HoYoverse mengumumkan bahawa update besar Version 3.5 untuk Honkai: Star Rail akan dilancarkan pada 13 Ogos ini.
Update yang diberi judul “Before Their Deaths” ini akan membuka tirai bagi separuh kedua story arc Amphoreus, di mana pemain akan dibawa menyelami Trailblaze Mission baharu, diperkenalkan kepada dua watak 5-star, serta sebuah peta baharu untuk diterokai.
Update ini menyambung naratif Trailblazer selepas mereka menerima gelaran Deliverer dan menyaksikan campur tangan berapi Phainon yang menghalang kemaraan Nanook. Walau bagaimanapun, misi untuk menyelamatkan Amphoreus masih belum berakhir.
Dalam bab terbaharu ini, pemain akan mengikuti Cyrene kembali ke kitaran Eternal Recurrence, mengembara 1,000 tahun ke masa silam menuju tamadun purba Okhema. Di sana, mereka bakal bersemuka dengan Cerydra, pemerintah agung Okhema dan pendahulu Aglaea, sewaktu era sebelum pengembaraan Flame-Chase Journey.

Dua watak hebat akan diperkenalkan dalam Version 3.5:
- Hysilens ialah seorang watak 5-star Jenis Physical dari Path of Nihility. Dia amat sesuai digandingkan dengan pasukan yang berfokuskan Damage over Time (DoT). Ultimate-nya mampu mencipta Zon khas yang akan mengenakan DoT tambahan setiap kali musuh terkena serangan DoT, di samping melemahkan ATK dan DEF semua musuh di dalamnya. Bukan itu sahaja, Basic ATK, Skill, dan Ultimate-nya juga berpeluang untuk mengenakan pelbagai jenis DoT secara rawak, manakala Skill-nya akan meningkatkan damage yang diterima musuh, lantas memperkukuh kuasa serangan pasukan secara drastik.

- Cerydra pula hadir sebagai watak 5-star Jenis Wind dari Path of Harmony. Sebagai pakar strategi, gaya bertarungnya amat mencerminkan kebijaksanaan taktikalnya. Skill-nya boleh memberikan buff unik “Military Merit” kepada rakan sepasukan, yang bukan sahaja meningkatkan ATK tetapi juga memberi DMG tambahan. Apabila tahap “Military Merit” meningkat, rakan tersebut akan menerima bonus CRIT DMG, All-Type RES PEN, malah boleh menyalin semula efek Skill mereka, sekaligus menggandakan lagi jumlah damage pasukan.

Selain itu, Kafka dan Silver Wolf, akan kembali dengan banner 5-star terhad mereka. Banner ini akan muncul semula pada separuh pertama dan kedua Version 3.5, memberi peluang sekali lagi kepada pemain untuk mendapatkan mereka.
Update ini turut membawakan sebuah peta baharu: Styxia, the City of Infinite Revelry. Di lokasi ini, penceritaan akan sampai ke kemuncaknya apabila Trailblazer bertemu dengan musuh baharu bernama Lygus, yang mampu bertukar-tukar antara dua bentuk berbeza.
Menurut HoYoverse, identiti sebenar dan motif tersembunyi Lygus mungkin akan terbongkar seiring dengan kehangatan pertempuran.

Di luar penceritaan utama, Versi 3.5 juga dipenuhi dengan pelbagai acara menarik. Dalam acara “Chrysos Maze Grand Restaurant”, pemain berpeluang menguruskan restoran di Aedes Elysiae, menyediakan hidangan untuk pari-pari sambil menaik taraf restoran bagi meraih ganjaran.
Sementara itu, acara “Old Brews & New Friends” mengembalikan minigame membancuh air di “Dreamjolt Hostelry,” di mana Trailblazer dapat berjumpa semula dengan rakan-rakan lama.

Satu lagi ciri menarik ialah fungsi tukar suara untuk watak kolaborasi, satu ciri yang amat dinantikan peminat. Pemain kini boleh menukar dialog watak antara lakonan suara dalam game dan pelakon suara asal anime untuk menikmati pengalaman yang lebih imersif.

Honkai: Star Rail Version 3.5 akan tersedia pada 13 Ogos untuk platform PC, iOS, Android, Epic Games Store, dan PlayStation 5. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.









Discussion about this post