Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Football Manager 2024 Percuma Di Epic Games, Boleh Jimat RM199!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 6, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, Game Percuma, PC
0 0
0
Football Manager 2024 Percuma Di Epic Games, Boleh Jimat RM199!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, anda boleh menebus dua game percuma di Epic Games Store, yang biasanya akan menelan hingga hampir RM300. Tawaran percuma tersebut adalah Football Manager 2024 dan Sniper Ghost Warrior Contracts, dan buat masa terhad, anda boleh menyimpan kedua-dua game tersebut buat selama-lamanya di library Epic Games Store anda.

It’s time to take the field—and to take aim.

Football Manager 2024 and Sniper Ghost Warrior Contracts are this week’s FREE games! https://t.co/HtftoaoJlW pic.twitter.com/4YZTLnmjXc

— Epic Games Store (@EpicGames) September 5, 2024

Seperti biasa; setelah ditebus, setiap game adalah milik anda untuk disimpan. Tiada langganan diperlukan untuk tebus kedua-dua game di atas, anda hanya perlu membuat akaun Epic Games Store sahaja. Cuma, tempoh percuma ini hanya tersedia bermula hari ini hingga 12 September 11PM.

Pada hari biasa, Epic Games menjual Football Manager 2024 pada harga RM199 manakala Sniper Ghost Warrior Contracts dijual pada harga RM73.99. Jika jumlah digabungkan, anda sebenarnya telah menjimat duit sebanyak RM272.99.

Football Manager 2024

“Melangkah masuk menjadi bos sebenar dan cipta kisah bola sepak anda sendiri dalam Football Manager 2024, edisi paling lengkap dalam siri ini setakat ini. Sama ada anda seorang pengurus yang suka mula dari bawah atau lebih suka mengejar kejayaan segera, cabaran menanti. Di mana sahaja anda berjaya, terpulang kepada anda untuk membina pasukan yang mampu bersaing dengan golongan elit dunia.”

Sniper Ghost Warrior Contracts

“Selesaikan kontrak yang menawarkan objektif dengan ganjaran wang dan pilihan untuk menyelesaikan cabaran bonus untuk ganjaran tambahan. Dengan beratus-ratus cara untuk membunuh pelbagai sasaran, Contracts menawarkan gameplay sniping paling tepat dan strategik. Main sebagai pembunuh upahan, dan berhati-hati kerana pesaing lain tidak akan teragak-agak untuk mengganggu rancangan anda.”

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: epic games storeFootball Manager 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Expansion DLC Black Myth: Wukong Kini Dalam Pembangunan!

Next Post

Alami Kuasa PlayStation Dalam Astro Bot: Terokai Dunia Penuh IP Ikonik

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Alami Kuasa PlayStation Dalam Astro Bot: Terokai Dunia Penuh IP Ikonik

Alami Kuasa PlayStation Dalam Astro Bot: Terokai Dunia Penuh IP Ikonik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd