Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dynasty Warriors Sambut Ulang Tahun Ke-25 Dengan Pengumuman Remaster & DLC Besar Untuk Origins

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 4, 2025
in Artikel, Berita, DLC, Musou, Remastered
0 0
0
Dynasty Warriors Sambut Ulang Tahun Ke-25 Dengan Pengumuman Remaster & DLC Besar Untuk Origins
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena sambutan ulang tahun ke-25 francais ikonik Dynasty Warriors, Koei Tecmo dan Omega Force membawakan dua berita gembira buat para peminat.

Mereka mengesahkan pembangunan sebuah versi remaster untuk judul klasik siri ini, di samping satu DLC berskala besar untuk Dynasty Warriors: Origins yang mendapat sambutan hangat. Pengumuman ini dibuat menerusi trailer khas yang ditayangkan di acara ChinaJoy 2025.

Sambutan ini menandakan genap 25 tahun sejak Dynasty Warriors 2 dilancarkan pada tahun 2000, game yang memperkenalkan genre “Musou” dengan gaya pertempuran hack-and-slash satu-lawan-seribu.

Sebuah Judul Klasik Bakal Dilahirkan Semula

Menerusi trailer sambutan tersebut, peminat diusik tentang projek remaster untuk sebuah game yang masih dirahsiakan, dengan janji untuk “menghidupkan semula pengalaman 1 lwn. 1,000 yang epik untuk generasi moden.”

Satu klip menarik menunjukkan logo permainan berputar ke belakang dari Dynasty Warriors 9 dan berakhir dengan tanda tanya, memberi petunjuk kuat bahawa ia adalah judul dari siri utama, bukannya spin-off seperti Xtreme Legends atau Empires.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi mengenai judul yang akan dipilih. Namun, spekulasi di kalangan komuniti peminat bertiup kencang, dengan ramai yang menjangkakan ia adalah salah satu judul popular dari zaman kegemilangan PlayStation 2 seperti Dynasty Warriors 3, 4, atau 5.

Walaupun Dynasty Warriors 4 adalah yang paling laris, judul 3 dan 5 tetap mempunyai tempat istimewa di hati peminat. Projek remaster ini dijangka akan membawakan naik taraf pada corak gameplay, termasuk kelancaran pergerakan watak, agar sejajar dengan standard moden.

Butiran lanjut dan tarikh pelancaran masih belum diumumkan, namun laman web rasmi menyatakannya sebagai “akan datang.”

Dynasty Warriors: Origins Akan Dikembangkan Melalui DLC Utama

Bagi meneruskan kejayaan besar Dynasty Warriors: Origins, yang terjual lebih sejuta unit sejak dilancarkan pada 17 Januari 2025, sebuah DLC utama kini disahkan dalam pembangunan.

Origins sebelum ini menerima pujian meluas kerana corak combat yang lebih kemas serta penceritaan yang berpusat pada watak protagonis tunggal, walaupun kisahnya hanya meliputi separuh pertama novel Romance of the Three Kingdoms dan berakhir di Pertempuran Chi Bi.

Walaupun butiran lanjut masih rahsia, penggunaan istilah “besar” memberi isyarat ia adalah pek expansion yang signifikan.

Peminat menjangkakan kandungan tambahan ini akan meneruskan pengembaraan watak utamanya dengan babak, watak, dan ciri-ciri gameplay baharu, menjadikannya lebih besar berbanding kemas kini kecil seperti penambahan Photo Mode pada bulan April lalu.

Pada masa ini, Dynasty Warriors: Origins boleh dimainkan di platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (Steam).

Peminat yang ingin mengikuti perkembangan terkini mengenai projek remaster dan DLC ini disarankan untuk sentiasa menyemak laman web rasmi Koei Tecmo.

Tags: Dynasty Warriors
ShareTweetSend
Previous Post

Honkai: Star Rail Version 3.5 Bakal Tiba 13 Ogos, Memperkenalkan Dua 5-Star Terbaru – Hysilens & Cerydra!

Next Post

Guilty Gear Strive Umum Tarikh Keluaran DLC ‘Lucy Cyberpunk’; Update Versi 2.00 Menanti pada 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Guilty Gear Strive Umum Tarikh Keluaran DLC ‘Lucy Cyberpunk’; Update Versi 2.00 Menanti pada 2026

Guilty Gear Strive Umum Tarikh Keluaran DLC 'Lucy Cyberpunk'; Update Versi 2.00 Menanti pada 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd