai Impact 3rd. Hasil daripada gandingan ini, lahirlah ROG x Honkai Impact 3rd Elysia’s Special Collection, sebuah pakej edisi terhad yang direka khas untuk siri telefon pintar gaming ROG Phone 9.

Koleksi ini dihasilkan sempena penampilan kostum crossover baharu untuk watak kegemaran ramai, Elysia. Setiap set didatangkan dalam sebuah kotak hadiah istimewa bertemakan “Romantic Pink”. Reka bentuknya menyerupai sepucuk surat, sebagai simbolik mesej daripada Elysia kepada peminat.

Peminat yang mendapatkan koleksi ini akan menerima pelbagai barangan eksklusif yang diilhamkan oleh Elysia, termasuklah:

  • Stand Hiasan Akrilik: Sebuah dirian akrilik hiasan untuk mempamerkan watak Elysia dengan penuh gaya.
  • Sarung Pelindung Telefon: Sarung pelindung telefon yang rekaannya diinspirasikan oleh kostum eksklusif Elysia di dalam permainan.
  • Lencana Eksklusif: Sebuah lencana bergaya lengkap dengan penutup, membolehkan peminat membawanya ke mana sahaja.
  • Kad Watak dan Sampul Surat: Cenderahati berupa kad watak dan sampul surat dengan rekaan yang menawan untuk dijadikan koleksi.
  • Set Pelekat Comel: Satu set pelekat gaya chibi Elysia yang comel untuk menghias barangan peribadi.
  • Pelindung Kabel Khas: Pelindung kabel bertemakan watak chibi Elysia.
  • Pin Pencungkil SIM Unik: Pin pencungkil SIM yang direka khas menyerupai senjata ikonik Elysia.

Bagi melengkapkan pengalaman, setiap kotak turut mengandungi nombor siri unik. Nombor ini boleh digunakan di laman sesawang rasmi kempen bagi menebus ganjaran eksklusif di dalam permainan, iaitu dua item Enchanted Phones dan 2,000 Asterite.

Selain itu, pengalaman digital pengguna akan diperkaya dengan Elysia Theme Pack, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui ROG Phone Theme Store sebaik sahaja ia dilancarkan.

Pek tema ini akan mengubah keseluruhan UI siri ROG Phone 9, merangkumi live wallpaper, animasi pengecasan, paparan skrin panggilan, panel sentiasa hidup (always-on), serta animasi khas AniMe Vision, kesemuanya bertemakan Elysia.

Para pemain dan pengumpul yang berminat disarankan untuk menanda kalendar mereka, kerana ROG x Honkai Impact 3rd Elysia’s Special Collection mula dijual secara rasmi sejak 23 Oktober 2025. Penawarannya amat terhad, dengan hanya 5,000 unit sahaja tersedia untuk pasaran global.

Telah disahkan juga bahawa koleksi eksklusif ini akan memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat.

UPDATE

Bermula 7 November 2025, ROG x Honkai Impact 3rd Elysia’s Special Collectionuntuk ROG Phone 9 Pro boleh didapati di Malaysia dalam kuantiti terhad. Set eksklusif ini berharga RM3,999.

Pelancaran ini adalah sebahagian daripada Promosi Akhir Tahun Siri ROG Phone 9, yang berlangsung dari 7 November hingga 31 Disember 2025. Sepanjang tempoh promosi ini, ROG Phone 9 Pro versi standard juga akan ditawarkan pada harga promosi RM3,999 (turun daripada harga runcit yang disyorkan, RM4,599).

Selain itu, ROG Phone 9 FE akan dijual pada harga eksklusif RM2,299 (harga asal RM2,599).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari SINI.

Tags: asus rogHonkai Impact 3rdROG Phone 9
ShareTweetSend
Previous Post

Unboxing FINAL FANTASY TACTICS – The Ivalice Chronicles Collectors Box – Khazanah Nostalgia Untuk Peminat Paling Tegar

Next Post

Project TAL, RPG Open World Berinspirasikan Mitologi Korea, Dedahkan Gameplay Pertama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027
Mobile

DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027

July 21, 2026
Lebih Banyak Permainan & Kejohanan, Ini Tarikan Terbaru Di TableCon Quest 2026
Acara

Lebih Banyak Permainan & Kejohanan, Ini Tarikan Terbaru Di TableCon Quest 2026

July 21, 2026
Avengers: Doomsday – Ancaman Doctor Doom, Kepulangan Steve Rogers Pulang & Pertembungan Antara ‘Multiverse’
Filem

Avengers: Doomsday – Ancaman Doctor Doom, Kepulangan Steve Rogers Pulang & Pertembungan Antara ‘Multiverse’

July 21, 2026
Next Post
Project TAL, RPG Open World Berinspirasikan Mitologi Korea, Dedahkan Gameplay Pertama!

Project TAL, RPG Open World Berinspirasikan Mitologi Korea, Dedahkan Gameplay Pertama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd